Wu Lien-teh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr.

Wu Lien-teh

MA, MD Cantab., LLD
伍連德
Fotograf hitam putih Dr. Wu Lien teh
Potret Dr. Wu Lien teh
Kelahiran(1879-03-10)10 Mac 1879
Meninggal dunia21 Januari 1960(1960-01-21) (umur 80)
Nama lainGoh Lean Tuck, Ng Leen Tuck
KerakyatanWarganegara United Kingdom Dan Tanah Jajahan (CUKC)
PendidikanKolej Emmanuel, Cambridge
PekerjaanPakar perubatan, penyelidik, pelukis cat
Tahun aktif1903–1959
Terkenal keranaKerja terhadap Wabak Manchuria 1910–11, pencipta pelitup muka N65
Karya terkenal
Plague Fighter: The Autobiography of a Modern Chinese Physician
Wu Lien-teh
Cina Tradisional: 伍連德
Cina Ringkas: 伍连德

Wu Lien-teh (Cina tradisional: 伍連德; juga dirumikan sebagai Goh Lean Tuck atau Ng Leen Tuck 10 Mac 1879 – 21 Januari 1960) merupakan seorang pakar perubatan kelahiran Tanah Melayu masyhur kerana kerjanya dalam kesihatan awam terutamanya semasa wabak Manchuria pada 1910–11. Ketika ini jugalah beliau mengembangkan rekaan topeng khas berkesan yang digunakan untuk tujuan sanitasi dan pencegahan dari persekitaran ini.

Beliau merupakan pelajar perubatan keturunan Cina pertama melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge.[1] Beliau juga merupakan orang kelahiran Tanah Melayu pertama yang berkelayakan mendapatkan Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada 1935.[2]

Awal hayat dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Wu dilahirkan di Negeri Selat Pulau Pinang, seorang dari 11 adik-beradik (4 lelaki dan 6 perempuan); bapanya seorang tukang emas kelahiran Taishan di Guangdong[3][4] manakala ibunya ialah seorang keturunan Hakka Peranakan generasi kedua.[5]

Beliau mendapat pendidikan awal di Penang Free School.[4] Beliau melanjutkan pendidikan tinggi di Emmanuel College Cambridge 1896 selepas mendapatkan biasiswa diraja Queen's Scholarship.[3] Beliau sangat berjaya dalam pengajiannya di universiti dengan memenangi banyak hadiah dan biasiswa yang dipertandingkan. Beliau menghabiskan tempoh pascagraduannya di St Mary's Hospital, London sebelum meneruskan pengajian di Liverpool School of Tropical Medicine (di bawah pengawasan Ronald Ross), Institut Pasteur, Halle University, and the Institut Selangor.[3]

Wu kembali ke Negeri-Negeri Selat pada 1903. Beliau berkahwin tidak lama kemudian dengan Ruth Shu-chiung Huang, anak revolusioner Wong Nai Siong[6][4] serta adik ipar Lim Boon Keng, seorang doktor yang memperkenalkan banyak dasar pembaharuan sosial dan pendidikan di Singapura.[4]

Wu dan keluarganya berpindah ke China pada 1907.[4] Semasa berada di China, isteri Wu dan dua daripada tiga anak lelaki mereka meninggal dunia.[4] Beliau berkahwin semula dan mempunyai empat orang anak.

Pada November 1931 semasa pencerobohan Jepun ke atas Manchuria, Wu ditahan dan disoal siasat oleh pihak berkuasa Jepun kerana disyaki sebagai perisik China.[4]

Apabila pendudukan Jepun meluas hebat ke sebahagian besar China sehinggakan memaksa tentera Nasionalis berundur, Wu terpaksa lari menyelamatkan diri arah selatan kembali ke Tanah Melayu untuk tinggal di Ipoh; beliau malangnya mendapati bahawa rumahnya dan koleksi buku perubatan kuno Cina sudah terbakar.[7][4]

Pada 1943, Wu ditangkap oleh pejuang kemerdekaan sayap kiri Tanah Melayu sebagai tebusan. Beliau kemudian hampir disoal siasat pihak berkuasa Jepun atas syak menyokong gerakan penentang dengan membayar wang tebusan, namun beliau diberikan perlindungan jua atas jasa merawat seorang pegawai tentera mereka.[4]

Kerjaya perubatan[sunting | sunting sumber]

Gambar berkumpulan Messrs. Jan van L., Dr. Wu Lien Teh dan Profesor De Langen, Tandjong Priok, Batavia, s. 1928

Pada September 1903, Wu menyertai Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur sebagai pelajar penyelidikan pertama. Namun, tidak ada jawatan pakar untuknya kerana pada masa itu, sistem perubatan dua peringkat di jajahan British meletakkan syarat bahawa hanya warganegara Britain yang dapat memegang jawatan tertinggi pegawai perubatan atau pakar yang berkelayakan sepenuhnya. Wu menghabiskan masa awal kerjayanya untuk menyelidik penyakit beri-beri dan cacing gelang sebelum memasuki latihan swasta menjelang akhir tahun pada 1904 di Lebuh Chulia, George Town, Pulau Pinang.[5]

Penanganan ketagihan candu[sunting | sunting sumber]

Masalah ketagihan candu merupakan gejala sosial hebat dialami pada masa Wu bekerja, beliau amat giat dalam percubaannya menangani penyalahgunaan ini. Pada awal 1900-an, beliau berkawan dengan Lim Boon Keng dan Song Ong Siang, seorang peguam yang aktif membangunkan masyarakat awam Singapura. Beliau menyertai mereka dalam menyunting The Straits Chinese Magazine.[4] Bersama rakan-rakannya, Wu menubuhkan Anti-Opium Association (Persatuan Anti-Candu) di Pulau Pinang. Beliau menganjurkan persidangan anti-candu di seluruh negara pada musim bunga 1906 yang dihadiri oleh kira-kira 3000 orang..[8][4] Ini menarik perhatian pihak besar yang terlibat dalam perdagangan candu yang menguntungkan dan pada 1907, ini membawa kepada pencarian dan penemuan berikutnya satu auns tingtur candu di dispensari Wu, yang mana beliau dihukum dan didenda.[4]

Wu memulakan pekerjaan sebagai seorang pegawai pemerintahan kerajaan Qing China pada tahun 1907 dan menjadi naib pengarah Kolej Perubatan Tentera, yang berpusat di Tianjin, pada 1908.[3]

Usaha pencegahan penyakit[sunting | sunting sumber]

Beliau melakukan suatu bedah siasat terhadap mayat seorang wanita Jepun yang meninggal terjangkit wabak ini[4][9] di mana beliau dapat menyimpulkan bahawa mangsa dijangkiti melalui pernafasan. Dengan pengetahuan ini serta terilham dari topeng pembedahan yang dilihatnya semasa belajar di Barat, beliau mempertingkatkan rekaan yang ada dengan menambahkan lapisan kain kasa dan kapas yang ampu menapis udara pernafasan..[10][11] Rekaan yang ada ini dipercayai merupakan duluan kepada topeng N95 yang masih digunakan sehingga hari ini.[12]

Persaraan dan akhir hayat[sunting | sunting sumber]

Wu terus mempraktikkan perubatan sehingga kematiannya pada umur 80 tahun. Beliau ada membeli sebuah rumah baharu di Pulau Pinang untuk meluangkan masa persaraannya, beliau turut menyelesaikan autobiografinya setebal 667 halaman berjudul Plague Fighter, the Autobiography of a Modern Chinese Physician.[13]

Pada 21 Januari 1960, beliau meninggal dunia akibat komplikasi strok ketika di rumahnya di Pulau Pinang.[5]

Peninggalan[sunting | sunting sumber]

Wu Lien-teh dianggap sebagai orang pertama yang memodenkan perkhidmatan perubatan dan pendidikan perubatan China. Di Universiti Perubatan Harbin, patung-patung perunggu daripadanya memperingati sumbangannya terhadap kesihatan awam, perubatan pencegahan, dan pendidikan perubatan.[14]

Karya penulisan Wu dalam bidang epidemiologi kembali menjadi sangat relevan dengan melandanya pandemik COVID-19 yang merebak seluruh dunia pada tahun 2019.[10][15][16]

Kehormatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebatang jalan raya di Ipoh Garden South, kawasan perumahan kelas menengah di kota Ipoh, Perak yang dinamakan sempena beliau. Di Pulau Pinang juga terdapat suatu kawasan perumahan bernama Taman Wu Lien Teh terletak berhampiran alma maternya Penang Free School;[17] di sekolah ini, sebuah rumah diberi nama sempena namanya. Sebuah persatuan juga dinamakan sempena nama beliau, Persatuan Dr. Wu Lien-teh.[18][15]

Koleksi pustaka Wu Lien-teh sebanyak 20,000 buku ilmu disumbangkan beliau sendiri semasa hayatnya kepada Universiti Nanyang yang kemudian tersinambung menjadi sebahagian dari Universiti Nasional Singapura.[5] Muzium Seni Universiti Malaya mempunyai seberapa koleksi lukisan dari Wu.[4]

Pada 1995, anak perempuan Wu, Dr. Yu-lin Wu, menerbitkan sebuah buku mengenai bapanya, Memories of Dr. Wu Lien-teh, Plague Fighter.[19]

Pada 2015, Institut Wu Lien-Teh dibuka di Universiti Perubatan Harbin.[9] Pada 2019, The Lancet melancarkan suatu anugerah tahunan untuk memperingati jasa Wu serta pengasas penyunting penerbitan, Thomas Wakley yakni Hadiah Wakley-Wu Lien Teh.[20]

Pada 2021, Wu diberi penghormatan oleh Google dengan suatu lakaran memperingati beliau.[21][22]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wu Lien-Teh, 2014. Plague Fighter: The Autobiography of a Modern Chinese Physician. Penang: Areca Books.
  2. ^ Wu, Lien-Teh. "The Nomination Database for the Nobel Prize in Physiology or Medicine, 1901-1953".
  3. ^ a b c d "Obituary: Wu Lien-Teh". The Lancet. Originally published as Volume 1, Issue 7119 (dalam bahasa Inggeris). 275 (7119): 341. 6 Februari 1960. doi:10.1016/S0140-6736(60)90277-4. ISSN 0140-6736.
  4. ^ a b c d e f g h i j k l m n Lee, Kam Hing; Wong, Danny Tze-ken; Ho, Tak Ming; Ng, Kwan Hoong (2014). "Dr Wu Lien-teh: Modernising post-1911 China's public health service". Singapore Medical Journal. 55 (2): 99–102. doi:10.11622/smedj.2014025. PMC 4291938. PMID 24570319.
  5. ^ a b c d "Wu Lien Teh 伍连徳 – Resource Guides". National Library Singapore (dalam bahasa Inggeris). 26 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-26. Dicapai pada 26 Mac 2020.
  6. ^ Chun Wu (春鸣) (26 Oktober 2010). "清末的"医科进士"伍连德" [Wu Lien-teh, Doktor Pemajuan Perubatan Akhir Zaman Qing]. 北京市地方志 (Sejarah Tempatan Beijing) (dalam bahasa Cina).
  7. ^ W.C.W.N. (20 Februari 1960). "Obituary: Dr Wu Lien-Teh". The Lancet. Originally published as Volume 1, Issue 7121 (dalam bahasa Inggeris). 275 (7121): 444. doi:10.1016/S0140-6736(60)90379-2. ISSN 0140-6736.
  8. ^ Cooray, Francis; Nasution Khoo Salma. Redoutable Reformer: The Life and Times of Cheah Cheang Lim. (dalam bahasa Inggeris) Areca Books, 2015. ISBN 9789675719202
  9. ^ a b Ma, Zhongliang; Li, Yanli (2016). "Dr. Wu Lien Teh, plague fighter and father of the Chinese public health system". Protein & Cell. 7 (3): 157–158. doi:10.1007/s13238-015-0238-1. ISSN 1674-800X. PMC 4791421. PMID 26825808.
  10. ^ a b Wilson, Mark (24 Mac 2020). "The untold origin story of the N95 mask". Fast Company (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2020.
  11. ^ Wu Lien-te; World Health Organization (1926). A Treatise on Pneumonic Plague (dalam bahasa Inggeris). Berger-Levrault.
  12. ^ Wilson, Mark (24 Mac 2020). "The untold origin story of the N95 mask". Fast Company (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 April 2020.
  13. ^ "Obituary: WU LIEN-TEH, M.D., Sc.D., Litt.D., LL.D., M.P.H". Br Med J (dalam bahasa Inggeris). 1 (5170): 429–430. 6 February 1960. doi:10.1136/bmj.1.5170.429-f. ISSN 0007-1447. PMC 1966655.
  14. ^ Article in Chinese. "130th memorial of Dr. Wu Lien-the". Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2012. Dicapai pada 1 Jun 2011.
  15. ^ a b Wai, Wong Chun (11 Februari 2020). "Wu Lien-Teh: Malaysia's little-known plague virus fighter". The Star Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2020.
  16. ^ Toh, Han Shih (1 Februari 2020). "Lessons from Chinese Malaysian plague fighter for Wuhan virus". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2020.
  17. ^ Article in Chinese. "Picture of "Taman Wu Lien Teh"" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2011. Dicapai pada 1 Jun 2011.
  18. ^ "The Dr. Wu Lien-Teh Society, Penang 槟城伍连徳学会 | Celebrating the life of the man who brought modern medicine to China, who fought the Manchurian plague, and who set the standard for generations of doctors to follow. 伍连德博士 : 斗疫防治,推进医学 , 歌颂国士无双" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Mac 2020.
  19. ^ Wu, Yu-lin (1995). Memories of Dr. Wu Lien-teh, Plague Fighter (dalam bahasa Inggeris). World Scientific. ISBN 978-981-02-2287-1.
  20. ^ Wang, Helena Hui; Lau, Esther; Horton, Richard; Jiang, Baoguo (6 Julai 2019). "The Wakley–Wu Lien Teh Prize Essay 2019: telling the stories of Chinese doctors". The Lancet (dalam bahasa Inggeris). 394 (10192): 11. doi:10.1016/S0140-6736(19)31517-X. ISSN 0140-6736. PMID 31282345.
  21. ^ Musil, Steven (9 Mac 2021). "Google Doodle celebrates Dr. Wu Lien-teh, surgical mask pioneer". CNET. Dicapai pada 10 Mac 2021.
  22. ^ Sam Wong (10 Mac 2021). "Dr Wu Lien-teh: Face mask pioneer who helped defeat a plague epidemic". New Scientist. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2021. Dicapai pada 12 Mac 2021.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Wu Lien-Teh, 1959. Plague Fighter: The Autobiography of a Modern Chinese Physician. Cambridge. (Reprint: Areca Books. 2014)
  • Yang, S. 1988. Dr. Wu Lien-teh and the national maritime quarantine service of China in 1930s. Zhonghua Yi Shi Za Zhi 18:29-32.
  • Wu Yu-Lin. 1995. Memories of Dr. Wu Lien-Teh: Plague Fighter. World Scientific Pub Co Inc.
  • Flohr, Carsten. 1996. The plague fighter: Wu Lien-teh and the beginning of the Chinese public health system. Annals of Science 53:361-80
  • Gamsa, Mark. 2006. The Epidemic of Pneumonic Plague in Manchuria 1910–1911. Past & Present 190:147-183
  • Lewis H. Mates, ‘Lien-Teh, Wu’, in Douglas Davies with Lewis H. Mates (eds), Encyclopedia of Cremation (Ashgate, 2005): 300–301. Lien-Teh, Wu
  • Penang Free School archive PFS Online