Yahya Asy'ari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Guru Haji

Yahya Asy'ari
Kelahiran(1956-01-21)21 Januari 1956
Champa
Meninggal dunia26 Disember 2021(2021-12-26) (umur 65)
Jalan Sungai Jagung, Padang Pusing, Pendang
Sebab kematianTerbakar disebabkan terperangkap dalam kereta selepas kemalangan jalan raya
PendidikanUniversiti Umm Al-Qura, Mekas
Madrasah as-Saulatiyah, Mekah
PekerjaanPengajar Kolej Islam Darul Ulum

Tuan Guru Haji Yahya bin Asy'ari ialah seorang tokoh agama di Malaysia kelahiran Campa. Beliau merupakan pengajar di Kolej Islam Darul Ulum (KIDU), Kedah.

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Haji Yahya dilahirkan pada 21 Januari 1956 dan berasal dari Campa (Kemboja). Selepas berhijrah ke Kedah, beliau menetap di Kampung Lubuk Reba, Pendang, Kedah. Pendidikan awalnya diperolehi di Pondok Bermin dan Pondok Bendang Ramah di Patani. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Mekah dengan memasuki Madrasah Darul Ulum, Madrasah Saulatiyah dan Universiti Ummul Qura selama 28 tahun[1].

Ketika hayatnya beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah[2].

Beliau turut menulis beberapa kitab antaranya, Ta'liq Matan ar-Jurmiyah, Ta'liq Aqidatul Athfal, Ta'liq Matan Bina', Ta'liq al-Mufid Matan Jauharah Tauhid, dan al-Aurad al-Ma'surah.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Haji Yahya meninggal dunia pada 26 Disember 2021 ketika berusia 65 tahun selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Padang Pusing, Pendang[3]. Beliau terperangkap dalam kereta dipandunya dan terbakar bersama-sama kereta tersebut. Kemalangan tersebut melibatkan lima buah kenderaan membabitkan 12 mangsa dengan satu kematian, dua cedera ringan manakala sembilan mangsa tidak mengalami kecederaan[2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anak Muda Sayang Ulamak (26 Disember 2021). "Manaqib ringkas". Facebook. Dicapai pada 27 Disember 2021.
  2. ^ a b Adie Sufian Zulkefli (Disember 26, 2021). "Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar". Astro Awani. Dicapai pada Disember 27, 2021.
  3. ^ Zuliaty Zulkiffli (Disember 26, 2021). "Terkejut ketahui bapa meninggal dunia, rentung dalam kereta". HMetro. Dicapai pada Disember 27, 2021.