Wong Ah Fook

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wong Ah Fook JP, S.M.J. (Bahasa Cina: 黃亞福; 12 Mac 1837 - 12 September 1918, juga Wong Fook atau Wong Fook Kee;[1] Jawi: ووڠ اه فوك) adalah seorang jurubina, usahawan dan dermawan penghijrah Cina. Beliau bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja raya besar yang membangunkan negeri Johor terutamanya ibu kota, Johor Bahru termasuk pembinaan Istana Besar semayaman Sultan Johor antara sejumlah besar bangunan warisan Johor.

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Jalan Wong Ah Fook di pusat bandar Johor Bahru dinamakan sempena beliau.

Terdapat suatu rumah agam yang pernah didirikan dan dimilik beliau sekitar Jalan Lumba Kuda pada tahun 1864 mengandungi 29 bilik dan 8 bilik air. Ia kemudiannya diduduki sebagai suatu petempatan setinggan selama bertahun-tahun, sebanyak 12 buah keluarga didapati mendiami rumah ini apabila ia diperiksa tahun 2014.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oral History in Southeast Asia: Theory and Method: Biography of Wong Fook Kee
  2. ^ "Historic mansion may soon be history". The Star. 4 April 2014. m/s. 25.