Putrajaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Lompat ke: pandu arah, cari
Wilayah Persekutuan Putrajaya
ولايه ڤرسكوتوان ڤوترا جاي

Prang Besar
Pemandangan Wilayah Persekutuan Putrajaya ولايه ڤرسكوتوان ڤوترا جاي
Bendera  Wilayah Persekutuan Putrajaya ولايه ڤرسكوتوان ڤوترا جاي
Bendera
Mohor rasmi bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya ولايه ڤرسكوتوان ڤوترا جاي
Mohor
Moto: Bandar raya Taman, Bandar raya Bestari
Lokasi di Selangor, Malaysia
Lokasi di Selangor, Malaysia
Koordinat: 2°55′00″N 101°40′00″E / 2.91667°N 101.66667°E / 2.91667; 101.66667
Negara Malaysia
Wilayah Wilayah Persekutuan
Pembentukan 19 Oktober 1995
Disatukan ke dalam Wilayah Persekutan 1 Februari 2001
Kerajaan
 - Ditadbir oleh Perbadanan Putrajaya
 - Presiden Tan Sri Aseh Che Mat
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 72,413 [1]
Zon masa MST (UTC+8)
Min waktu suria UTC+06:46:40
Laman web: www.ppj.gov.my

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan penyelidikan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Putrajaya merupakan satu bandar terancang, 25 km selatan Kuala Lumpur, yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Tapak kerajaan berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada tahun 1999, akibat kesesakan dan kepadatan di kawasan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia, menjadi tapak Raja dan Parliamen, termasuk juga pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad. Pada tahun 2001, Putrajaya menjadi Wilayah Persekutuan Malaysia yang ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, bandar tersebut terletak dalam Koridor Raya Multimedia, selain Cyberjaya yang baru dibangunkan. Dalam Sanskrit, "putra" bererti "putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti "kejayaan" atau "kemenangan". Pembangunan Putrajaya bermula sejak awal 1990-an, dan hari ini mercutanda utama telah disiapkan dan penduduk dijangka meningkat dalam tempoh terdekat.

Sejarah dan rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Putrajaya
Precinct (Daerah) Putrajaya

Putrajaya, yang pada asalnya bernama Prang Besar (ڤراڠ بسر), telah diasaskan pada tahun 1918 sebagai Air Hitam oleh British. Pada asalnya ia meliputi kawasan seluas 800 ekar (3.2 km2), ia kemudian diperluaskan sehingga 8,000 ekar (32 km2), dan digabungkan dengan kawasan ladang sekitar, termasuk Estet Raja Alang, Estet Galloway dan Estet Bukit Prang.

Wawasan untuk memiliki Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru bagi menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran muncul pada akhir 1980-an, semasa tempoh Perdana Menteri ke-4 Malaysia, Dr. Mahathir Bin Mohamad. Bandar baru ini telah dirancangkan terletak di antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dua kawasan telah dikemukakan, Prang Besar dan Janda Baik di Pahang.[2]

Kerajaan Persekutuan berunding dengan negeri Selangor untuk kemungkinan Wilayah Persekutuan lain dan pada pertengahan tahun 1990-an, kerajaan Persekutuan membayar sejumlah besar wang ke Selangor bagi 11,320 ekar (45.8 km2) tanah di Prang Besar, Selangor. Hasil daripada pembelian tanah ini, negeri Selangor kini sepenuhnya mengelilingi dua Wilayah Persekutuan dalam sempadan, iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dirancang sebagai taman dan bandar pintar, 38% kawasan telah dikhaskan untuk kawasan hijau dengan menekankan peningkatan landskap semula jadi. Satu rangkaian kawasan lapang dan jalan-jalan yang luas digabungkan dalam pelan tersebut. Pembinaan bermula pada bulan Ogos 1995 dan ia merupakan projek terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di Asia Tenggara dengan anggaran kos akhir US$8.1 bilion. Keseluruhan projek telah direka dan dibina oleh syarikat Malaysia dengan hanya 10% daripada bahan-bahan yang diimport.

Krisis Kewangan Asia tahun 1997/1998 telah memperlahankan pembangunan Putrajaya. Pada tahun 1999, 300 orang kakitangan Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya dan baki kakitangan kerajaan yang tinggal telah berpindah pada tahun 2005. Pada 1 Februari 2001 Tun Dr Mahathir mengisytiharkan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan dengan upacara penyerahan Putrajaya bandar daripada pihak berkuasa negeri Selangor .

Pada tahun 2002, laluan tren yang dikenali sebagai KLIA Transit dibuka, menghubungkan Putrajaya dengan kedua-dua Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang. Walau bagaimanapun, pembinaan Monorel Putrajaya yang bertujuan sebagai sistem metro di bandar ini telah digantung kerana kos. Salah satu jambatan gantung monorel di Putrajaya masih tidak digunakan.

Pada tahun 2007, penduduk Putrajaya dianggarkan lebih 30,000, yang terdiri terutamanya kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan telah digalakkan untuk berpindah ke bandar melalui pelbagai subsidi dan pinjaman program kerajaan.

Pada bulan April 2013 kerajaan Putrajaya menandatangani surat hasrat (LOI) dengan kerajaan Sejong City di Korea Selatan untuk menandakan kerjasama antara kedua-dua bandar-bandar.[3]

Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional Berhad atau PETRONAS - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah Negara (20.0%).

Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi kejayaan Malaysia.

Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya. Ini bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia seakan-akan Washington, D.C. di Amerika Syarikat, Canberra di Australia, dan Brasilia di [[Brazi


Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang.

Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dari segi politik, Putrajaya adalah dirancang sebagai pusat pentadbiran Malaysia yang akan datang. Ini secara sekaligus akan menjadikan Putrajaya sebagai nadi penting kepada kerajaan Malaysia.

Putrajaya diwakili oleh seorang Ahli Parlimen iaitu YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga seorang Setiausaha Agung UMNO.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini. Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :

  • untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi dan udara
  • untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan keadaan pada masa hadapan.
  • untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.
  • untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.

Sistem pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :

  • Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.
  • Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa hadapan (Cth : pembesaran jalan)
  • Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Lebuh raya berhubungan[sunting | sunting sumber]

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan pusat Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Lebuh raya dan jalan utama berdekatan termasuk:

Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk, membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya KLIA. ELITE yang sepanjang 54km bermula dari Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), menuju selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan ELITE di Persimpangan Nilai. ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang 8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Imej panorama Putrajaya, (dari kiri ke kanan) Jambatan Putra, bangunan Kementerian Kewangan Malaysia disebelah kiri, tersergam megah ditengah Jambatan Seri Wawasan, dan Istana hingga Sultan Selangor, Istana Darul Ehsan disebelahnya.
Imej panorama Putrajaya, (dari kiri ke kanan) Jambatan Putra, bangunan Kementerian Kewangan Malaysia disebelah kiri, tersergam megah ditengah Jambatan Seri Wawasan, dan Istana hingga Sultan Selangor, Istana Darul Ehsan disebelahnya.
Panorama Putrajaya dari Taman Tasik Cyberjaya, gambar diambil pada Februari 2011.
Panorama Putrajaya dari Taman Tasik Cyberjaya, gambar diambil pada Februari 2011.
Tasik di Putrajaya.

Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan keindahan serta tarikan pengunjung. Antara tarikan pelancongan yang terletak di sekitar Putrajaya adalah :

Galeri gambar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  2. (Melayu)Abdullah, Hasfiza (February 2012). DARI PRANG BESAR KE PUTRAJAYA. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 26 October 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  3. "Closer ties between Putrajaya and Sejong, Korea." (Archived from the original) The Star (Malaysia). Saturday 6 April 2013. Updated on Friday 26 April 2013. Retrieved on 1 January 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]