Willow Shields

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Willow Shields
Willow Shields by Gage Skidmore.jpg
Shields pada tahun 2013
Kelahiran (2000-06-01) 1 Jun 2000 (umur 17)
Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2008–sekarang

Willow Shields (lahir 1 June 2000) ialah seorang pelakon Amerika Syarikat. Beliau dikenali dengan peranannya sebagai Primrose Everdeen dalam siri filem The Hunger Games.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Willow Shields dilahirkan di Albuquerque, New Mexico, anak perempuan kepada Carrie dan Rob Shields.[1] Beliau mempunyai seorang kembar, Autumn Shields dan seorang abang, River Shields.

Karier[sunting | sunting sumber]

Kerja lakonan pertama Shields adalah peranan suara dalam filem pendek 2008, Las Vegas New Mexico 1875. Beliau melakonkan watak Lisa Rogan a.k.a. Lisa Royal dalam sebuah episod drama USA Network 2009, In Plain Sight bertajuk "In My Humboldt Opinion". Pada tahun 2011, Shields muncul dalam filem Hallmark Hall of Fame, Beyond the Blackboard, dibintangi Emily VanCamp. Dalam filem televisyen ini, Shields melakonkan watak seorang kanak-kanak tidak berumah bernama Grace.

Shields membintangi The Hunger Games sebagai Primrose Everdeen.[2] Beliau menyambung wataknya dalam filem sekuel, The Hunger Games: Catching Fire, The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2.[3] Shields juga membintangi The Wonder dan A Fall From Grace.

Pada 24 Februari 2015, Shields diumumkan sebagai salah seorang selebriti untuk bertanding dalam musim ke-20 Dancing with the Stars. Pasangan beliau dalam pertandingan ini ialah Mark Ballas.[4] Pada usia 14 tahun, beliau merupakan peserta termuda dalam pertandingan ini (mengatasi rekod Zendaya yang berumur 16 tahun ketika bertanding dalam musim ke-16). Pasangan ini disingkarkan semasa musim ketujuh walaupun secara konsisten menerima skor tinggi daripada juri sepanjang musim.[5]

Persembahan Dancing With the Stars[sunting | sunting sumber]

Minggu # Tarian/Lagu Skor juri Keputusan
Inaba Goodman Hough Tonioli
1 Cha-Cha-Cha / "Lips Are Movin" 6 6 6 7 Tiada penyingkiran
2 Tango Argentina / "Somebody That I Used to Know" 8 8 8 8 Selamat
3 Paso Doble / "Hanuman" 8 8 8 8 Selamat
4 Kontemporari / "Atlas" 10 9 10 10 Selamat
5 Foxtrot / "Alice's Theme" 8 8 9 9 Selamat
6 Salsa / "Tequila"
Pasukan Gaya Bebas / "Wipe Out"
9
10
8
9
8
10
9
10
Selamat
7 Jazz /"Electric Feel"
Salsa Dance-Off / "Temperature"
9
Dianugerahkan
9
2
9
Tambahan
10
Mata
Tersingkir

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem dan televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
2008 Las Vegas New Mexico 1875 Perempuan Memerhati Pergaduhan Senjata (suara) Filem pendek
2009 In Plain Sight Lisa Rogan/Lisa Royal 1 episod
2011 Beyond the Blackboard Grace Filem TV
2012 The Hunger Games Primrose Everdeen
2012 R.L. Stine's The Haunting Hour Eve Episod: "Intruders"
2013 The Hunger Games: Catching Fire Primrose Everdeen
2014 The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 Primrose Everdeen
2015 The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 Primrose Everdeen
2015 A Fall from Grace Grace
2015 Dancing with the Stars Diri sendiri/Peserta Musim ke-20
2016 The Wonder Rachel

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.abqjournal.com/94671/news/from-abq-to-hunger-games.html
  2. ^ Willow Shields Joins Cast of Hunger Games. filmoria.co.uk. Retrieved July 2011
  3. ^ "The Hunger Games: Catching Fire". Dicapai pada 28 August 2012. 
  4. ^ ABC News. "'Dancing With the Stars' 2015: Season 20 Celebrity Cast Announced". ABC News. Dicapai pada 24 February 2015. 
  5. ^ Weigle, Lauren (April 27, 2015). "Willow Shields Eliminated Off 'Dancing With The Stars'". Heavy.com. Dicapai pada April 27, 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]