William Tell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mozek William Tell di Muzium Kebangsaan Swiss

William Tell ialah seorang wira rakyat di Switzerland. Lagendanya dirakamkan dalam sebuah hikayat Swiss lewat abad ke-15.

Ia berlatarkan zaman pengasasan asal Gabungan Swiss Lama pada awal abad ke-14. Menurut lagendanya, Tell yang merupakan seorang penembak busur silang mahir, telah membunuh Gessler, seorang Vogt yang zalim bagi Habsburg Austria yang ditempatkan di Altdorf, Uri.

Bersama-sama Arnold Winkelried, Tell adalah watak tumpuan dalam patriotisme Swiss kerana ia wujud semasa Pemulihan Gabungan selepas era Napoleon.