Wilhelm-Exner-Medaille

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wilhelm Exner Medaille atau Pingat Wilhelm Exner ialah anugerah pingat dari Austria yang ditaja oleh Dana Wilhelm-Exner Persatuan Syarikat Niaga Austria. Anugerah ini telah disampaikan pada setiap tahun sejak 1921.

Penganugerahan pingat ini adalah khas kepada ahli-ahli sains dan penyelidik yang memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi tidak kira sama ada secara terus ataupun tidak. Anugerah ini dinamakan bersempena Wilhelm Exner, seorang penggalak ekonomi dan teknologi Austria.