Wish Upon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wish Upon
PengarahJohn R. Leonetti
PenulisBarbara Marshall
Dihasilkan olehSherryl Clark
Dibintangi
SinematografiMichael Galbraith
Disunting olehPeck Prior
Muzik olehTomandandy
Syarikat
penerbitan
Busted Shark Productions
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
  • 14 Julai 2017 (2017-07-14)
Masa tayangan
90 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$12 juta[2]
Pecah panggung$20.4 juta[3]

Wish Upon merupakan filem seram Amerika Syarikat 2017 arahan John R. Leonetti. Ia ditulis oleh Barbara Marshall serta dibintangi oleh Joey King, Ki Hong Lee, Sydney Park, Elisabeth Rohm dan Ryan Phillippe.

Ia telah ditayangkan pada 14 Julai 2017 oleh Broad Green Pictures dan Orion Pictures. Filem ini memperoleh hasil kutipan USD $20 juta dari seluruh dunia.[4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Clare Shannon (Joey King), seorang gadis naif yang berusia 17 tahun. Ibunya Johanna (Elisabeth Rohm), telah meninggal dunia selepas membunuh diri manakala ayahnya bekas pemuzik dan kini bekerja sebagai pengumpul barang-barang kitar semula. Pada suatu hari, ayahnya Jonathan (Ryan Philippe), telah menjumpai sebuah kotak muzik cina di dalam sebuah tong sampah. Sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Jonathan telah menghadiahkan kotak muzik tersebut kepada Shannon. Shannon mula membelek sekeliling kotak muzik tersebut dan menjumpai perkataan permintaan 7 hajat tanpa membacanya sehingga habis perkataan-perkataan yang lain. Ekoran dari itu, dia telah meminta hajatnya yang pertama dengan meminta untuk membalas dendam terhadap seorang kenalannya yang bernama Darcie (Josephine Langford) yang kerap membulinya. Akibatnya, Darcie telah dijangkiti kuman pada sistem tubuhnya dan akhirnya dimasukkan ke ICU sebelum disahkan telah meninggal dunia. Dan pada hari yang sama, anjing peliharaannya telah mati dengan tiba-tiba di dalam rumahnya. Bangkainya pula telah dimakan oleh beberapa ekor tikus. Clare tidak mengerti tentang hajat dan pembalasan yang tertera pada kotak muzik tersebut.

Hajatnya yang kedua, dia meminta Paul Middlebrook (Mitchell Slaggert), seorang pelajar lelaki yang kacak dan popular untuk jatuh cinta terhadapnya. Sebagai pembalasannya, ayah saudaranya yang hartawan telah meninggal dunia. Selepas mendengar berita tentang kematian tersebut, dia membuat hajat yang ketiga, dimana dia ingin namanya ada di dalam wasiat untuk mewarisi sebahagian dari harta peninggalan ayah saudaranya. Sebagai balasan, seorang jirannya Puan Deluca (Sherilyn Fenn) meninggal dunia dan mula membusuk di dalam rumahnya.

Clare mula kebingungan dengan peristiwa yang terjadi. Pada suatu hari, dia ingin meminta bantuan seorang kenalan berbangsa cina yang bernama Ryan Hui (Ki Hong Lee) untuk menterjemahkan maksud yang ada pada kotak muzik tersebut. Gina (Alice Lee), saudara kepada Ryan mula membantu menterjemahkan maksud perkataan tersebut tetapi beberapa hari kemudian, dia telah dijumpai mati di dalam pangsapurinya selepas Clare membuat hajat keempat, dia berhajat agar ayahnya tidak lagi bekerja sebagai pengutip barang-barang terpakai lagi. Clare ada teringat dengan satu pepatah yang keluar dari mulut Gina yang berbunyi, jika muzik itu tamat, hutang darah perlu dibayar!. Ryan akhirnya mengesyaki bahawa punca kematian Gina adalah disebabkan dari kotak muzik tersebut.

Clare menjadi sangat runsing kerana dia masih berbaki lagi 3 hajat yang belum diminta. Ryan mengatakan Clare perlu lengkapkan kesemua hajat-hajat tersebut bagi menamatkan sumpahan tersebut. Clare segera membuat hajatnya yang kelima, dia berhajat untuk menjadi popular di sekolah tetapi sayangnya, hubungan dengan kenalannya menjadi renggang. Sebagai balasan, rakannya Meredith (Sydney Park) meninnggal dunia selepas terjatuh dari lif elavator.

Ryan mengingatkan kepada Clare, selepas hajat ketujuh dilaksanakan nyawa pemilik kotak muzik akan dibayar bagi menamatkan sumpahan. Mereka cuba menghancurkan tetapi gagal lalu membungkus dan terus menyorokkan di tempat rahsia di dalam bilik tidur Clare. Clare terus membuat hajat keenam, agar ibunya tidak mati dengan membunuh diri. Tiba-tiba, ibunya mengetuk pintu biliknya bersama-sama dengan 2 orang adik perempuannya. Mereka menyambut ulang tahun kelahiran Clare bersama-sama. Clare mula membuat kesimpulan bahawa Johanna merupakan pemilik yang terdahulu sebelumnya, akibat tekanan perasaan yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk membunuh diri bagi menamatkan sumpahan tersebut. Keesokkan harinya, kotak muzik tersebut hilang dalam simpanan, dan dia menjumpai kotak muzik tersebut sedang berbunyi. Ketika lagunya sudah tamat, ayahnya, Jonathan terbunuh semasa sedang menebang pokok di halaman rumah.

Clare yang berang terus membuat hajat terakhir, dimana dia mahu kembali seperti asal sebelum ayahnya menjumpai kotak muzik tersebut. Keesokkan harinya, Clare kembali ke peristiwa yg awal dan kali ini dia mengambil sendiri kotak muzik tersebut di dalam tong sampah lalu diserahkan kepada Ryan untuk ditanam tanpa perlu membuka bungkusan tersebut. Dia sempat memberitahu Ryan bahawa dia sudah jatuh cinta terhadap Ryan lalu mengucup bibirnya. Ketika sedang melintasi jalan, Clare telah dilanggar kereta yang dipandu oleh Darcie. Clare meninggal dunia di tempat kejadian. Di penghujung cerita, Ryan yang memegang bungkusan mula membuka dan membaca maksud perkataan yang ada pada kota muzik tersebut. Wajahnya dalam samar-samar sama ada mahu menanamkannya atau sebaliknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Wish Upon". British Board of Film Classification. Dicapai pada June 20, 2017.
  2. ^ "'Bad Santa 2' Bombs: Broad Green's Shift to Mass-Appeal Fare Sees Early Signs of Trouble". The Hollywood Reporter. Dicapai pada March 9, 2017.
  3. ^ "Wish Upon (2017)". The Numbers. Dicapai pada August 12, 2017.
  4. ^ "Wish Upon". Dicapai pada February 7, 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]