Wilayah di Arab Saudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilayah di Arab Saudi
إمارات مناطق المملكة العربية السعودية
KategoriNegeri-negeri
LokasiArab Saudi
Bilangan13
Jumlah penduduk320,524 (Sempadan Utara) – 6,915,006 (Mekah)
Keluasan9,920 km2 (3,831 bt2) (Al-Bahah) – 672,520 km2 (259,662 bt2) (Wilayah Timur)
Kerajaan/pemerintah
Subbahagian
  • Daerah

Wilayah di Arab Saudi, atau negeri-negeri di Arab Saudi, dan secara rasminya Emiriah Wilayah Kerajaan Arab Saudi (Arab: إمارات مناطق المملكة العربية السعودية, rumi: Imārātu Manāṭiq al-Mamlakat il-'Arabiyyat il-Sa'udiyyah), merupakan 13 buah bahagian pentadbiran peringkat pertama bagi Kerajaan Arab Saudi.[1][2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selepas penyatuan Arab Saudi, pemerintah membahagikan negara kepada enam institusi pentadbiran wilayah iaitu, Wilayah 'Asir, Wilayah Al-Hasa', Wilayah Hijaz, Wilayah Najad, Wilayah Rub' al-Khali dan Wilayah Shammar.[1]

Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud mengeluarkan Perintah Diraja A/92 pada 2 Mac 1992, dikenali sebagai Sistem Wilayah, yang mana ia dikeluarkan untuk membahagikan kerajaan Arab Saudi kepada 13 Wilayah yang diperintah oleh seorang Emir (Putera Raja).

Rentetan daripada itu, enam wilayah asal sebelum ini dibahagikan 13 kawasan dipanggil Wilayah (manātiq) dan pentadbirannya dipanggil Emiriah Wilayah (imārāt al-manātiq). Emiriah merupakan bahagian pentadbiran peringkat pertama bagi pentadbiran Arab Saudi, dan dibahagikan kepada 136 daerah yang menjadi bahagian pentadbiran peringkat kedua.[3]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Setiap wilayah diketuai oleh seorang emir, yang dibantu oleh seorang timbalan atau "naib emir". Individu yang memegang jawatan emir dilantik oleh Raja Arab Saudi. Emir diberikan kedudukan setaraf menteri, manakala naib emir di peringkat keutamaan.[3]

Senarai Emiriah Wilayah Arab Saudi[sunting | sunting sumber]

Emiriah Wilayah Kerajaan Arab Saudi
Wilayah lama Wilayah Gambar Ibu negeri Daerah Marakiz (Mukim) Kependudukan

(Bancian 2017)

Anggaran luas (km2)
Hejaz Wilayah Makkah Al-Mukaramah

(Bahasa Arab: منطقة مكة المكرمة‎)

Mekah 16 111 8,557,766 153,128
Najd Wilayah Riyadh

(Bahasa Arab: منطقة الرياض‎)

Riyadh 21 453 8,216,284 404,240
Al Hasa' Wilayah Syarqiyah

(Bahasa Arab: المنطقة الشرقية‎)

Dammam 11 107 4,900,325 672,522
'Asir Wilayah 'Asir

(Bahasa Arab: منطقة عسير‎)

Abha 16 101 2,211,875 76,693
'Asir Wilayah Jazan

(Bahasa Arab: منطقة جازان‎)

Jazan 16 31 1,567,547 11,671
Hejaz Wilayah Madinah Munawarah

(Bahasa Arab: منطقة المدينة المنورة‎)

Madinah 8 90 1,423,935 151,990
Najd Wilayah Qasim

(Bahasa Arab: منطقة القصيم‎)

Buraidah 12 153 1,423,935 58,046
Hejaz Wilayah Tabuk

(Bahasa Arab: منطقة تبوك‎)

Tabuk 6 73 910,030 146,072
Shammar Wilayah Hail

(Bahasa Arab: منطقة حائل‎)

Ha'il 8 84 699,774 103,887
'Asir Wilayah Najran

(Bahasa Arab: منطقة نجران‎)

Najran 7 59 582,243 149,511
Shammar Wilayah Al Jawf

(Bahasa Arab: منطقة الجوف‎)

Sakakah 3 33 508,475 100,212
'Asir Wilayah Al-Bahah

(Bahasa Arab: منطقة الـبَـاحَـة‎)

Al-Baha 9 35 476,172 9,921
Shammar Wilayah Al-Hudud Al-Syamaliyah

(Bahasa Arab: منطقة الحدود الشمالية‎)

'Ar'ar 3 17 365,231 111,797
Jumlah 136 1,347 31,843,592 2,149,690

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Saudi Arabia Regions". www.statoids.com.
  2. ^ "The New Addressing". Saudi Post. 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2014. Dicapai pada 9 February 2014.
  3. ^ a b c "Organization of the Emirate of Makkah Province". Ministry of Interior.