Pergi ke kandungan

Xavier Jayakumar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Xavier Jayakumar Arulanandam)
Xavier Jayakumar
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Kuala Langat, Selangor
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 11 November 2022
Didahului oleh Abdullah Sani Abdul Hamid
Digantikan olehAhmad Yunus Hairi
Majoriti17,112 (PRU-14)
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Timbalan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
Didahului oleh Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Digantikan olehShamsul Anuar Nasarah
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
Dalam jawatan
2008–2013
RajaSultan Sharafuddin Idris Shah
Menteri BesarAbdul Khalid Ibrahim
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
bagi Seri Andalas
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Kamala Ganapathy
Digantikan oleh Mat Shuhaimi Shafiei (ADUN Sungai Kandis)
Majoriti10,203 (PRU-12)
15,633 (PRU-13)
Maklumat peribadi
Lahir (1953-01-20) 20 Januari 1953 (umur 73)
Ipoh, Perak, Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Nasional (keADILan)
(1998–2003)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
(2003–2021; 2026)
BEBAS
(2021-2022)
Parti Bangsa Malaysia (PBM)
(2022–2026)
Gabungan politik
lain
Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015)
Pakatan Harapan (PH) (2015–2021; 2026–kini)
PasanganDatin Shiela Christine Devaraj
Anak1
KediamanTaman Sri Andalas, Klang, Selangor
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanDoktor
KabinetKabinet Malaysia 2018

Xavier Jayakumar a/l Arulanandam ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli[1][2] yang mengangkat sumpah jawatan menteri pada 2 Julai 2018 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, Ahli Parlimen bagi kawasan Kuala Langat dan bekas Ahli Dewan Negeri Selangor dari Parti Keadilan Rakyat kawasan Sri Andalas, Klang, Selangor. Pada peringkat parti, beliau ialah Naib Presiden KEADILAN. Pada 13 Mac 2021, beliau telah mengumumkan keluar daripada PKR menjadikan beliau antara 16 ahli parlimen yang keluar daripada PKR.

Xavier Jayakumar disahkan kembali ke PKR di 2026.[3]

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mac 2021, beliau telah mengumumkan keluar daripada PKR sekali gus membuatkan beliau antara Geng Kartel Azmin yang keluar daripada parti.

Parti Keadilan Rakyat

[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah Naib Presiden PKR.[4] Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan bagi negeri Selangor.[5]

Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah mencadangkan agar meminda Kanun Tanah Negara yang diluluskan pada 2014 yang membenarkan pemilikan tanah kepada warga dan syarikat asing melalui Seksyen 433B dengan kelulusan kerajaan negeri.[6]

Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 di kerusi Parlimen Ampang yang menyaksikan beliau tewas kepada calon Barisan Nasional, Rozaidah Talib.[7]

Setelah tewas untuk merebut kerusi Parlimen, beliau telah bertanding pula di kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor, Seri Andalas. Nasib telah menyebelahi beliau dan memenangi kerusi tersebut pada Pilihan raya umum Malaysia 2008.[8] Setelah menang, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.[9]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Negeri Selangor Seri Andalas dalam pertandingan 5 penjuru.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[10][11]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P099 Ampang Xavier Jayakumar (PKR) 13,482 28.87% Rozaidah Talib (UMNO) 33,214 71.13% 47,479 19,732 71.26%
2018 P112 Kuala Langat Xavier Jayakumar (PKR) 43,239 49.08% Shahril Sufian Hamdan (UMNO) 26,127 29.66% 89,437 17,112 87.34%
Yahya Baba (PAS) 18,731 21.26%
Dewan Undangan Negeri Selangor[12][13]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 N49 Seri Andalas Xavier Jayakumar (PKR) 20,258 66.83% Kamala Ganapathy (MIC) 10,055 33.17% 31,039 10,203 79.93%
2013 Xavier Jayakumar (PKR) 31,491 64.43% Mohan Thangarasu (MIC) 15,858 32.45% 49,552 15,633 87.30%
Hanafiah Husin (Bebas) 871 1.78%
Uthayakumar Ponnusamy (Bebas) 614 1.26%
Kottappan Suppaiah (Bebas) 41 0.08%
  • Kelantan
    • Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) – Dato' (2019)[14]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Xavier Jayakumar di Facebook

  1. ↑ Senarai menteri kabinet 2018
  2. ↑ Xavier tiba pada hari pertama bertugas sebagai Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
  3. ↑ Elill Easwaran (17 Ogos 2026). "Xavier Jayakumar confirms return to PKR". Free Malaysia Today.
  4. ↑ Hasrat Rafizi tanding jawatan Timbalan Presiden PKR tidak gugat parti
  5. ↑ PKR dominasi kerusi DUN Selangor
  6. ↑ Pinda Kanun Tanah Negara elak pemilikan tanah warga asing
  7. ↑ "Maklumat calon Parlimen Ampang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-19. Dicapai pada 2018-08-19.
  8. ↑ Maklumat calon Dewan Negeri Selangor, Seri Andalas
  9. ↑ Digugurkan dari MMKN Selangor
  10. ↑ "Dashboard PRU14". pru14.spr.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mei 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. {{cite web}}: Unknown parameter |dead-url= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  11. ↑ "Keputusan pilihan raya". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2004. {{cite web}}: Unknown parameter |dead-url= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  12. ↑ "Keputusan pilihan raya". 23 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. {{cite web}}: Unknown parameter |dead-url= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  13. ↑ "Keputusan pilihanraya". 6 September 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2018. Dicapai pada 17 Julai 2018. {{cite web}}: Unknown parameter |dead-url= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)
  14. ↑ "Ketua Audit Negara dahului senarai 623 penerima kehormatan Kelantan". Bernama. 11 November 2019. Dicapai pada 11 November 2019.