Gangwon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 37°30′N 128°15′E / 37.500°N 128.250°E / 37.500; 128.250

Gangwon
Lambang Gangwon
Lokasi Gangwon
Peta Gangwon yang diwarnakan
Transkripsi bahasa Korea
Nama Hangul강원도
Nama Hanja江原道
Nama Perumian SemakanGangwon-do
Maklumat pentadbiran
Negara Korea Selatan
Ibu kotaChuncheon
KawasanGwandong (Yeongseo; Yeongdong)
Subpembahagian7 kota dan 11 kaunti
GabenorChoi Moon-soon
Maklumat am
Luas16,874 km2 (6,515 bt persegi) (Ke-2)
Populasi (2010)1,471,513 (Ke-8)
Kepadatan230/km2 (87/bt persegi)
LoghatGangwon
Simbol
BungaAzalea Diraja
PokokPain Korea
BurungJenjang Mahkota Merah
Laman sesawang
www.eng.gwd.go.kr

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gangwon atau Gangwon-do (sebutan bahasa Korea: [kaŋ.wʌn.do]) ialah sebuah wilayah di Korea Selatan, dengan ibu kotanya di Chuncheon. Ia bersempadan di bahagian timur oleh Laut Timur, dan sempadan Wilayah Gyeonggi di baratnya, dan Wilayah Gyeongsang Utara dan Wilayah Chungcheong Utara di selatannya. Sempadan utaranya ialah Garis Penandaan Tentera, yang memisahkannya dari Wilayah Kangwŏn di Korea Utara. Sebelum pembahagian Korea pada tahun 1945, Gangwon dan Kangwŏn membentuk sebuah wilayah. Kaunti Pyeongchang di wilayah ini menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dan Paralimpik Musim Sejuk 2018.

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Gangwon-do adalah salah sebuah daripada Lapan Wilayah Korea semasa Dinasti Joseon. Wilayah ini dibentuk pada tahun 1395, dan berasal dari nama-nama kota utama Gangneung (강릉; 江陵) dan ibukota provinsi Wonju (원주; 原州).

Pada 1895, Gangwon-do digantikan oleh Daerah Chuncheon (Chuncheon-bu; 춘천부; 春川府) di barat dan Gangneung (Gangneung-bu; 강릉부; 江陵府) di timur. (Wonju menjadi sebahagian daripada Daerah Chungju.)

Pada tahun 1896, Korea telah dibahagikan kepada tiga belas buah wilayah, dan kedua-dua buah daerah telah digabungkan untuk membentuk semula Wilayah Gangwon-do. Walaupun Wonju bergabung dengan wilayah Gangwon-do, ibu kota wilayah itu dipindahkan ke Chuncheon, hingga ke hari ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]