Wisdom Bowls Club

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

WBC

Nama Penuh Kelab Boling Padang Wisdom atau Wisdom Bowls Club
Ditubuhkan 21 Oktober 2012
Negara Brunei Brunei Darussalam
Presiden Brunei Awang Haji Johari Awang Achee (2012 hingga sekarang)
Setiausaha Brunei Abdul Rahim Mohd. Taib
Ketua Jurulatih Brunei Haji Abdul Ghafar Bin Pehin Orang Kaya Laksamana Dato Seri Setia Haji Mohd Taha
Facebook Wisdom Bowls Club
E-mel wisdombc@outlook.com

Kelab Boling Padang Wisdom atau Wisdom Bowls Club[1] (Sebutan bahasa Inggeris AS: wɪzdəm bəʊlz klʌb) atau ringkasnya WBC ialah sebuah kelab boling padang yang berdaftar di Brunei Darussalam. Kelab ini ditubuhkan pada 21 Oktober 2012[2] dan mendapat kelulusan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada bulan Julai 2013.

Objektif[sunting | sunting sumber]

Objektif penubuhan kelab ini adalah untuk menumpukan perhatian kepada pembangunan dan kemajuan sukan Boling Padang di peringkat remaja dan akar umbi khususnya para penuntut sekolah dan kanak-kanak. Sejak ia ditubuhkan pada tahun 2012, WBC telah berjaya mencungkil banyak bakat baru khususnya para remaja yang berpotensi dalam sukan ini.

Jurulatih WBC, Haji Abdul Ghafar memberi tunjuk ajar kepada orang ramai cara bermain boling padang semasa Karnival Sukan Hyundai di daerah Tutong.

Antara usaha yang telah dilakukan WBC untuk tujuan tersebut adalah dengan menyertai Karnival Sukan Hyundai anjuran Setia Motor Sdn Bhd yang dikelolakan RIZIQ Event Management di Daerah Temburong dan Daerah Tutong pada tahun 2013. Di karnival tersebut, WBC memperkenalkan sukan boling padang kepada orang ramai yang kebanyakannya masih belum mengetahui tentang sukan tersebut.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Awang Haji Johari Awang Achee merupakan presiden yang pertama sejak WBC ditubuhkan pada 2012.

Awang Haji Johari Awang Achee

Beliau ialah seorang pesara sejak bulan Mei 2016[3]. Jawatan terakhir beliau dalam perkhidmatan bersama Kerajaan Brunei adalah sebagai Pengarah Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien iaitu sebuah jabatan di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Brunei Darussalam. Sebelum itu, beliau juga ialah mantan Penolong Pengarah Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi ABU Asia-Pacific Broadcasting Union News Group, Timbalan Pengarah Radio Televisyen Brunei, General Manager Merangkap Group Editor-In-Chief The Brunei Times dan Beliau juga pernah menjadi stake holders New Brunei Daily.

Di samping tugasan rasmi beliau sebagai penjawat awam, Awang Haji Johari juga ialah penggiat bidang penulisan umum. Beliau juga pernah menerbitkan beberapa buah rencana[4] termasuk beberapa artikel dan buku hasil tulisan dan karya beliau sendiri.[5] Antara genre penulisan beliau yang pernah diterbitkan ialah perkara yang berkaitan dengan bidang penyiaran televisyen,[6] isu domestik dan ASEAN.[7] Beliau juga masih aktif dalam bidang penulisan skrip dokumentari TV di samping menulis puisi untuk koleksi peribadi beliau sendiri.

Ahli Jawatankuasa Penggal 2021 – 2023[sunting | sunting sumber]

Ahli Jawatankuasa Tadbir

Presiden Brunei Awang Haji Johari Awang Achee
Timbalan Presiden I Brunei Ampuan Hjh Lili Maryani Ampuan Hj Salleh
Timbalan Presiden II Brunei Tiada
Timbalan Presiden III Brunei Tiada
Setiausaha Brunei Abdul Rahim Mohd. Taib[8]
Timbalan Setiausaha I Brunei Norafizah Matossen
Timbalan Setiausaha II Tiada
Bendahari Brunei Matossen Hj Abd Rahman
Timbalan Bendahari Brunei Muhd Nuh Jaafar
Ketua Jurulatih Brunei Hj Abdul Ghafar Pehin Orang Kaya Laksamana Dato Seri Setia Hj Mohd. Taha[9]
Pengarah Pertandingan Brunei Muhd Arrif Hj Amli



Ahli Jawatankuasa Biasa

Brunei Hajah Fatmah Hj Ibrahim
Brunei Hj Osman Hj Yahya
Malaysia Nor Hanani Haji Ibrahim
Brunei Kamarul Zaman Haji Bakar
Brunei Hj Amli Hj Ghafar
Brunei Muhd Hazmi Hj Idris
Brunei Niswan Mujibah Hj Hasnan

Setiap lantikan di atas diberi mandat 2 tahun untuk mentadbir kelab sesuai dengan peruntukan dalam perlembagaan WBC.

Johari Haji Bungsu[sunting | sunting sumber]

Johari Haji Bungsu ketika menyaksikan perlawanan boling padang Terbuka Brunei 2012.

Johari Haji Bungsu merupakan Timbalan Presiden Ke-II WBC sejak awal penubuhan kelab ini pada tahun 2012. Beliau juga ialah Pengurus syarikat RIZIQ Event Management. Syarikat miliknya sering diberikan kepercayaan oleh pihak kerajaan, persatuan-persatuan sukan, kelab-kelab sukan dan orang perseorangan untuk menguruskan dan mengendalikan serta menganjurkan beberapa aktiviti dan kejohanan sukan di Brunei sama ada di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa[10].

Dalam sukan boling padang, beliau pernah menjadi pelopor kepada penganjuran boling padang antarabangsa di Brunei pada tahun 2012 yang turut menyaksikan penyertaan beberapa pasukan dari luar negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Macau, Malaysia dan Thailand.[11]

Pada lewat petang hari Khamis, 28 Julai 2016 bersamaan 23 Syawal 1437H, WBC dikejutkan dengan berita kematian Timbalan Presiden ke-II mereka ini pada sekitar jam 7 malam. Beliau yang berasal dari Daerah Limbang, Sarawak, Malaysia dilahirkan pada 7 Oktober 1969 telah menghempuskan nafas terakhirnya pada usia 46 tahun. Allahyarham Johari disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan rebah akibat serangan penyakit jantung pada minit ke-33 dalam perlawanan bola sepak persahabatan ketika mewakili pasukan Al-Idrus FC menentang MS PDB di Stadium Hassanal Bolkiah, Gadong. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar dalam sukan Brunei Darussalam dan ianya sangat dirasai oleh golongan penggiat sukan di Brunei.

Beliau dikenali kerana aktif memperjuangkan dan memartabatkan kemajuan sukan bola sepak di Brunei bahkan turut mendapat pujian dan diingati oleh segenap lapisan pemain dan pegawai yang pernah bertugas bersama beliau.[12] Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Kampung Terunjing, Brunei.

Senarai ketua jurulatih[sunting | sunting sumber]

Tahun Jurulatih
2012 - Sekarang Brunei Haji Abdul Ghafar bin Pehin Orang Kaya Laksamana Dato Seri Setia Haji Mohd. Taha

Trofi Persahabatan WBC - PLBC[sunting | sunting sumber]

Juara Trofi Persahabatan WBC-PLBC 2017

Pada 30 April 2017, Buat kali pertamanya WBC dan Kelab Boling Padang Panaga berganding bahu menganjurkan Kejohanan Boling Padang Trofi Persahabatan WBC-Kelab Panaga Kali Pertama 2017 yang berlangsung di Gelanggang Boling Padang Panaga. 16 buah pasukan menyertai kejohanan edisi pertama. Wakil WBC, Hjh Amalia dan Nur Uzma Khadijah muncul juara Divisyen Cup manakala Mike Dawson dan Paul Rigney daripada Pasukan Panaga merangkul gelaran juara Divisyen Plate.

Juara Divisyen Plate 2017, Paul Rigney (kiri) dan Mike Dawson

Idea asal mengadakan kejohanan ini ialah hasil perundingan tidak formal wakil WBC bersama dengan Pengerusi Panaga Lawn Bowls Society, Neil Lynch pada awal April 2017 dan akhirnya satu tarikh dipersetujui untuk mengadakan kejohanan tersebut. Walaupun masa untuk membuat persiapan kurang daripada sebulan, namun kejohanan ini berjaya diadakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Pada tahun 2018, Damian Brady dan Tobias bin Tahal dari pasukan Panaga Bowls Club muncul juara apabila menewaskan WBC di perlawanan akhir. Gandingan kedua pemain Panaga itu sekali lagi merangkul gelaran juara pada tahun 2019 sekaligus mempertahankan gelaran yang mereka menangi pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2020 kejohanan ini ditiadakan ekoran penularan pandemik COVID-19. Pada tahun 2021, Neil Lynch dan Tony Haggett muncul juara sekaligus membantu Panaga merangkul kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut.

Piala Presiden WBC[sunting | sunting sumber]

Juara Piala Presiden 2015 bergambar ramai bersama Presiden WBC dan Presiden KSKK PL

Kejohanan Piala Presiden ini merupakan projek tahunan WBC dengan kerjasama KSKK PL dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim kedua buah kelab dari negara berjiran. Trofi Piala Presiden ini merupakan sumbangan peribadi Presiden WBC, Awang Haji Johari Achee dan akan terus dipertandingkan untuk tahun-tahun yang akan datang.


KSKK PL dinobat sebagai Juara Piala Presiden 2016

Edisi Kedua Piala Presiden diadakan pada tahun 2016 dan sekali lagi dilangsungkan di Labuan, Malaysia. Di edisi kali ini, WBC telah mencapai persetujuan untuk menambah kategori Remaja Bawah Umur 20 Tahun. Memandangkan KSKK PL tiada pemain remaja, maka kategori tambahan ini akan diadakan bersama dengan Persatuan Lawn Bowls Labuan yang turut bersetuju untuk membariskan 7 orang pemain remaja. Kategori ini diilhamkan semasa Mesyuarat Agong Pertama WBC pada 2016 sebagai jalan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pemain remaja khususnya mereka yang berumur 20 tahun ke bawah untuk menimba ilmu dan pengalaman bertanding menentang pemain luar negara di arena antarabangsa.

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tarikh Venue Naib Juara Keputusan JUARA
2015 30 - 31 Disember Arena Boling Padang Antarabangsa WP Labuan Labuan KSKK PL 5 - 13 Brunei WBC
2016 25 - 26 Disember Arena Boling Padang Antarabangsa WP Labuan Brunei WBC 6 - 12 LabuanKSKK PL
2017 24 - 25 Disember Arena Boling Padang Antarabangsa WP Labuan LabuanKSKK PL 6 - 12 Brunei WBC
2018 Julai (TBC) Pusat Boling Padang, KSNHB, Brunei Postponed Postponed Postponed

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Triples Terbuka Brunei
    • Juara (1): 2015 (Plate)
  • Integrasi Mixed Triples Sempena Hari Wilayah (Labuan, Malaysia)
    • Tempat Ke-7 & Ke-8 (Suku Akhir): 2013
  • Pairs Terbuka Sabah
    • Naib Juara (1): 2017 (Plate)

Bekas pemain/ahli[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]