XL Axiata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
PT XL Axiata Tbk
Awam
Didagangkan sebagaiIDX: EXCL
IndustriPenyedia perkhidmatan selular
Ditubuhkan6 Oktober 1989; 30 tahun yang lalu (1989-10-06)
Ibu pejabatJakarta, Indonesia
Perancang utama
Dian Siswarini, CEO[1]
KeluaranPerkhidmatan telekomunikasi
HasilRp 21.34 trilion (2016)[2]
Rp 376 bilion (2016)[2]
Jumlah asetRp 54.896 trilion (2016)[2]
Bilangan pekerja
1,892 (2016)
IndukKumpulan Axiata
PembahagianXL
XL Prioritas
Axis Telecom
Laman sesawangwww.xl.co.id

PT XL Axiata Tbk [3] (dahulu PT Excelcomindo Pratama Tbk), atau disingkat XL, adalah sebuah syarikat pengendali telekomunikasi selular di Indonesia.

XL ditubuhkan pada 6 Oktober 1989 dan mula beroperasi secara komersial pada 8 Oktober 1996, dan merupakan syarikat swasta pertama yang menyediakan perkhidmatan telefon bimbit di Indonesia.

XL memiliki empat produk GSM, iaitu Bebas (prabayar), Jempol (prabayar), Xplor (pascabayar), dan yang paling baru Jimat (dulunya merupakan jenis perkhidmatan milik Jempol, tetapi kemudian dikembangkan menjadi produk sendiri yang lebih dikhususkan untuk komunikasi ke luar negeri). Selain itu XL juga menyediakan perkhidmatan korporat yang termasuk pembekal khidmat Internet (ISP) dan VoIP.

Pemegang saham[sunting | sunting sumber]

Pemegang saham XL saat ini adalah:

  • Indocel Holding Sdn. Bhd. (67.02%), merupakan syarikat yang dimiliki 100% oleh TM International (L) Limited (TMIL). TMIL merupakan anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) yang khusus menangani pelaburan antarabangsa.
  • Khazanah Nasional Berhad (16.81%), merupakan perbadanan pelaburan milik Pemerintah Malaysia.
  • Emirates Telecomunications Corp. (ETISALAT) International Indonesia Ltd. (15.97%). ETISALAT International Indonesia Ltd. dimiliki 100% oleh Emirates Telecommunications Corporation (“ETISALAT”). ETISALAT adalah syarikat kini perkhidmatan telekomunikasi di Amiriah Arab Bersatu (UAE) yang beroperasi dan mempunyai pelaburan meliputi 15 negara di kawasan Timur Tengah, Afrika, dan Asia, termasuk Afganistan, Republik Afrika Tengah, Cote D’Ivoire, Mesir, Gabon, Niger, Nigeria, Pakistan, Arab Saudi, Sudan, Tanzania dan Togo. ETISALAT baru-baru ini dianugerah sebagai "Best Overall Operator in 2007" pada Telecoms World Middle East Awards.
  • AIF (Indonesia) Limited (7.38%), merupakan syarikat pendanaan swasta yang beribu pejabat di Hong Kong.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]