Wong Soon Kai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wong Soon Kai
Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Dalam jawatan
1991–1996
Didahului olehSim Kheng Hung
Digantikan olehGeorge Chan Hong Nam
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak
Dalam jawatan
1991–1996
Didahului olehStephen Yong Kuet Tze
Digantikan olehGeorge Chan Hong Nam
Anggota Dewan Undangan Sarawak
untuk Bukit Assek
Digantikan olehWong Ho Leng
Majoriti226 (1996)
Butiran peribadi
Lahir(1929-02-10)10 Februari 1929
Sibu, Kerajaan Sarawak, Empayar British
Meninggal dunia22 Mac 2017(2017-03-22) (umur 88)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Parti politik BN-SUPP
PasanganDatin Patinggi Puan Sri Datin Amar Datin Sri Dr. Jane Yong Sau Kan[1]
Anak-anakWong Chee Liang
Wong Chee May
Wong Chee Ling
KediamanKuching, Sarawak, Malaysia
Alma materKolej Perubatan Universiti Malaya
PekerjaanBekas ahli politik, doktor perubatan
AgamaKristian
(Protestan-Metodisme)

Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Dato' Sri Dr. Wong Soon Kai (10 Februari 1929 - 22 Mac 2017) merupakan bekas ahli politik Barisan Nasional di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Sibu, negeri Sarawak. Pada tahun 1959, beliau mencipta sejarah apabila menjadi rakyat Sarawak pertama bergraduasi sebagai seorang pakar bedah daripada United Kingdom.[1]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding di kampung halamannya atas tiket parti Barisan Nasional-SUPP. Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib bin Mahmud telah setuju melantik beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Presiden SUPP. Beliau tidak pernah berkata 'tidak' kepada sesiapa jua yang ingin berjumpanya ketika menjadi presiden parti dan timbalan ketua menteri. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, Wong Soon Kai ditewaskan secara mengejut oleh calon DAP, Ling Sie Ming dengan majoriti tipis 1412 undi. Oleh itu Ling dikenang sebagai 'giant killer'.

Pada pilihan raya negeri tahun 1996, Wong Soon Kai kalah di ADUN Bukit Assek kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti 226 undi walaupun kawasan pilihan raya tersebut kubu kuat kepada parti SUPP. Beliau kemudian bersara dari politik akibat kekalahan pada pilihan raya. Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dilantik sebagai presiden SUPP. Kekalahan Wong Soon Kai ini menyamai kekalahan Tun Dr Lim Chong Eu di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1990. Sejak itu DAP bertapak di Kuching, Sibu dan Miri. Apabila kawasan DUN Lanang diwujudkan pada 1990, kawasan ini juga dirampas oleh DAP melalui pemimpin mudanya Jason Wong Sing Nang mengalahkan calon SUPP Tieu Sung Seng dengan majoriti 3,973 undi.[2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Wong Soon Kai menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya pada pukul 4 pagi.[3] Beliau meninggal dunia akibat sakit tua dan telah dikebumikan di tanah perkuburan swasta Taman Peringatan Nirvana, Kuching pada 25 Mac 2017.[3][1]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Sempena memperingati jasa dan sumbangan mendiang, sebatang jalan utama di bandar Sibu yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Pedada telah dinamakan semula sebagai Jalan Dr Wong Soon Kai.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Pedada Road now known as Dr Wong Soon Kai Road". The Borneo Post. 28 November 2018. Dicapai pada 28 November 2018.
  2. ^ PRK Sibu : Pertarungan Rejang SUPP dan DAP
  3. ^ a b Wong Soon Kai meninggal dunia