William Fox (penerbit)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
William Fox
William Fox in 1921
Kelahiran
Vilmos Fuchs

(1879-01-01)1 Januari 1879
Meninggal dunia8 Mei 1952(1952-05-08) (umur 73)
DikebumikanSalem Fields Cemetery, Brooklyn
PekerjaanUsahawan
PasanganEva Leo (1899–1952, kematiannya)
Anak-anak2

William Fox[1] (nama lahir: Wilhelm Fuchs[2] atau Vilmos Fuchs[3]; 1 Januari 1879 – 8 Mei 1952)[4][5] merupakan seorang pedagang kelahiran Hungary yang telah mengasaskan syarikat filem Fox Film Corporation pada tahun 1915. Syarikat ini berkembang dan bertukar milik beberapa kali (terutamanya setelah diserahkan oleh Fox sendiri pada tahun 1930-an) sehingga diteruskan kini dalam pelbagai syarikat media bernama sama iaitu Fox Broadcasting Company, Fox News Channel, Foxtel, 20th Century Fox and 21st Century Fox.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Vilmos atau Wilhelm Fuchs lahir di Tolcsva, Hungary[6] Ayahnya Michael Fuchs[2] dan ibunya Hannah Fried merupakan keturunan Yahudi.[5][7][8] Keluarga Fuchs berhijrah ke Amerika Syarikat ketika dia berusia sembilan tahun di mana mereka menetap di Bandar Raya New York.

Wilhelm bekerja sebagai seorang penjual akhbar serta dalam industri pakaian semasa usia muda.

Kerjaya perniagaan[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan perniagaan pertamanya sendiri pada 1900; perniagaan tersebut dijual empat tahun kemudian untuk memperoleh sebuah panggung wayang kecil sebagai modal untuk membina suatu perusahaan panggung filem. Pada tahun 1914, Fox membeli filem-filem produksi Balboa Amusement Producing Company di Long Beach, California untuk diedarkan di panggung-panggung wayangnya serta disewa ke pangung seluruh Amerika Syarikat. Beliau menubuhkan Fox Film Corporation pada 1 Februari 1915 dengan duit danaan keluarga-keluarga McCarter, Kuser dan Usar serta syarikat pelabur Eisele dan King di New Jersey. Studio filem pertama syarikat Fox tertubuh di Fort Lee, New Jersey.[7]

Kehidupan kemudian dan penerusan syarikat[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal pada usia 73 tahun dalam keadaan serba tidak dihebahkan di Bandar Raya New York pada tahun 1952. Mayatntya disemadikan di Salem Fields Cemetery, Brooklyn.

Pada tahun 1935, pengurusan Fox Film Corporation di bawah pimpinan Sidney Kent bergabung dengan Twentieth Century Pictures untuk menjadi 20th Century-Fox. Syarikat 20th Century Fox itu sendirinya dibeli peniaga media Australia Rupert Murdoch bagi pihak News Corporation. Pada zaman inilah syarikat 20thCF berkembang dengan hebatnya di mana kesemua aset media 20th Century Fox dihimpunkan dan dipecahkan sebagai 21st Century Fox sambil rangkaian televisyen Fox Network diwujudkan sehingga menjadi antara rangkaian penyiaran terbesar di Amerika Syarikat. Pada 14 Disember 2017, dikhabarkan bahawa syarikat 21stCF akan dibeli The Walt Disney Company dengan harga sebanyak USD52.4 bilion.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "William Fox". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 10 Ogos 2011.
  2. ^ a b "William fox biography".
  3. ^ "Fried Fuchs" is given by Britannica, cited in William Wellman, Jr. (7 April 2015). Wild Bill Wellman: Hollywood Rebel. Knopf Doubleday Publishing Group. m/s. 184. ISBN 978-1-101-87028-0., and by Adrian Room di Dictionary of Pseudonyms: 13,000 Assumed Names and Their Origins (ed. ke-5). McFarland. 1 Julai 2010. m/s. 183. ISBN 978-0-7864-5763-2.
  4. ^ Hames, Peter (2004). "Preface". The Cinema of Central Europe. Wallflower Press. ISBN 978-1-904764-20-5.
  5. ^ a b "William Fox". Calendar of Szabó Ervin Library, Budapest (dalam bahasa Hungary). Dicapai pada 20 November 2009.
  6. ^ "A 20th Century Fox is magyar alapította". Népszabadság (dalam bahasa Hungary). 2008-12-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-04. Dicapai pada 2009-04-19.
  7. ^ a b Solomon, Aubrey (2011). The Fox Film Corporation, 1915-1935: A History and Filmography. Jefferson, N.C.: McFarland. ISBN 9780786462865. OCLC 690102781.
  8. ^ "Twentieth Century Fox". Filmreference.com. Dicapai pada 26 March 2010.
  9. ^ "The Walt Disney Company To Acquire Twenty-First Century Fox, Inc., After Spinoff Of Certain Businesses, For $52.4 Billion In Stock" (Siaran akhbar). The Walt Disney Company. December 14, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2017. Dicapai pada 14 Disember 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]