Wilayah seberang laut (Perancis)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
  Wilayah seberang laut terkini (TAAF)
  Bekas wilayah seberang laut yang telah berubah status (bagi COM atau DROM)
  Bekas wilayah seberang laut yang telah merdeka

Wilayah seberang laut atau wilayah luar negeri (Bahasa Perancis: Territoire d'outre-mer atau TOM) ialah wilayah Perancis Seberang Laut yang ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menggantikan status tanah jajahan. Ia kini merupakan sebahagian daripada pembahagian pentadbiran bagi Perancis dan hanya diguna pakai untuk Tanah Selatan dan Antartika Perancis.

Pembahagian ini berbeza dengan jabatan seberang laut (DOM), tetapi kerana beberapa ciri unik yang sama, DOM, TOM dan milikan luar negeri yang lain di bawah status-status berlainan sering kali dirujuk secara kolektif sebagai les DOM/TOM. Tidak seperti wilayah luar negeri British, yang secara perlembagaannya bukan sebahagian daripada United Kingdom atau wilayah negaranya, TOM dan DOM merupakan sebahagian daripada Republik Perancis.