Wilayah Yala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yala
ยะลา
Wilayah
Mohor rasmi bagi Yala
Mohor
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Yala
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Yala
Negara  Thailand
Ibu kota Yala
Kerajaan
 • Gabenor Kritsada Bunrat (sejak Oktober 2009)
Luas
 • Total 4,521.1 km2 (1,745.6 batu persegi)
Area rank Ke-48
Populasi (2011)
 • Jumlah 493,767
 • Kedudukan Ke-59
 • Kepadatan 110/km2 (280/batu persegi)
 • Kedudukan kepadatan Ke-47
HDI
 • HDI (2009) 0.687 (medium) (Ke-70)
Zon waktu Waktu di Thailand (UTC+7)
Kod kawasan 073
Kod ISO 3166 TH-95
Pendaftaran kenderaan ยะลา, เบตง (Betong)

Yala (Thai ยะลา) ialah wilayah (changwat) Thailand yang terletak di bahagian paling selatan negara tersebut. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala barat laut ikut jam) ialah Songkhla, Patani dan Narathiwat. Yala bersempadan dengan Negeri Perak dan Kedah, Malaysia di bahagian selatan.

Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka Jolor (جولور).

Geografi[sunting | sunting sumber]

Wilayah ini terletak di Semenanjung Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, Yala, bersama dengan Narathiwat ialah sebahagian daripada kerajaan Melayu Patani yang berada di bawah pengaruh kerajaan Ayutthaya dan kemudian Sukhothai. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767, Patani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Thai sewaktu pemerintahan Raja Rama I. Pada 1909, Thai menakluki Patani akibat perjanjian yang dimeterai dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala, terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Yala merupakan satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; lebih kurang 68.9% ialah Muslim. 66.1% penduduk Yala adalah daripada bangsa Melayu.

Simbol[sunting | sunting sumber]

Lambang wilayah Yala memaparkan seorang pelombong bijih timah dengan alat-alat pertukangannya seperti pengumpil, cangkul dan bakul. Yala pada asalnya merupakan sebuah bandar yang giat dalam perlombongan bijih timah dan tungsten.

Simbol-simbol wilayah yang lain termasuk pokok Red Saraca (Saraca declinata) dan bunga Bullet Wood (Mimusops elengi).

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Yala terbahagi kepada 7 kawasan pentadbiran (Amphoe) dan satu kawasan kecil (King Amphoe) yang dibahagikan lagi kepada 56 daerah swapraja (tambon) dan 341 buah kampung

Peta Nombor Nama Thai Melayu
Amphoe Yala.svg
1 Mueang Yala เมืองยะลา Jala, Jolor
2 Betong เบตง Betung
3 Bannang Sata บันนังสตา Benang Setar
4 Than To ธารโต Air Kedung
5 Yaha ยะหา Johar
6 Raman รามัน Reman
7 Kabang กาบัง Kabae, Kabe
8 Krong Pinang กรงปินัง Kampung Pinang

Kekecohan[sunting | sunting sumber]

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden kerusuhan dan kekecohan telah melandai selatan Thailand, terutama sekali di wilayah-wilayah Yala, Narathiwat, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80-an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakan mereka juga tidak berpuas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza daripada kaum etnik Thai.[perlu rujukan]

Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakaan nafas setelah kesemuanya dimasukkan ke dalam trak polis akibat ditangkap atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya. Kejadian ini dikenali sebagai peristiwa berdarah Tak Bai.[perlu rujukan]

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari 2004.[perlu rujukan]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]