WorldCat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
WorldCat
Logo wcmasthead en.png
URL worldcat.org
Jenis tapak web Katalog dan komuniti
Pendaftaran Percuma

WorldCat ialah katalog kesatuan yang menyenaraikan himpunan 72,000 perpustakaan di 170 negara dan wilayah.[1] yang menjadi ahli koperasi sejagat OCLC (Online Computer Library Center, Pusat Perpustakaan Berkomputer Dalam Talian). Ia dibina dan diselenggara secara bersama oleh perpustakaan-perpustakaan yang menjadi ahlinya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Katalog ini dibuat pada tahun 1971 dan sehingga setakat Januari 2013, mengandungi lebih daripada 289 juta rekod unik yang merujuk kepada lebih daripada 1.93 bilion aset fizikal dan digital dalam lebih daripada 470 bahasa.[1] WorldCat ialah pangkalan data Bibliografi terbesar di dunia. OCLC menjadikan WorldCat percuma kepada perpustakaan, tetapi katalog menjadi asas perkhidmatan berbayar OCLC (seperti perkongsian sumber dan pengurusan himpunan). WorldCat diasaskan Fred Kilgour, seorang pustakawan dari Ohio, Amerika Syarikat pada tahun 1967.[2]

Pada tahun 2003, OCLC memulakan rancangan perintis Open WorldCat yang menyediakan rekod ringkas daripada subset WorldCat kepada rakan-rakan laman Sesawang dan para penjual buku, bertujuan untuk meningkatkan ketercapaian himpunan perpustakaan yang menjadi ahlinya. Pada tahun 2006, WorldCat membolehkan pencarian secara langsung di tapak sesawangnya. Dan pada tahun 2007, sistem kepercaman WorldCat Identities mula menyediakan laman bagi 20 juta kepercaman, sebahagian besarnya pengarang dan orang yang menjadi subjek judul-judul tercetak.

Model[sunting | sunting sumber]

WorldCat beroperasi dengan model pemprosesan kelompok dan tidak model masa nyata. Dalam kata lain, rekod-rekod WorldCat diseragamkan secara berjeda menggunakan katalog-katalog perpustakaan dan tidak setiap hari ataupun dalam masa nyata. WorldCat akan menunjukkan bahawa sesuatu item itu dimiliki oleh perpustakaan tertentu, akan tetapi tidak memberi nombor panggilan perpustakaan atau menyatakan sama ada judul itu telah dipinjamkan. WorldCat juga tidak menunjukkan sama ada perpustakaan itu memiliki salinan berganda sesuatu judul. Sebagai pilihan, WorldCat membenarkan institusi yang menjadi ahlinya memuatkan pautan kepada sesuatu item itu secara langsung daripada WorldCat kepada katalog milik perpustakaan dan dengan ini membolehkan pengguna untuk membuat kepastian tentang status waktu nyata item tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "WorldCat facts and statistics". Online Computer Library Center. 2011. http://www.oclc.org/ca/en/worldcat/statistics/default.htm. Capaian November 6, 2011. 
  2. Margalit Fox. "Frederick G. Kilgour, Innovative Librarian, Dies at 92", The New York Times, August 2, 2006. Dicapai pada 2009-12-22. “Frederick G. Kilgour, a distinguished librarian who nearly 40 years ago transformed a consortium of Ohio libraries into what is now the largest library cooperative in the world, making the catalogs of thousands of libraries around the globe instantly accessible to far-flung patrons, died on Monday in Chapel Hill, N.C. He was 92.” 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]