Yaakub bin Haji Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Haji Yaakub bin Haji Ahmad (1895-1956) atau lebih dikenali sebagai Haji Yaakub Gajah Mati merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.

Yaakub bin Haji Ahmad atau nama penuhnya Haji Yaakub bin Haji Ahmad merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.

Haji Yaakub bin Haji Ahmad tinggal di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu. Dia merupakan seorang guru agama yang terkenal di Kota Bharu, dan menerima pendidikan agama dari Tok Kenali bersama pelajar lain seperti Haji Saad Kangkong, Haji Ali Pulau Pisang, Haji Abdullah Tahir Bunut Payong, Haji Mat Jebeng dan Haji Ahmad Batu Tiga Repek.

Haji Yaakub bin Haji Ahmad mula bekerja sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan pernah ditugaskan merekodkan perjumpaan majlis Ugama Islam Kelantan. Dia kemudian menjadi guru di Madrasah Muhammadiah pada 1 April]]. Selepas berkhidmat selama 15 tahun, dia dilantik sebagai guru ugama di Masjid Muhammadi pada 1 Julai 1938.

Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

Pengetahuan ugama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.

Antara pelajarnya adalah Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz., Dato’ Haji Ismail Yusoff dan Tuan Guru Engku Hj. Syed Hasan, Lemal. Dai kemudian menyertai MAIK Religious Congregation seawal 1932. Beliau meninggal di Kota Bharu pada subuh 8 Disember 1956.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8


Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.