Wuhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Wuhan

武汉市
Pemandangan bandar Wuhan
Pemandangan bandar Wuhan
Official seal of Wuhan
Kedudukan Wuhan di Hubei
Kedudukan Wuhan di Hubei
NegaraChina
ProvinsiHubei
Populasi
 (2011)[1]
 • Jumlah11,895,000
Zon waktuUTC+8
Laman webhttp://www.wuhan.gov.cn/

Wuhan (Hanzi: 武漢 (tradisional), 武汉 (ringkas)) ialah bandar yang terletak di provinsi Hubei dan merupakan bandar raya terbesar di China Tengah serta ibu kota provinsi Hubei.

Sungai Yangtze dan Sungai Han mengalir ke dalam bandar, dan terdapat tiga daerah di Wuhan: Wuchang, Hankou, dan Hanyang. Kawasan air sungai merupakan satu perempat daripada keluasan bandar Wuhan ini.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama Wuhan berasal daripada nama dua buah petempatan utama yang membentuk bandar ini. Perkataan "Wu" berasal daripada petempatan Wuchang yang terletak di kawasan selatan Sungai Yangtze manakala perkataan "Han" berasal daripada petempatan Hankou yang terletak di kawasan utara sungai itu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Wuhan

Hankou dan Wuchang wujud sejak era akhir Dinasti Ming sudah menjadi bandaraya yang tersusun pembangunannya. Pada akhir Dinasti Qing dan era awal Republik Rakyat China, Wuhan muncul sebagai bandar raya terbesar di China, serta bandar raya yang paling maju dan makmur daripada segi ekonomi. Ini kerana bandaraya ini terletak di sepanjang pantai Yangtze, dan pusat pengangkutan jalan raya dan kereta api di samping mempunyai pembangunan perindustrian yang pesat. Revolusi Wuhan berlaku di bandar raya ini pada tahun 1911.

Pada tahun 1927, Kerajaan Pusat pada waktu itu memindahkan ibu negara ke Wuhan, dan buat pertama kalinya mencantumkan Wuchang, Hankou, dan Hanyang kepada satu daerah besar yang bernama Jingzhao.

Ketika banjir China pada 1931, Wuhan dijadikan sebagai tempat perlindungan sementara bagi mangsa-mangsa banjir yang muncul sejak lewat musim bunga. Namun begitu, bandar Wuhan sendiri mula dibanjiri air apabila memasuki musim panas, dan peristiwa ban pecah pada 27 Julai menyebabkan hampir 800 ribu orang kehilangan tempat tinggal.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Iklim[sunting | sunting sumber]

Wuhan memiliki iklim subtropika lembap, dengan jumlah taburan hujan yang banyak serta memiliki empat musim yang ketara. Bandar ini memiliki musim panas yang lembap serta bersuhu tinggi.[2][3]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Wuhan ialah bandar dengan jumlah penduduk terbanyak di provinsi Hubei, serta salah satu bandar terbesar di China daripada segi jumlah penduduk.

Agama[sunting | sunting sumber]

Menurut sebuah tinjauan pada 2017, 79.2% penduduk Wuhan adalah tidak beragama atau mengamalkan keagamaan tradisional Cina; 0.9% daripada peratusan ini mengamalkan Taoisme. Selain itu, dalam kalangan penduduk Wuhan, 14.7% penduduk adalah beragama Buddha, 2.9% pula menuruti Protestan, 0.3% menuruti Kristian Katolik, 1.6% beragama Islam dan selebihnya menuruti agama-agama yang tidak dinyatakan secara khusus.[4]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Wuhan berada dalam tempat ketiga dalam kalangan bandar-bandar China berkenaan dengan perkembangan bidang sains dan teknologi.[5] Setakat 2017, terdapat 1,391 buah tadika dengan 302 ribu orang kanak-kanak berdaftar, 968 buah sekolah demgan jumlah pelajar sebanyak kira-kira 851 ribu orang, 105 buah sekolah teknik dan 84 buah institut pengajian tinggi dengan kira-kira 1.075 juta orang pelajar. Selain itu, terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di Wuhan.[6]

Universiti-universiti utama Wuhan termasuklah Universiti Sains dan Teknologi Huazhong (HUST) dan Universiti Wuhan; kedua-dua universiti menerima galakan daripada Projek 985, suatu galakan oleh kerajaan China bagi mendorong kemajuan institut pengajian tinggi China. HUST mengendalikan salah satu makmal kebangsaan China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Demographia World Urban Areas" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). April 2019. Dicapai 24 Januari 2020. 
  2. ^ Wunderground Archives (January 9, 2008). "Temperatures in Wuhan". Wunderground. Diarkibkan daripada asal pada August 21, 2007. Dicapai January 9, 2008.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ 为什么重庆、武汉、南京有"三大火炉"之称? (dalam bahasa Cina). Guangzhou Popular Science News Net (广州科普资讯网). 2007-09-12. Diarkibkan daripada asal pada 2014-11-12. Dicapai 2014-11-12.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ Han, Junqiang; Meng, Yingying; Xu, Chengcheng; Qin, Siqi (2017). "Urban Residents' Religious Beliefs and Influencing Factors on Christianity in Wuhan, China". Religions. 8 (244). doi:10.3390/rel8110244.  p. 4.
  5. ^ 大汉网络 (September 3, 2004). "The Thoroughfare to Nine Provinces-Wuhan City". Cnhubei.com. Diarkibkan daripada asal pada March 3, 2009. Dicapai February 4, 2010.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  6. ^ "2017年武漢市国民経済と社会発展統計公報". 武漢市人民政府. Dicapai 2018年4月2日.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Wuhan di Wikimedia Commons