Wuppertaler Schwebebahn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Salah satu gerabak tergantung Schwebebahn ini di Kluse

Wuppertaler Schwebebahn (disebut terdekat [vu.pĕ.ta.lĕr syvé.bĕ.ban], "Kereta Api Tergantung Wuppertal") ialah suatu landasan kereta api tergantung atau terletak di Wuppertal, negeri Nordrhein-Westfalen, Jerman. Ia merupakan sistem monorel tertua di dunia.[1]

Kenderaan ini direka oleh Eugen Langen di mana beliau menawarkan projek ini pada asalnya ke bandar Berlin, München dan Breslau[2] namun kemudiannya diambil alih oleh bandar-bandar Barmen, Elberfeld dan Vohwinkel di mana stesen-stesen perhentian terbina di bandar-bandar tersebut antara tahun 1897 dan 1903; landasan pertama ia mula beroperasi pada tahun 1901.[1] Perhubungan antara bandar-bandar ini mengesan dalam memacu perkembangan pesat bandar-bandar ini sehingga akhirnya disatukan menjadi kota Wuppertal yang wujud sehingga hari ini. Schwebebahn ini masih digunakan sebagai alat pengangkutan awam tempatan yang biasa mengangkut 25 juta orang penumpang setiap tahun menurut laporan tahunan 2008. [3] Kereta api baru dipesan pada tahun 2015, dipanggil Generation 15, dan kereta baru pertama mula beroperasi pada bulan Disember 2016.

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Kereta-kereta monorel ini digantung dari suatu rel tunggal dibina di bawah kerangka sokongan keluli melalu roda didorong oleh banyak motor elektrik yang beroperasi pada 750 volt arus langsung melalui suatu rel hidup di bawah landasan.[4]

Stesen-stesen singgahan[sunting | sunting sumber]

  • Oberbarmen – hujung paling timur
  • Wupperfeld
  • Werther Brücke
  • Alter Markt
  • Adlerbrücke (Opernhaus)
  • Loher Brücke (Junior-Uni)
  • Völklinger Straße
  • Landgericht
  • Kluse
  • Hauptbahnhof (Döppersberg)
  • Ohligsmühle
  • Robert-Daum-Platz
  • Pestalozzistraße
  • Westende
  • Varresbecker Straße
  • Zoo/Stadion
  • Sonnborner Straße
  • Hammerstein
  • Bruch
  • Vohwinkel – hujung paling barat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohamad Hanif (11 Februari 2021). "Monorel tergantung tertua di dunia dapat koc baharu". Careta.
  2. ^ Küffner, Georg (25 August 1998). "Die Große Erneuerung ist schon arg in Verzug" [The Great Renewal is already badly behind schedule]. Frankfurter Allgemeine Zeitung (Frankfurt General Newspaper) (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2014. Dicapai pada 26 August 2020.
  3. ^ "2008 Annual report" (PDF). WSW Group of companies (dalam bahasa Jerman). m/s. 44. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 February 2010.
  4. ^ "Wuppertaler Stadtwerke AG – English". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2006. Dicapai pada 20 Februari 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]