Pergi ke kandungan

Wong Chun Wai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YBhg Datuk Seri

Wong Chun Wai

SMW (Wilayah Persekutuan); DSIS (Selangor); DMSM (Melaka); AMN
Pengerusi BERNAMA
Memegang jawatan
1 September 2023
Didahului olehRas Adiba Radzi
Ahli Majlis Pemulihan Negara
Dalam jawatan
21 Julai 2021 – 20 Disember 2022
PengerusiTan Sri Muhyiddin Yassin
Butiran peribadi
PekerjaanTokoh media, wartawan

Datuk Seri Wong Chun Wai merupakan Ketua Pengarang Kumpulan merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan The Star. Seterusnya dilantik sebagai Pengerusi Asia News Network (ANN).

Pada 2 Februari 2008, Yang di-Pertuan Agong,Sultan Mizan Zainal Abidin mengurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada beliau di Istana Negara.[1][2]

Pengerusi Asia News Network

[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Februari 2012, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Asia News Network (ANN) menggantikan Pengarah Urusan dan Pengarang The Statesman dari India, Ravindra Kumar . Beliau memegang jawatan itu bagi tempoh 2012-2013. Beliau dilantik dalam mesyuarat tahunan ANN di Kathmandu, Nepal pada 16 dan 17 Februari 2012.

ANN adalah kumpulan media dan perikatan akhbar yang paling aktif di dunia yang dianggotai oleh 21 suratkhabar dari 18 negara.Perikatan itu ditubuhkan pada tahun 1998 bagi menyediakan peluang untuk kerjasama di kalangan media Asia dengan moto “We Know Asia Better” (Kami Tahu Asia Lebih Baik). Anggota-anggota ANN adalah China Daily (China), China Post (Taiwan), Yomiuri Shimbun dan Daily Yomiuri (Jepun), The Island (Sri Lanka), The Korea Herald (Korea Selatan), The Statesman (India), The Straits Times (Singapura), The Nation (Thailand), Vietnam News (Vietnam), The Daily Star (Bangladesh), Philippine Daily Inquirer (Filipina), The Jakarta Post (Indonesia), The Star dan Sin Chew Daily (Malaysia), The Kathmandu Post (Nepal), Vientiane Times (Laos), Ras-mei Kampuchea (Kemboja), The Brunei Times (Brunei), Kuensel (Bhutan) dan Dawn (Pakistan).

Pengerusi BERNAMA

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi BERNAMA bermula 1 September 2023 bagi menggantikan Ras Adiba Radzi yang telah tamat kontrak pada 31 Januari 2023 lalu.[3]

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]