Wikipedia Bahasa Marathi
![]() | |
Jenis laman web | Projek ensiklopedia internet |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Marathi |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
URL | mr.wikipedia.org |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | 1 Mei 2003 |
Wikipedia Bahasa Marathi (Bahasa Marathi: मराठी विकिपीडिया) adalah Wikipedia edisi bahasa Marathi. Ia dilancarkan pada 1 Mei 2003. Projek ini adalah salah satu Wikipedia terkemuka di antara Wikipedia bahasa Asia Selatan yang lain dalam pelbagai kualiti matriks.[1] Ia telah berkembang menjadi Wiki yang mengandungi lebih dari 51,326 rencana dan mempunyai lebih daripada 88,175 pengguna berdaftar.[2]
Di antara laman sesawang bahasa Marathi yang paling kerap dikunjungi, Wikipedia Bahasa Marathi berada di kedudukan ke-10 hasil tinjauan oleh Alexa.[3]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Wikipedia bahasa Marathi terdapat dalam domain wikipedia.org dari 1 Mei 2003. 'Vasant Panchami' (वसंत पंचमी)[4] dan 'Audumbar' (औदुंबर (कविता)), sebuah puisi oleh penyair Balkavi[5] adalah rencana pertama yang dibuat di Wikipedia Bahasa Marathi pada 2 Mei 2003.
Fasa pertumbuhan awal[sunting | sunting sumber]
Wikipedia Bahasa Marathi terus meningkat dari tahun 2006 dan seterusnya. Pada 13 Januari 2006 Wikipedia Bahasa Marathi mempunyai 1,500 rencana.
Pada 27 Februari Hari Marathi disambut.
Pengguna dan penyunting[sunting | sunting sumber]
Bilangan akaun pengguna | Bilangan rencana | Bilangan fail | Bilangan pentadbir |
---|---|---|---|
157282 | 93500 | 11714 | 10 |
Komuniti dan acara[sunting | sunting sumber]


Wikipedia Bahasa Marathi mempunyai pelbagai acara yang dianjurkan oleh sukarelawan dari seluruh negeri. Beberapa acara terkenal termasuk,
- Vachan prerna saptah Wikipedia Bahasa Marathi
- Bulan Asia Wikipedia
- Marathi bhasha Gaurav Din dsb.
Liputan media dan peningkatan pertumbuhan[sunting | sunting sumber]
Akhbar Maharashtra Times adalah yang pertama membuat liputan dan mengesyorkan 'Wikipedia Bahasa Marathi' pada 27 Julai 2006.[6]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Wikipedia Statistics - Tables - Marathi" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Ogos 2016.
- ^ "List of Wikipedias - Meta" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Mei 2018.
- ^ "Alexa - Top Sites by Category: World/Marathi" [Alexa - Laman Teratas mengikut Kategori: Dunia/Marathi] (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Ogos 2016.
- ^ http://mr.wikipedia.org/w/index.php?title=वसंत_पंचमी&action=history
- ^ http://mr.wikipedia.org/w/index.php?title=औदुंबर_(कविता)&action=history
- ^ "Maharashtra Times". indiatimes.com. 10 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2012.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikipedia Wikipedia Bahasa Marathi, ensiklopedia bebas |
- Wikipedia Bahasa Marathi (dalam bahasa Marathi)
- Wikipedia Bahasa Marathi versi mudah alih (dalam bahasa Marathi)
- Help:Extension:UniversalLanguageSelector/Input methods/mr-transliteration (dalam bahasa Marathi)