Wu-Tang Clan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wu-Tang Clan
Ahli kumpulan Wu-Tang Clan membuat persembahan di Baltimore pada tahun 2007.
Latar belakang
Berasal dariBandar Raya New York, New York, Amerika Syarikat
GenreHardcore hip hop[1][2][3]
Tahun aktif1992–kini[4]
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Wu-Tang Killa Beez
Laman sesawang
wutangclan.com
Ahli
Bekas ahliOl' Dirty Bastard (meninggal dunia)

Wu-Tang Clan ialah sebuah kumpulan hip hop Amerika Syarikat. Ia ditubuhkan pada tahun 1992 di Staten Island, Bandar Raya New York[4] dianggotai RZA, GZA, Ol' Dirty Bastard, Method Man, Raekwon, Ghostface Killah, Inspectah Deck, U-God dan Masta Killa. Kumpulan ini dianggap antara kumpulan hip-hop dan rap terunggul sepanjang zaman.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Robert Diggs, Gary Grice dan Russell Jones pada awalnya membentuk suatu grup bertajuk "Force of the Imperial Master" atau "All in Together Now Crew";[5] di mana setiap anggotanya bernama samaran masing-masing sebagai Prince Rakeem, The Genius dan The Specialist. Persembahan mereka sangat mendapat perhatian para penonton rap di New York termasuk orang terkenal seperti Biz Markie.[6] The Genius dan Prince Rakeem kemudiannya ada termasuk dalam label rakaman berasingan namun digugurkan tidak lama selepas itu. Mereka memutuskan memulakan pengenalan baru untuk mencuba nasib - Grice/The Genius menama diri semula sebagai GZA [ji-za] manakala Diggs/Rakeem menama diri semula sebagai RZA [ri-za].[7]

RZA mula berkenalan dan berkolaborasi dengan Dennis "Ghostface Killah" Coles anak jati Staten Island - kedua-dua mereka mula mengembangkan suatu tema untuk persembahan kumpulan mereka yang menerapkan unsur-unsur ketimuran daripada filem-filem kung fu dan buku komik. RZA dan Ol' Dirty Bastard menamakan kumpulan mereka hasil ilham dari filem Shaolin and Wu Tang ditonton mereka;[8] malah, album pertama mereka turut menerapkan perasaingan antara gaya ilham jurusan-jurusan seni lawan Shaolin dan Wu-Tang (Cina tradisional: 武當拳pinyin: Wǔdāng quán) dalam tema dan susunan lagu mereka.[9]

Keanggotaan[sunting | sunting sumber]

  • RZA (nama sebenar: Robert Fitzgerald Diggs, 1969) – ketua de facto kumpulan, turut giat sebagai pelakon serta penggubah muzik dan pengarah filem
  • GZA (nama sebenar: Gary Grice, 1966) – ahli tertua grup, mula bergiat sejak tahun 1976.[10]
  • Ol' Dirty Bastard (nama sebenar: Russell Tyrone Jones, 1968–2004) – ahli paling lantang dan eksentrik serta paling mayhur sehingga pernah bergandingan dengan artis arus utama seperti Mariah Carey. Beliau meninggal akibat dos berlebihan dadah pada tahun 2004.[11]
  • Method Man (nama sebenar: Clifford Smith, 1971) – ahli termuda kumpulan, juga seorang pelakon
  • Raekwon (nama sebenar: Corey Woods, 1970)
  • Ghostface Killah (nama sebenar: Dennis Coles, 1970)
  • Inspectah Deck (nama sebenar: Jason Hunter, 1970) – juga seorang produser rakaman baik dalam kumpulan mahupun artis-artis lain.
  • U-God (nama sebenar: Lamont Jody Hawkins, 1970) – ahli pengasas.
  • Masta Killa (nama sebenar: Elgin Turner, 1969) – ahli dengan pengalaman tinggi dalam bidang rap
  • Cappadonna (nama sebenar: Darryl Hill, 1969)

Wu-Tang Clan affiliates[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Miszczynski, Milosz; Helbig, Adriana (2017). Hip Hop at Europe's Edge: Music, Agency, and Social Change. Indiana University Press. m/s. 105. ISBN 9780253023216.
  2. ^ Morris, Chris (September 20, 1997). "Hot Rap Act Wu-Tang Clan Runs Into Troubled Waters". Billboard. Nielsen Business Media, Inc. m/s. 1. ISSN 0006-2510.
  3. ^ "Drum: A Magazine of Africa for Africa". African Drum Publications. 1998. m/s. 59. Rap gems for hip hop brigade Hip hop fans should enjoy the soundtrack of the movie Soul In The Hole featuring hardcore rap artists the Wu-Tang Clan, Organized Kon- fusion, Mobb Deep and Xzibit. Cite magazine requires |magazine= (bantuan)
  4. ^ a b Matt Diehl (8 Disember 1996). "Brash Hip-Hop Entrepreneurs". The New York Times. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  5. ^ Cowie, Del F. "Days of the Wu at Exclaim.ca". Diarkibkan daripada yang asal pada April 28, 2005. Dicapai pada November 6, 2006.
  6. ^ "RZA Interview at HipHopCore.net". Diarkibkan daripada yang asal pada May 15, 2006. Dicapai pada December 26, 2006.
  7. ^ Pfeifle, Sam. "Days of the Wu — The RZA looks inside the Clan". The Boston Phoenix. Stephen M. Mindich. Diarkibkan daripada yang asal pada October 17, 2015. Dicapai pada November 12, 2015.
  8. ^ "The Wu-Tang Clan". Hip Hop Galaxy. 26 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2006. Dicapai pada 14 Mac 2008.
  9. ^ Leckart, Steven (October 23, 2007). "Wu-Tang Clan's RZA Breaks Down His Kung Fu Samples by Film and Song". Wired. Dicapai pada October 25, 2007.
  10. ^ "Time Travelin' with the Genius – Oh Word". Ohword.com. September 20, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada Disember 16, 2008. Dicapai pada Januari 6, 2009.
  11. ^ "Ol' Dirty Bastard – Cause Of Death Revealed | News". Nme.Com. December 16, 2004. Dicapai pada March 1, 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]