Xenon trioksida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Xenon trioksida
Formula struktur, menunjukkan pasangan tunggal
Model mengisi ruang
Nama
Nama IUPAC
Xenon trioxide
Xenon(VI) oxide
Nama lain
Xenic anhydride
Pengenalpasti
13776-58-4 X mark.svgN
ChemSpider 21106493 X mark.svgN
Imej Jmol-3D Imej
Sifat
XeO3
Jisim molar 179.288 g/mol
Rupa bentuk pepejal kristal tidak berwarna
Ketumpatan 4.55 g/cm3, pepejal
Takat lebur 25 °C Pereputan ganas
Boleh larut (dengan tindak balas)
Struktur
Bentuk molekul piramid trigon (C3v)
Termokimia
Entalpi piawai
pembentukan
ΔfHo298
402 kJ·mol−1[1]
Bahaya
Pengelasan EU tidak dikelaskan
NFPA 704
Sebatian berkaitan
Sebatian berkenaan Xenon tetroksida
Asid xenik
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 Yes check.svgY pengesahan (apa yang perluYes check.svgY/X mark.svgN?)

Rujukan kotak info

Xenon trioksida ialah sebatian tidak stabil xenon di dalam keadaan pengoksidaan +6. Ia adalah agen pengoksida yang sangat berkuasa. Ia mampu membebaskan oksigen (dan xenon) dari air dengan perlahan-lahan, dan proses ini menjadi lebih pantas dengan adanya cahaya matahari. Ia sangat mudah meletup apabila bersentuhan dengan bahan organik. Apabila ia meletup, ia membebaskan gas oksigen dan xenon.

Kimia[sunting | sunting sumber]

Xenon trioksida ialah agen pengoksida yang kuat dan boleh mengoksidakan kebanyakan bahan yang boleh teroksida. Namun, prosesnya perlahan dan ini mengurangkan kebergunaannya.[2]

Pada suhu melebihi 25°C, xenon trioksida terdedah kepada letusan yang berbahaya:

2 XeO3 → 2 Xe + 3 O2

Apabila ia dilarutkan di dalam air, larutan asid xenik terbentuk:

XeO3 (aq) + H2O → H2XeO4 adalah dalam keseimbangan dengan H+ + HXeO4

Larutan ini stabil dalam suhu bilik dan kekurangan ciri-ciri mudah meletup yang dimiliki xenon trioksida. Ia mengoksidakan asid-asid karboksilik secara kuantitatif kepada karbon dioksida dan air.[3]

Alternatifnya, ia larut dalam larutan beralkali untuk membentuk xenat. Anion HXeO4 adalah spesis utama dalam larutan-larutan xenat.[4] Ia tidak stabil dan mula untuk menyahberkadaran kepada perxenat (keadaan pengoksidaan +8) dan gas xenon dan oksigen.[5] Perxenat pepejal yang mengandungi XeO4−6 atau XeO2−4 masih belum diasingkan; namun, XeO3 bertindak balas dengan fluorida tidak organik seperti KF, RbF, atau CsF untuk membentuk pepejal stabil dengan formula MXeO3F.[6]

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Hidrolisis xenon tetrafluorida menghasilkan satu sebatian dari mana kristal-kristal XeO3 yang tidak berwarna boleh diperolehi melalui penyejatan.[7] Kristal ini stabil untuk berhari-hari dalam udara kering, tetapi boleh menyerap air daripada udara lembap untuk membentuk sebatian pekat. Struktur kristalnya ialah ortorombik dengan a = 6.163, b = 8.115, c = 5.234 Å dan empat molekul setiap unit sel. Kepadatannya ialah 4.55 g cm-3.[8]

Xenon-trioxide-xtal-1963-3D-balls.png
Xenon-trioxide-xtal-1963-3D-SF.png
Xenon-trioxide-xtal-1963-Xe-coordination-3D-balls.png
model bola dan batang untuk
sebahagian struktur kristal XeO3
model mengisi ruang
geometri koordinasi Xe

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

XeO3 perlu dikendalikan dengan pengawasan yang tinggi. Sampel pernah meletup tanpa diganggu dalam suhu bilik. Kristal kering boleh meletup apabila bersentuhan dengan selulos.[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zumdahl, Steven S. (2009). Chemical Principles 6th Ed. Houghton Mifflin Company. m/s. A23. ISBN 0-618-94690-X. 
  2. ^ Greenwood, N.; Earnshaw, A. (1997). Chemistry of the Elements. Oxford: Butterworth-Heinemann. 
  3. ^ Jaselskis B.; Krueger R. H. (1966). "Titrimetric determination of some organic acids by xenon trioxide oxidation". Talanta. 13 (7): 945–949. doi:10.1016/0039-9140(66)80192-3. PMID 18959958.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ doi:10.1021/ic50085a037
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  5. ^ W. Henderson (2000). Main group chemistry. Great Britain: Royal Society of Chemistry. m/s. 152–153. ISBN 0-85404-617-8. 
  6. ^ Egon Wiberg; Nils Wiberg; Arnold Frederick Holleman (2001). Inorganic chemistry. Academic Press. m/s. 399. ISBN 0-12-352651-5. 
  7. ^ John H. Holloway; Eric G. Hope (1998). A. G. Sykes, penyunting. Recent Advances in Noble-gas Chemistry. Advances in Inorganic Chemistry, Volume 46. Academic Press. m/s. 65. ISBN 0-12-023646-X. 
  8. ^ a b doi:10.1021/ja00889a037
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri Ralat petik: Invalid <ref> tag; name "xe" defined multiple times with different content
  9. ^ doi:10.1126/science.139.3554.506
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sebatian xenon