XVideos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

(XVideo)jangan keliru dengannya ya uh uh dap

Jangan dikelirukan dengan X Videos (film).
XVideos
XVideos logo.svg
Logo XVideos
Screen of Xvideos login page.PNG
Muka laman pendaftaran masuk
Laman sesawangwww.xvideos.com
Pengiklanan?Ya
Jenis lamanPerkongsian video Lucah
PendaftaranAda pilihan
Boleh didapati dalamSemua
Bahasa pengaturcaraanJepun
PemilikWGCZ Holding[1][2]
Dilancarkan pada1 Mac 2007; 12 tahun yang lalu (2007-03-01)
Kedudukan Alexa 48 (Global, December 2018)[3]
Alamat IPAde
Status terkiniDalam talian
Video

XVideos merupakan salah satu laman menonton dan perkongsian video lucah yang terbesar di dunia. Laman sesawang ini telah didaftarkan di atas nama syarikat berasal dari negara Republik Czech, WGCZ Holding.[4] Setakat 24 Oktober 2018 (2018-10-24), laman ini adalah laman sesawang ke-29 yang paling kerap dikunjungi di dunia.

Pada tahun 2012, dianggarkan lebih seterabyte sesaat video dialirkan yang bersamaan dengan satu-perlima belas rangkaian jalur lebar yang disediakan dari London ke New York.[5]

WGCZ Holding juga turut menjalankan rangkaian laman sesawang Bang Bros dan merupakan pemilik terkini majalah Penthouse serta aset berkaitan.[6][7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

XVideos berfungsi sebagai pengumpul media lucah, sejenis laman sesawang yang memberikan capaian kepada kandungan bersifat dewasa yang serupa seperti perkhidmatan YouTube yang mengumpul kandungan bersifat umum.[8][9] Klip video dari video buatan profesional (kadangkala diciplak) bercampuraduk dengan video buatan amatur dan jenis kandungan lain.[8][9] Pada tahun 2012, XVideos merupakan laman sesawang lucah yang terbesar di dunia dan mempunyai lebih dari 4,4 bilion paparan halaman sebulan.[10] Fabian Thylmann, pemilik MindGeek, pernah mencuba untuk membeli XVideos pada tahun 2012 bagi memonopoli laman sesawang tiub lucah. Pemilik XVideos berbangsa Perancis pemilik dilaporkan telah menolak tawaran yang lebih daripada $120 juta dengan berkata, "Maaflah, saya kena pergi bermain Diablo II."[9] Pada tahun 2014, XVideos telah mencetuskan kontroversi dengan cubaan untuk memaksa pembekal kandungan membuat pilihan sama ada berjanji memadam video dari akaun mereka atau menutup akaun mereka dengan kadar segera.[11]

Kedudukan dan Lintasan Sesawang[sunting | sunting sumber]

Setakat Jun 2018, XVideos telah dinobatkan sebagai laman sesawang ke-11 yang paling termasyhur di dunia oleh SimilarWeb dalam kategori keseluruhan dan menduduki tempat ke-2 dalam kategori dewasa.[12][13]

Penapisan[sunting | sunting sumber]

India[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, syarikat XVideos telah menjadi sasaran oleh kerajaan India di dalam senarai 857 laman sesawang lucah, yang turut memasukkan laman sesawang bukan lucah seperti CollegeHumor.[14][15]

.[16]

Filipina[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Januari 2017, Presiden Rodrigo Duterte telah menyekat XVideos sebagai sebahagian daripada Akta Republik 9775 atau Undang-undang Anti-Pornografi Kanak-kanak. [17]

Venezuela[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Jun 2018, syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan internet CANTV telah menyekat capaian ke laman sesawang tersebut tanpa memberi sebarang kenyataan berkenaan dengan hal ini.[18]

Baca sekali[sunting | sunting sumber]

  • Kelucahan Internet
  • Senarai laman sesawang yang termasyur
  • Kelucahan 2.0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Woods, Ben (February 2016). "The (almost) invisible men and women behind the world's largest porn sites". thenextweb.com. Amsterdam: The Next Web B.V. Dicapai October 30, 2016. 
  2. ^ "xvideos.com whois lookup". who.is. Dicapai January 7, 2017. 
  3. ^ "Xvideos.com Traffic, Demographics and Competitors". Alexa. Dicapai 2018-12-02. 
  4. ^ Kurzy.cz. "WGCZ Holding, a.s., Praha IČO 03291715 – Obchodní rejstřík firem". kurzy.cz (dalam bahasa Czech). Dicapai 2018-03-26. 
  5. ^ "Is the whole world looking at porn? Biggest site gets over FOUR BILLION hits a month". Mail Online. Dicapai 2017-08-29. 
  6. ^ "'BangBros' Owner Buys Penthouse Biz For $11.2 Million". The Blast. 5 June 2018. Dicapai 6 June 2018. 
  7. ^ Mark Kernes (5 June 2018). "Penthouse Bankruptcy Auction Results in New Ownership". avn.com. Dicapai 6 June 2018. 
  8. ^ a b Tsika, Noah (October 3, 2016). Pink 2.0: Encoding Queer on the Internet. Bloomington, IN: Indiana University Press. m/s. 61–62. ISBN 0253023238. 
  9. ^ a b c "Naked capitalism". The Economist. September 26, 2015. Dicapai August 31, 2017. 
  10. ^ Yagielowicz, Stephen (April 4, 2012). "Report: The Internet Really Is for Porn". XBIZ. Dicapai August 31, 2017. 
  11. ^ "XVideos.com Tube Site Accused of Strong-Arming Uploaders". AVN. August 13, 2014. Dicapai August 31, 2017. 
  12. ^ "Top Websites in the world – SimilarWeb Website Ranking". www.similarweb.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-03-26. 
  13. ^ "Top Adult Websites in the world". www.similarweb.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2018-03-26. 
  14. ^ "Xvideos.com has the most subtle but brilliant response to govt's #Pornban". Firstpost (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-04. Dicapai 2017-08-29. 
  15. ^ Akolawala, Tasneem. "Xvideos, College Humor lash out at Indian government after porn ban | Latest Tech News, Video & Photo Reviews at BGR India". BGR India (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-08-29. 
  16. ^ IBTimes. "Malaysia porn ban: xVideo, PornHub among websites blocked for 'obscene content'". International Business Times, India Edition (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2017-08-29. 
  17. ^ "Popular porn sites blocked in Philippines". BBC. 2017-01-06. 
  18. ^ "Cantv bloqueó acceso a tres páginas pornográficas en Venezuela". el-nacional.com (dalam bahasa Spanish). Dicapai 17 June 2018.