Wilhelm Marstrand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Wilhelm Marstrand
Portrait of Wilhelm Marstrand (1836).jpg
Christen Købke, Potret Wilhelm Marstrand, catan minyak, 1836
WarganegaraDenmark
PendidikanAkademi Seni Halus Diraja Denmark
Terkenal keranaSeni lukis
Gerakan politikZaman Keemasan Lukisan Denmark, Romantisisme

Nicolai Wilhelm Nikolaj Marstrand (24 Disember 1810 - 25 Mac 1873), ialah seorang pelukis dan ilustrator kelahiran Copenhagen, Denmark. Anak kepada Nicolai Jacob Marstrand, seorang pembuat alat muzik dan pereka cipta, dan Petra Othilia Smith ini merupakan salah seorang seniman mahsyur pada Zaman Keemasan Lukisan Denmark.

Perkembangan awal dan latihan Akademi[sunting | sunting sumber]

Marstrand pernah menuntut di Sekolah Metropolitan Copenhagen (Metropolitanskolen), tetapi minatnya terhadap buku kurang, lantas berhenti semasa umurnya sekitar 16 tahun. Christoffer Wilhelm Eckersberg, pelukis dan profesor di Akademi Seni Halus Diraja Denmark (Det Kongelige Danske Kunstakademi) Copenhagen, merupakan teman rapat ayah Wilhelm, dan dialah yang mencadangkan Wilhelm memilih kerjaya sebagai seniman.[1] Wilhelm sudah menunjukan bakat seninya, dapat menangani subjek-subjek susah contohnya suasana kumpulan dengan banyak rajah dan komposisi rumit.

Ketika berumur 16 tahun, Marstrand lantas mula belajar di Akademi bergurukan Eckersberg, menghadiri sekolah itu dari 1826 hingga 1833. Walaupun punya minat yang kuat dalam tema bergenre - gambaran kehidupan seharian yang diperhatikannya di jalanan Copenhagen, khususnya masyarakat kelas pertengahan - dia kemudiannya sampai ke puncak penerimaan Kesenian Akademik: lukisan sejarah.

Lukisan sejarah mempamerkan benda penting di waktu itu - tema-tema klasik daripada mitos dan sejarah, berbanding kehidupan seharian. Tradisi dan cita rasa pengkritik seni tradisional amat menggemarinya. Maka ia merupakan sesuatu untuk diusahakan, meskipun punya skil sama dalam menggambarkan tema-tema yang bersifat lebih sederhana, dan keseronokan yang dirasainya dalam menggambarkan orang ramai, persimpangan kota, dan kelucuan di sebalik hiruk-pikuknya. Terbitan kreatif Marstrand, menerusi banyak lukisan serta ilustrasi yang dibuat bukan saja semasa 1830-an tapi sepanjang hayatnya, tidak pernah mengabaikan kecenderungan memaparkan kehidupan sederhana di zamannya ini.

Pada masa yang sama, Christian Waagepetersen, saudagar wain bagi mahkamah Denmark dan penggemar seni, turun menjadi penaung Marstrand semasa tempoh awal ini. Lukisannya "Sebuah parti petang muzikal" (Et musikalsk aftenselskab) (1834), menggambarkan peristiwa sebegitu di rumah Waagepetersen, dan merupakan sebuah karya peralihan penting buat Marstrand.

Merantau ke luar Denmark[sunting | sunting sumber]

Hiburan di luar tembok Rom di petang Oktober (1839)

Pada Ogos 1836, dia memulakan pengembaraan sulungnya, dari Jerman hinggalah Itali, sambil singgah di Berlin, Dresden, Nuremberg, dan Munich. Di Itali, di mana dia tinggal buat beberapa tahun, dia banyak menghasilkan lukisan gambaran ideal kehidupan sehari-hari, terutamanya keramaian. Di terpukau dengan Itali dan cara hidup penduduknya. Dia memotretkan mereka dengan gambaran penuh warna-warni, kegembiraan, dan romantik.

Dia turut menghasilkan sejumlah potret semasa mula-mula tinggal di Itali. Antara mereka yang dipotretkan ialah seniman pengembara Denmark lain, contohnya Christen Købke dan rakan kembara Johan Adolph Kittendorff. Dia menyiapkan lakaran bagi sebuah potret besar J.F. Schouw, seorang ahli botani dan politik, yang kemudiannya dia sempurnakan sebagai lukisan.

Perkembangan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Marstrand kembali ke Denmark pada penghujung 1841, sambil singgah di Munich dan Paris. Di Denmark, dia berusaha untuk membawa balik ilmu yang dipelajarinya di Itali, dan membolehkan ia berkembang dalam budaya tanah airnya.

Dia menjadi ahli kepada Akademi seni pada 19 Jun 1843, selepas menghantar lukisan "Erasmus Montanus" sebagai karya kemasukannya. Pada tahun 1849, dia menjadi profesor di Akademi tersebut. Dia berusaha membiarkan para pelajarnya berkembang dengan skil dan minat mereka sendiri. Antara mereka merupakan dua pelukis Skagen mahsyur Peder Severin Krøyer dan Michael Ancher, serta Carl Bloch dan Kristian Zahrtmann.

Marstrand terus merantau dengan kerap sekitar Eropah sepanjang hayatnya, ke (London, Vienna, Belgium, tapi khususnya Italy dan Rome), kadang kala bertemankan rakan seniman seperti P.C. Skovgaard dan Johan Adolph Kittendorff, atau sejarahwan seni dan pengkritik Niels Lauritz Høyen.

Pada Oktober 1871, Marstrand diserang dengan pendarahan otak dan menjadi separuh lumpuh, lantas hilang kebolehan bekerjanya sebelum meninggal dunia di tahun 1873.

Penerimaan anumerta[sunting | sunting sumber]

Marstrand dianggap sebagai antara pelukis tersohor Denmark sepanjang zaman oleh orang pada zamannya dan beberapa generasi selepas itu,[2] ada juga menganggapnya sebagai yang paling tersohor.[3] Yang pasti, dia merupaka seorang yang sangat produktif dan menguasai pelbagai jenis genre - kecuali seni lanskap, yang ramai tahu dia tidak minat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Otto Marstrand, 2003, pp 29-30.
  2. ^ Gitte Valentiner, 1992, pp 157-58.
  3. ^ Karl Madsen, 1905, p 3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]