Yaakub bin Md Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia

Hj Yaakub bin Md Amin
Fail:Yaakub bin Md Amin.JPG

Tempoh jawatan
2004 – 2008
Didahului oleh YB Kapten (B) Abdul Karim Bin Sulaiman
Diganti oleh YAB Datuk Seri Ir. Idris Haron
Majoriti 8,005 (PRU-12)
6,452 (PRU-11)

Lahir 16 Disember 1950
Bukit Rambai, Melaka
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Datin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd
Anak Nur Atikah, Muhammad Adli, Muhammad Asri
Kediaman Jalan Sabidah, Bukit Rambai, Melaka
Pekerjaan Exco Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah
Agama Islam
Laman web N11 DUN SUNGAI UDANG

Y.Bhg Datuk Wira Haji Yaakub bin Md Amin merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang,Melaka dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau dilahirkan di Bukit Rambai, Melaka pada 16 Disember 1950.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Nama bapa beliau ialah Hj. Md. Amin Bin Husain serta nama ibunya Hjh Embah Bt Ab. Rashid. Berkahwin dengan Datin Hjh Sharifah Khatijah Bt Syed Mohd pada tahun [perlu rujukan] serta di kurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Di antara darjah kebesaran yang di perolehi beliau ialah:

  • Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) - 1982
  • Bintang Khidmat Terpuji (BKT) - 1995
  • Darjah Seri Melaka (DSM) - 1999
  • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - 2003

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

YB Hj Yaakub bin Md Amin menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan sebelum melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah. [perlu rujukan]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Berikut di antara jawatan dan pengalaman politik Datuk Hj Yaakub Bin Amin:

  • 1975 : Setiausaha UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
  • 1980 : AJK Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
  • 1986 - 1992 : Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam
  • 1987 - sekarang : Ketua UMNO Cawangan Batang Tiga Timur
  • 1987 : Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka
  • 1998 - 1999 : Pengerusi Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Melaka
  • 1997 - 1999 : Ahli Majlis Mesyuarat MPMBB
  • 1999 - 2003 : Bendahari UMNO Bahagian Batu Berendam
  • 2003 - sekarang : Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu
  • 2004 - 2008 : Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi
  • 2008 - 2012 :Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]