William Chester Minor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
William Chester Minor
KelahiranJun 1834
Ceylon
Meninggal duniaRalat: Perlu tarikh lahir yang sah (tarikh kedua): tahun, bulan, hari
New Haven, CT
KesetiaanKesatuan (Perang Saudara Amerika)
Tahun perkhidmatan1863 atau 1864–1871
PangkatPegawai Bertugas (Ahli Bedah)
PertempuranPertempuran Wilderness
HubunganMayor Seattle, Thomas T. Minor
Tugas lainPenyelidik sukarela bagi Oxford English Dictionary

William Chester Minor, atau dikenali sebagai W. C. Minor (Jun 1834 – Mac 26, 1920) adalah pakar bedah tentera Amerika dan salah seorang penyumbang terbesar kepada Oxford English Dictionary. Beliau ketika itu berada di rumah sakit gila.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Minor telah dilahirkan di sebuah pulau yang bernama Ceylon (atau dikenali sebagai Sri Lanka pada masa sekarang), anak kepada jemaah pendakwah gereja dari New England. Beliau mempunyai banyak hubungan persaudaraan termasuk Thomas T. Minor, Mayer Seattle, Washington, pada penghujung tahun 1880. Pada umur 14 tahun, beliau telah dihantar ke Amerika Syarikat bagi menghabiskan pengajian dalam bidang perubatan pada tahun 1863 di Universiti Yale.

Kerjaya Tentera[sunting | sunting sumber]

Beliau telah diterima masuk ke dalam askar kesatuan sebagai seorang ahli bedah tentera dan membabitkan dirinya dalam Perang Wilderness pada Mei 1864 yang dimana perang itu ditabalkan sebagai perang yang meragut banyak nyawa. Minor juga pernah diberikan tugas bagi menghukum seorang askar Irish dalam tentera Kesatuan dengan mencalar muka askar tersebut dengan huruf D bagi melambangkan makna seorang pembelot.

Dalam pengakhiran Perang Saudara Amerika, beliau telah bekerja di bandar New York. Beliau begitu berminat dengan pelacuran dan mengabaikan banyak masa kerjanya sebagai tentera bagi meluangkan masa bersama pelacur. Pada 1867, kelakuannya telah menarik perhatian tentera yang dimana beliau telah dihantar ke kawasan terpencil di Florida. Pada 1868, keadaan kesihatan telah menyebabkan beliau dihantar ke hospital St. Elizabeths, sebuah hospital sakit gila di Washington. Selepas 18 bulan, beliau tidak menunjukkan respons bahawa keadaannya menjadi semakin baik.

Berpindah ke England[sunting | sunting sumber]

Pada 1871 beliau telah berpindah ke United Kingdom, menetap di rumah setinggan di Lambeth, dalam bandaraya London, dimana sekali lagi beliau hidup dalam keadaan menyeksakan. Akibat dihantui oleh paranoianya, beliau telah menembak mati lelaki bernama George Merrett, yang Minor percaya lelaki itu memecah masuk ke dalam biliknya, pada 17 Februari 1872. Pada masa itu, Merrett dalam perjalanan ke tempat kerja bagi membiayai keluarganya termasuk 6 orang anak, dirinya dan isterinya yang sarat mengandung. Selepas perbicaraan, beliau disahkan sebagai tidak bersalah atas sebab penyakit gila dan dipenjara di rumah sakit jiwa di Hospital Broadmoor di kampung Crowthorne, Berkshire. Kerana beliau tidak disahkan sebagai orang yang berbahaya, beliau dibenarkan bagi membeli dan membaca buku.[1][2]

Penyumbang kepada Oxford English Dictionary[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau menetap di rumah gila, beliau telah mendapat berita daripada beberapa orang penjual buku mengenai tawaran menjadi sukarelawan kepada projek Oxford English Dictionary. Beliau mendedikasikan sebagian besar hidupnya bagi pekerjaan itu. Beliau menjadi salah seorang sukarelawan paling aktif, membaca melalui perpustakaan peribadinya dan menggambarkan setiap ayat tentang bagaimana cara menggunakannya. Kadangkala, beliau masih dihantui oleh igauan lelaki yang dibunuhnya pada masa itu. Minor banyak menyumbang kepada kamus tersebut tentang penggunakan ayat dan waktu yang sesuai bagi ayat tersebut untuk digunakan. Selepas beberapa tahun, pangarang kamus itu, Dr. James Murray telah mengetahui tentang latar belakang Minor, dan menziarahinya.

Keadaan Minor bertambah parah dan akibatnya pada tahun 1902, beliau telah memotong kemaluannya sendiri.[3] Keadaan kesihatannya beransur-ansur buruk dan beliau telah dibenarkan pulang ke Amerika Syarikat dan telah ditujukan ke Hospital St. Elizabeths. Beliau meninggal dunia pada 1920 di New Haven, Connecticut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Broadmoor Asylum", Asylums, UK: Institutions, diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-17, dicapai pada 2013-09-06.
  2. ^ "William Chester Minor", Documents (PDF) (biography), Berkshire, UK: Record office, diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2009-11-28, dicapai pada 2013-09-06.
  3. ^ Forsyth, Mark (2011), The Etymologicon: A Circular Stroll through the Hidden Connections of the English Language Unknown parameter |month= ignored (bantuan).

Sumber lain[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]