Wilayah Akita

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Akita 秋田県 Akita-ken
Logo Akita
Ibu wilayah Akita
Kawasan Tohoku
Pulau Honshu
Luas wilayah 11,612,11 km² (6)
Penduduk 1,174,905 (35)
 - Kepadatan 101/km²
Daerah 8
Kotamadya 65
Laman rasmi www.pref.akita.jp/e/

Wilayah Akita (秋田県; Akita-ken) terletak di Kawasan Tohoku, bahagian utara Jepun. Ibu wilayah Akita adalah Akita.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penyair waka dari Zaman Heian, Ono no Komachi, dikatakan telah lahir di sini (tetapi tempat lahir sebenarnya tiada yang tahu).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Terletak di bahagian utara Pulau Honshu, Wilayah Akita menghadap Laut Jepun di bahagian barat dan bersempadan dengan Wilayah Aomori di utara, Wilayah Iwate di timur, Wilayah Miyagi di tenggara, dan Wilayah Yamagata di selatan.

Kawasan dari Wilayah Akita berbentuk empat segi panjang, secara kasar 181 km dari utara ke selatan dan 111 km dari barat ke timur.Pergunungan Ou menjadi sempadan di timur, dan Pergunungan Dewa yang lebih tinggi berderet melunjur ke bahagian tengah dari wilayah ini. Seperti kebanyakan wilayah utara di Jepang, Wilayah ini memiliki musim sejuk yang sangat dingin, terutama bahagian yang jauh dari laut.

Kota-kota[sunting | sunting sumber]


Rumah samurai di Kakunodate

Bandar kecil dan kampung[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah bandar kecil dan kampung di setiap daerah.

Gabungan[sunting | sunting sumber]

Daerah kesembilan, Kawabe termasuk bandar Kawabe dan bandar Yuwa, bergabung ke dalam Akita pada 11 Januari 2005.

Bandar Misato di Daerah Senboku dibentuk pada 1 November 2004 dari hasil gabungan kampung Sennan dan bandar-bandar kecil Rokugou dan Senhata.

Pada 22 Mac 2005, bandar Omagari bergabung dengan bandar-bandar kecil Kamioka, Nishisenboku, Nakasen, Kyowa, Senboku, Ota, dan kampung Nangai dari Daerah Senboku untuk membentuk kota bandar bernama Daisen

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Seperti kebanyakan wilayah di Kawasan Tohoku, ekonomi di Akita masih dikuasai oleh industri tradisional, seperti pertanian, perikanan, dan perhutanan. Hal ini telah mendorong generasi muda di Akita untuk berhijrah ke Tokyo dan bandar besar yang lain.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Akita memiliki perayaan istana ais yang diadakan pada akhir musim sejuk, sekitar bulan Februari.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Istana maharaja di Akita, Wilayah Akita

Berhampiran Tasik Tazawa, terdapat banyak tempat bermandi air panas (onsen), yang dikunjungi pelancong dari seluruh Jepun. Selain itu, terdapat banyak keraian kebudayaan (matsuri) yang menawarkan kebudayaan yang telah berlangsung dari Jepun purba.

Kakunodate adalah bandar kecil yang nyaman, yang memiliku banyak rumah samurai. Rumah Aoyagi dahulunya adalah tempat tinggal Odano Naotake, orang yang pertama kali melukis anatomi tubuh manusia di Jepun. Rumah itu kini menjadi muzium dan galeri lukisan perubatan dan barang-barang tradisional.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Wilayah Akita terkenal dengan Akita bijin, yang secara harfiah bermaksud "wanita cantik dari Akita". Hal ini dikatakan telah dibuktikan melalui kajian dan terbukti melanin dari wanita Akita sedikit berbeza dengan wanita dari wilayah lain di Jepang.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]