Wissam Ben Yedder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wissam Ben Yedder
Ben Yedder bersama Monaco pada 2019
Maklumat peribadi
Nama penuh Wissam Ben Yedder[1]
Tarikh lahir (1990-08-12) 12 Ogos 1990 (umur 33)
Tempat lahir Sarcelles, Perancis
Ketinggian 1.70 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Monaco
Nombor 9
Kerjaya remaja
2000–2007 Garges-les-Gonesse
2007–2009 Saint-Denis
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2010 UJA Alfortville 23 (9)
2010–2016 Toulouse 156 (63)
2016–2019 Sevilla 91 (38)
2019– Monaco 63 (38)
Pasukan kebangsaan
2010 Futsal Perancis 2 (1)
2012 Perancis B21 9 (3)
2018– Perancis 14 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Mei 2021 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 8 Jun 2021

Wissam Ben Yedder (lahir 12 Ogos 1990) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang beraksi di posisi penyerang untuk kelab Ligue 1, AS Monaco dan pasukan kebangsaan Perancis.

Selepas memulakan kariernya di kelab amatur UJA Alfortville, beliau kemudiannya menyertai Toulouse pada tahun 2010. Beliau telah menjaringkan 71 gol dalam 174 perlawanan untuk Toulouse sekali gus meleburkan rekod André-Pierre Gignac sebagai penjaring terbanyak Toulouse dalam saingan liga pada abad ke-21. Beliau berpindah ke Sevilla dengan nilai perpindahan sebanyak 9 juta euro pada tahun 2016. Sepanjang tiga musimnya di Sepanyol, beliau menjaringkan 70 gol dalam 138 perlawanan. Perpindahan beliau ke Monaco menyusul pada tahun 2019 dengan nilai perpindahan sebanyak 40 juta euro sebelum beliau menjadi penjaring terbanyak Ligue 1 pada musim sulungnya di sana.

Di peringkat antarabangsa, Ben Yedder telah mewakili pasukan Perancis di peringkat bawah-21 dan futsal. Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior Perancis pada Mac 2018.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Toulouse[sunting | sunting sumber]

Ben Yedder telah dilahirkan di Sarcelles, Île-de-France dan berasal daripada keturunan Tunisia.[2] Salah seorang rakannya pada usia kanak-kanak ialah Riyad Mahrez.[3] Ben Yedder memulakan kariernya di kelab tempatan UJA Alfortville yang bersaing di divisyen keempat, Championnat de France Amateur sebelum berpindah ke kelab Ligue 1, Toulouse pada 2010.

Pada 16 Oktober 2010, beliau melakukan penampilan sulungnya semasa pasukannya akur kepada kekalahan 0-2 menentang Paris Saint-Germain selepas menggantikan Yannis Tafer pada 29 minit terakhir. Beliau melakukan 13 kemunculan sebagai pemain gantian pada dua musim pertamanya. Pada 21 April 2012, sepuluh minit selepas menggantikan Paulo Machado, beliau menjaringkan gol pertamanya bersama Toulouse dengan menyamakan kedudukan permainan sebelum pasukannya tewas 2-1 kepada Evian.[4]

Pada tiga kempen liga yang berikutnya, Ben Yedder telah menjaringkan 15, 16 dan 14 gol masing-masing pada setiap kempen. Pada 10 Ogos 2012, pada perlawanan pertama musim baru, beliau beraksi pada separuh masa dengan menggantikan Pantxi Sirieix sebelum menyamakan kedudukan permainan 1–1 ketika menentang juara bertahan dan juga musuh setempat, Montpellier.[5] Dalam perlawanan di gelanggang lawan pada perlawanan terakhir kempen iaitu pada 26 Mei 2013, beliau menjaringkan kedua-dua gol pasukannya untuk meraih kemenangan bergaya ke atas Montpellier.[6]

Pada 30 November 2013, Ben Yedder telah menjaringkan hatrik semasa mengecewakan Sochaux 5-1.[7] Beliau menghasilkan rekod hatriknya yang lain pada aksi kemenangan 3-1 ke atas Valenciennes pada 17 Mei 2014.[8]

Ben Yedder telah menyudahkan tendangan penalti ketika terikat seri 3-3 menentang Caen pada 20 September 2014. Dengan itu, beliau berjaya menjaringkan 35 gol untuk Toulouse sekali gus mengejutkan rekod André-Pierre Gignac sebagai penjaring terbanyak Toulouse dalam saingan liga pada abad ke-21.[9] Beliau mencetak jaringan gol ke-50 dalam Ligue 1 pada 19 Disember 2015 dengan meletakkan pasukannya berada di hadapan sebelum perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 menentang Lille.[10] Pada 9 Januari, beliau menjaringkan hatrik lain pada aksi menewaskan pasukan bergelut, Reims.[11]

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Julai 2016, Ben Yedder telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Sepanyol, Sevilla dengan nilai perpindahan sebanyak 9 juta euro.[12] Selepas hanya menjadi pemanas bangku simpanan pada perlawanan Piala Super UEFA yang berakhir dengan kekalahan kepada Real Madrid pada 9 Ogos, beliau melakukan penampilan sulungnya pada lima hari kemudian selepas menggantikan Luciano Vietto pada 29 minit terakhir pada perlawanan pertama Piala Super Sepanyol menentang Barcelona. Pada 20 Ogos, beliau beraksi sebagai kesebelasan utama pasukannya dalam aksi sulungna di La Liga menentang Espanyol. Beliau juga menjaringkan gol dalam perlawanan itu yang menyaksikan kemenangan 6-4 menjadi milik Sevilla.[13]

Ben Yedder berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum melakukan rembatan pada 2017.

Ben Yedder telah menjaringkan lima gol untuk Sevilla sepanjang dua perlawanan Copa del Rey secara agregat ketika menentang kelab Tercera División, SD Formentera 14-2 pada Disember 2016 termasuk jaringan hatriknya pada perlawanan timbal balik yang berakhir dengan keputusan 9-1.[14] Perlawanan itu telah melonjakkan beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan pada musim itu bersama dengan pemain Barcelona, Lionel Messi.[15] Pada 7 Januari 2017, beliau menghasilkan jaringan hatrik dalam pertembungan La Liga menentang Real Sociedad yang berakhir dengan kemenangan 4-0 berpihak kepada Sevilla.[16]

Semasa kempen Liga Juara-Juara UEFA 2017-18, Ben Yedder telah menjaringkan ketiga-tiga gol Sevilla sewaktu menentang NK Maribor pada 26 September sekali gus menjadikan jaringan hatrik pertamanya pada kejohanan itu.[17] Pada 21 November, selepas beliau menjaringkan dua gol untuk membantu Sevilla bangkit daripada ketinggalan lalu menyamakan kedudukan permainan 3-3 menentang Liverpool, beliau menyindir A.C. Milan yang tewas pada final Liga Juara-Juara UEFA 2005 kepada Liverpool dalam situasi yang sama menerusi laman Twitter.[18] Pada 13 Mac 2018, pada perlawanan kedua pusingan ke-16 Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Old Trafford, Ben Yedder beraksi sebagai pemain gantian pada minit ke-72 permainan sebelum menjaringkan dua gol dalam tempoh masa empat minit. Akhirnya, Sevilla merangkul kemenangan 2-1 dan mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara atau Piala Eropah buat kali pertama sejak tahun 1958 dan buat kali pertama dalam era Liga Juara-Juara.[19]

Pada September 2018, Ben Yedder telah menjaringkan lima gol dalam masa tiga hari. Dua daripada jaringan tersebut pada aksi Liga Europa menentang Standard Liège dan jaringan hatrik sewaktu menentang Levante.[20]

Monaco[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Ogos 2019, Ben Yedder telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Monaco selepas pihak kelab mengaktifkan klausa pelepasan beliau yang bernilai 40 juta euro. Perpindahan beliau merupakan rekod jualan terbesar yang pernah dicatatkan oleh Sevilla sementara Rony Lopes pula berpindah dari Monaco ke Sevilla.[21] Pada tiga hari kemudian, beliau melakukan penampilan pertamanya selepas menggantikan Radamel Falcao ketika pasukannya mengalami kekalahan 3-0 kepada Metz.[22] Pada 25 Ogos, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Monaco ketika menentang Nîmes Olympique yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.[23]

Pada Disember 2019, Ben Yedder meraih anugerah Pemain Terbaik Bulanan UNFP selepas menjaringkan empat gol dan membantu dua jaringan dalam empat perlawanan. Musim sulungnya di Monaco menjadi terbatas pada Mac 2020 berikutan pandemik koronavirus tetapi beliau menamatkan kempen sebagai penjaring terbanyak liga bersama dengan pemain PSG, Kylian Mbappé iaitu 18 jaringan gol daripada 26 perlawanan sekali gus menghasilkan satu rekod baru liga.[24]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Ben Yedder beraksi dalam dua perlawanan futsal dengan mewakili Perancis dan juga mewakili negara tanah airnya di peringkat bawah-21.

Oleh sebab ibu bapa Ben Yedder berasal dari Tunisia, beliau layak untuk mewakili negara itu di peringkat antarabangsa di bawah peraturan FIFA. Persekutuan Bola Sepak Tunisia telah cuba lebih kurang lima kali untuk memujuknya supaya mewakili Tunisia. Pada Oktober 2017, selepas beliau menolak tawaran daripada pasukan Tunisia yang akan bertandang ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018, mereka mengaku untuk berputus asa.[25]

Pada Mac 2018, selepas beraksi dengan cemerlang untuk Sevilla, pengurus Perancis iaitu Didier Deschamps telah memasukkan Ben Yedder ke dalam skuad untuk menghadapi dua perlawanan persahabatan menentang Colombia dan Rusia.[26] Pada 23 Mac, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Perancis ketika pasukannya tewas 3-2 kepada Colombia di Stade de France selepas menggantikan Olivier Giroud untuk saki-baki 17 minit terakhir.[27] Pada 17 Mei, beliau telah disenaraikan sebagai pemain siap sedia untuk skuad Perancis yang menuju ke Piala Dunia.[28]

Pada 11 Jue 2019, Ben Yedder tampil sebagai kesebelasan utama pasukan buat kali pertama dan menjaringkan gol antarabangsa sulungnya semasa menewaskan Andorra pada aksi kelayakan UEFA Euro 2020.[29]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 7 Mac 2020.[30]
Kelab Musim Liga Piala[a] Piala Liga Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis UJA Alfortville 2009–10 23 9 0 0 23 9
Perancis Toulouse 2010–11 4 0 1 0 0 0 5 0
2011–12 9 1 1 0 1 0 11 1
2012–13 34 15 2 0 1 0 37 15
2013–14 38 16 2 0 2 1 42 17
2014–15 36 14 1 1 1 0 38 15
2015–16 35 17 2 1 4 5 41 23
Jumlah 156 63 9 2 9 6 174 71
Sepanyol Sevilla 2016–17 31 11 4 5 5[b] 2 2[c] 0 42 18
2017–18 25 9 6 3 11[b] 10 42 22
2018–19 35 18 5 2 13[d] 10 1[c] 0 54 30
Jumlah 91 38 15 10 29 22 3 0 138 70
Perancis Monaco 2019–20 26 18 3 1 1 0 30 19
Jumlah kerjaya 298 130 27 13 10 6 29 22 3 0 366 171
  1. ^ Termasuk Coupe de France dan Copa del Rey.
  2. ^ a b Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA
  3. ^ a b Penampilan di Piala Super Sepanyol
  4. ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 14 Oktober 2019.[31]
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2018 1 0
2019 7 2
Jumlah 8 2

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
11 Jun 2019 Andorra la Vella, Andorra  Andorra
0–2
0–4
Kelayakan UEFA Euro 2020
2
10 September 2019 Saint-Denis, Perancis
3–0
3–0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Acta del Partido celebrado el 07 de abril de 2019, en Valladolid" [Minutes of the Match held on 7 April 2019, in Valladolid] (dalam bahasa Spanish). Royal Spanish Football Federation. Dicapai pada 15 June 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Ben Yedder rêve toujours d'Euro" [Ben Yedder always dreams of the Euros] (dalam bahasa French). La Depeche. 3 August 2015. Dicapai pada 27 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Ben Yedder's unquestionable self-belief driving him to reach new heights". UEFA. 20 November 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
  4. ^ "Battu par Evian TGFC, Toulouse n'arrive pas à enchaîner" [Beaten by Evian TGFC, Toulouse fail to concentrate] (dalam bahasa French). France Info. 21 April 2012. Dicapai pada 27 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Montpellier began their Ligue 1 title defence with a draw overshadowed by referee Antony Gautier, who showed three red cards". Sporting Life. 10 August 2012. Dicapai pada 27 December 2015.
  6. ^ "Ben Yedder offre la victoire à Toulouse" [Ben Yedder gives victory to Toulouse] (dalam bahasa French). France Info. 26 May 2013. Dicapai pada 27 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Ben Yedder hat-trick does for Sochaux". Ligue 1. 30 November 2013. Dicapai pada 27 December 2015.
  8. ^ Lewis, Daniel (17 May 2014). "Result: Wissam Ben Yedder hat-trick downs Valenciennes". Sports Mole. Dicapai pada 27 December 2015.
  9. ^ "Toulouse: Ben Yedder meilleur buteur du siècle avec le TFC" [Toulouse: Ben Yedder greatest goalscorer of the century with TFC] (dalam bahasa French). 20 Minutes. 22 September 2014. Dicapai pada 27 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Ligue 1, Ben Yedder atteint la barre des 50 buts" [Ligue 1, Ben Yedder achieves the milestone of 50 goals] (dalam bahasa French). Yahoo!. 19 December 2015. Dicapai pada 27 December 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Ligue 1: Grâce à un triplé de Ben Yedder, le TFC donne un cours de maintien à Reims" [Thanks to a hat-trick from Ben Yedder, TFC give Reims a lesson in how to stay up] (dalam bahasa French). 20 Minutes. 10 January 2016. Dicapai pada 26 January 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Sevilla agree to sign Toulouse striker Wissam Ben Yedder" (dalam bahasa Spanish). ESPN. 30 July 2016. Dicapai pada 30 July 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Sargeant, Jack (22 August 2016). "Sevilla won 6–4 in Jorge Sampaoli's 1st La Liga game as manager. You should watch them this season". SB Nation. Dicapai pada 21 September 2016.
  14. ^ Ruiz, Fernando (21 December 2016). "Sevilla F.C. 9–1 Formentera: Un trámite con seriedad e intensidad" [Sevilla F.C. 9–1 Formentera: A formality with seriousness and intensiveness]. Estadio Deportivo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 23 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  15. ^ Sáez, A. (29 May 2017). "Ben Yedder, Pichichi copero junto a Messi" [Ben Yedder, Cup top scorer alongside Messi]. Estadio Deportivo (dalam bahasa Spanish). Dicapai pada 23 November 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  16. ^ "Real Sociedad 0–4 Sevilla: Wissam Ben Yedder scores hattrick". beIN Sports. 7 January 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
  17. ^ "Ben Yedder hat trick gives Sevilla 3-0 win over Maribor". USA Today. Associated Press. 26 September 2017. Dicapai pada 23 November 2017.
  18. ^ Holyman, Ian (22 November 2017). "Wissam Ben Yedder's Twitter fun after Sevilla's fightback vs. Liverpool". ESPN. Dicapai pada 23 November 2017.
  19. ^ "Manchester United 1–2 Sevilla". The Guardian. 13 March 2018. Dicapai pada 13 March 2018.
  20. ^ "Ben Yedder makes it 5 goals in 3 days with 1st half hat trick". NBC Sports. 23 September 2018. Dicapai pada 23 September 2018.
  21. ^ "Monaco sign Sevilla Striker Ben Yedder as Lopes moves other way". Reuters. Dicapai pada 14 August 2019.
  22. ^ "Monaco soundly beaten at Metz". Ligue 1. 17 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-20. Dicapai pada 22 August 2019.
  23. ^ "Nîmes fight back to hold 10-man Monaco". Ligue 1. 25 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-26. Dicapai pada 8 September 2019.
  24. ^ Holyman, I. (1 May 2020). "Season review: Mbappé, Ben Yedder & the top goalscorers". Ligue 1. Dicapai pada 1 May 2020.
  25. ^ Okeleji, Oluwashina (19 October 2017). "Tunisia put Ben Yedder snub behind them". BBC Sport. Dicapai pada 3 August 2018.
  26. ^ "Ben Yedder earns maiden France selection after stunning Pogba and Man Utd". Goal. 15 March 2018. Dicapai pada 15 March 2018.
  27. ^ Crossan, D. (23 March 2018). "FRANCE FADE TO COLOMBIA DEFEAT". Ligue 1. Dicapai pada 26 March 2018.
  28. ^ Benson, Michael (17 May 2018). "World Cup 2018: Chelsea, Manchester United and Manchester City stars included in France's squad for finals". Talksport. Dicapai pada 24 May 2018.
  29. ^ "Italy edge Bosnia as Germany and France stroll". France 24. 12 June 2019. Dicapai pada 12 June 2019.
  30. ^ "Wissam Ben Yedder Soccerway Profile". Soccerway. Dicapai pada 15 May 2016.
  31. ^ (Inggeris) Profil Ben Yedder, Wissam di National-Football-Teams.com
  32. ^ "Wissam Ben Yedder Sacré en Ligue 1 Conforama" [Wissam Ben Yedder Crowned in Ligue 1 Conforama] (dalam bahasa Perancis). UNFP. 23 January 2020. Dicapai pada 24 January 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad AS Monaco FC