Pergi ke kandungan

Windhound sutera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Windhound sutera
Anjing perang dengan lapis bulu sederhana panjang
Nama lainSilken windhound, windhound
Nama ringkasSilken
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Tinggi 47–60 cm (19–24 in)[1][2]
Bulu Bak sutera dan beralun, dengan jumbai[2]
Warna Sebarang warna[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Windhound sutera atau silken windhound[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan Amerika. Seperti kebanyakan anjing pemburu penglihatan, windhound sutera ialah courser terkenal.[3]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Windhound sutera ialah anjing pemburu penglihatan anggun bersaiz kecil hingga sederhana dengan lapis bulu sutera sederhana panjang. Warna lapis bulu sutera dapat terdiri daripada putih hingga hitam, dengan brindle bersinar dan merah padu di antaranya. Ia dapat bertompok, bertanda tuksedo, atau berwarna padu.[1]

Windhound sutera adalah penyayang dan suka bermain dan merupakan anjing bagus untuk keluarga dengan kanak-kanak. Oleh sebab keramahannya, ia bukan anjing pengawal bagus tetapi mudah dilatih dalam hal buang air dan dapat dilatih untuk tinggal bersama dengan haiwan peliharaan rumah lebih kecil. Windhound sutera khususnya menyukai ketangkasan, terapi, flyball, dan kepatuhan.

Pelatihan

[sunting | sunting sumber]

Windhound sutera adalah cerdas[2] dan mudah dilatih dengan menggunakan ganjaran dan kasih sayang dalam sesi singkat dan positif. Ia bekerja dengan penuh semangat dan menjalin hubungan kukuh dengan pemiliknya jika dilayan dengan baik. Seperti banyak anjing pemburu penglihatan, windhound sutera dapat terselit daripada kolar geleding. Maka, kebanyakan pemilik menggemari kolar separa gelincir.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Windhound sutera biasanya hidup sehingga usia pertengahan hingga lewat belasan tahun.[perlu rujukan] Penyakit tulang dan sendi seperti displasia pinggul dan kembung adalah jarang. Sesetengah individu windhound sutera peka terhadap ivermektin dan ubat-ubatan berkaitan; ujian ringkas kini tersedia untuk mengetahui sama ada seseekor anjing membawa MDR1 rosak, iaitu gen tahan berbilang ubat.[4] Sesetengah pemilik melaporkan kes kriptorkidisme, hernia umbilikus, dan sindrom teratai, serta kepekakan dan katarak pada usia tua.[5]

Francie Stull yang menunjukkan seekor windhound sutera

Windhound sutera diasaskan dan dikembangkan di Austin, Texas oleh Francie Stull, seorang pembiak baka berjaya bagi borzoi dan anjing pemburu rusa pertunjukan dan prestasi American Kennel Club dengan menggunakan susur galur kegemaran beliau bagi borzoi dan lurcher.[perlu rujukan] Perinduk windhound sutera pertama dilahirkan pada tahun 1985 dan sebuah kelab baka, iaitu International Silken Windhound Society ("Persatuan Windhound Sutera Antarabangsa"), dibentuk pada tahun 1999.[6]

Buku-buku pembaka windhound sutera tutup pada tahun 2000, dengan hanya sedikit pembiakbakaan ke luar yang diluluskan dengan baka-baka pengasas yang dipantau untuk memperbaik kesihatan dan merendahkan COI.[6]

Pada lewat tahun 2009, windhound sutera diterima sebagai baka Limited Stakes dalam ASFA. Lebih daripada empat puluh ekor anjing bertanding dalam limited stakes ASFA pada bulan pertama penerimaannya.[7]

Pada lewat tahun 2010, windhound sutera diterima sebagai baka dalam NOFCA, National Open Field Coursing Association, dan boleh menyertai acara padang terbuka. Pada 18 Mac 2011, windhound sutera diiktiraf oleh United Kennel Club.[2] Baka ini juga sejak itu telah diiktiraf oleh kelab-kelab kenel gabungan Persekutuan Kinologi Antarabangsa di Jerman[8] dan di Belanda,[9] namun kekal tidak diiktiraf oleh FCI sendiri.

Pada tahun 2026, windhound sutera ditambahkan ke dalam Khidmat Ternakan Asasi (FSS) American Kennel Club.

Perlumbaan lurus windhound sutera

Windhound sutera menyertai sukan prestasi dan penunjukan di seluruh dunia, termasuk NAKC, IABCA, dan NCA, sebagai sebahagian daripada kumpulan hound. Di Slovenia, windhound sutera diterima sebagai sebahagian daripada Kinološka Zveza Slovenije, anggota FCI, juga dalam kumpulan hound. Windhound sutera juga menyertai sukan prestasi anjing pemburu penglihatan yang bertanding bersama dengan anjing pemburu penglihatan lain dalam acara lure coursing dan perlumbaan lurus Finland. ISWS telah mengasaskan program perlumbaan trek lurus dan bujur yang membolehkan windhound sutera bertanding dan memenangi mata ke arah gelaran prestasi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. Jawi: وينهاءون سوترا, سيلکن وينهاءون; bahasa Inggeris: silken windhound
  1. 1 2 "Breed Standard" [Piawaian Baka] (dalam bahasa Inggeris). International Silken Windhound Society. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  2. 1 2 3 4 5 "Silken Windhound" [Windhound Sutera] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2018. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. "Performance and Racing" [Prestasi dan Perlumbaan] (dalam bahasa Inggeris). Silken Windhound Club of America. Dicapai pada 11 Oktober 2025.
  4. "Multidrug Sensitivity in Dogs" [Kepekaan Berbilang Ubat pada Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Negeri Washington. 7 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2015. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  5. "Health" [Kesihatan] (dalam bahasa Inggeris). Silken Windhound Club of America. Dicapai pada 11 Oktober 2025.
  6. 1 2 "History of the Breed" [Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). Silken Windhound Club of America. Dicapai pada 11 Oktober 2025.
  7. "Trial Results - Nov 2009" [Keputusan Percubaan - November 2009] (dalam bahasa Inggeris). American Sighthound Field Association. Dicapai pada 11 Oktober 2025.
  8. "Silken Windhound" [Windhound Sutera] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2025. Dicapai pada 11 Oktober 2025. Rasse nicht FCI-anerkannt National durch den VDH anerkannte Rasse
  9. "Silken Windhound" [Windhound Sutera] (dalam bahasa Belanda). Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland. 5 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2025. Dicapai pada 11 Oktober 2025.