Wilhelm Adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Generaloberst
Wilhelm Adam
Wilhelm Adam pada Mac 1938
Kelahiran15 September 1877
Ansbach
Meninggal dunia8 April 1949(1949-04-08) (umur 71)
Garmisch-Partenkirchen
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanTentera Darat
Tahun perkhidmatan1897–1943
Pangkat Generaloberst
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II

Wilhelm Adam (15 September 1877 – 8 April 1949) adalah seorang Jeneral Jerman yang berkhidmat dalam Tentera Darat Bavaria, Reichswehr dan Wehrmacht.

Adam telah dilahirkan di Ansbach, menyertai Tentera Darat Imperial Jerman pada tahun 1897, dan bertugas dalam unit telegraf dan Semboyan Bavaria sebelum ditukarkan ke Akademi Perang Bavaria pada tahun 1907.

Semasa Perang Dunia I, Adam berjuang sebagai ketua kompeni unit jurutera Bavaria, tetapi hanya untuk tempoh yang singkat. Menjelang akhir tahun 1914, Adam menjadi seorang Pegawai Staf Am di Staf Markas Besar Tentera Darat. Tetapi pada akhir perang beliau kembali menjadi ketua unit jurutera Bavaria. Selepas perang berakhir, Adam bertugas di beberapa jawatan didalam Reichswehr, dari jawatan seperti pegawai perhubungan kepada Kementerian Pertahanan Bavaria dan menjadi pegawai memerintah sebuah batalion infantri, dalam Rejimen Ke-20 Infantri.

Apabila Hitler bangkit berkuasa pada Januari 1933, Adam menjadi Ketua Pejabat Trup dan kemudian memerintah Divisyen Ke-7 dan juga pada masa yang sama memerintah Wilayah Tentera VII. Pada 16 Mei 1935 beliau dilantik sebagai Panglima Kor VII dan kemudian menjadi Komandan Akademi Perang sehingga Mac 1938. Selepas itu beliau menjadi Panglima Heeresgruppen-Kommando 2 (markas kumpulan tentera darat) di Kassel sehingga November 1938. Adam bersara pada 31 Disember 1938, tetapi beliau dipanggil bertugas semula dari 26 Ogos 1939. Selepas beberapa tahun berada dibawah Pentadbiran Tentera Darat beliau bersara pada 31 Mei 1943 dan meninggal dunia pada tahun 1949 di Garmisch-Partenkirchen.

Memoir[sunting | sunting sumber]

Memoir Adam yang tidak diterbitkan telah dipelihara selama bertahun-tahun selepas peperangan di sebuah biara Bavaria. Ia kini dalam arkib Institut Sejarah Kontemporari di Munich sebagai fail ED109/2.[perlu rujukan]

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

  • Hackl, Othmar: Die Bayerische Kriegsakademie (1867–1914). C.H. Beck´sche Verlagsbuchhandlung, München 1989, ISBN 3-406-10490-8, p. 393.
  • Stahl, Friedrich-Christian: Generaloberst Wilhelm Adam. In: Gerd R. Ueberschär (Hrsg.): Hitlers militärische Elite. 68 Lebensläufe. Wissenschaftliche Buchgesellschaft, Darmstadt 2011, ISBN 978-3-534-23980-1, p. 1–8.
  • Heuer, Gerd F.: Die Generalobersten des Heeres. Inhaber höchster deutscher Kommandostellen. Moewig, Rastatt 1988, ISBN 3-8118-1049-9, p. 1–8.
  • Templat:NDB

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Solomon, Robert (2002). Who's Who in Nazi Germany. Dicapai pada 17 February 2006.