Yahya Jammeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yahya Jammeh
Yahya Jammeh.jpg

Tempoh jawatan
22 Julai 1994 – 21 Januari 2017
Naib Presiden Isatou Njie-Saidy
Didahului oleh Dawda Jawara
Diganti oleh Adama Barrow

Lahir (1965-05-25) 25 Mei 1965 (umur 51)
Kanilai, Gambia
Parti politik Perikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik
Pasangan Zeinab Soumah
Alima Sallah (kemungkinan bercerai)
Tuti Faal (1994-98, bercerai.)[1][2][3]
Anak 2
Alma mater WHISC
Agama Islam
Khidmat ketenteraan
Menyertai  Gambia
Khidmat/cawangan Tentera Nasional Gambia
Tempoh berkhidmat 1984–1996
Pangkat Kolonel

Alhaji Dr. Yahya (Abdul-Aziz Jemus Junkung) Jammeh (Jola: يحيا آبدل-آزٌيز جمس خنكنغ ديلليو جمح; lahir di Kanilai, 25 Mei 1965; umur 51 tahun) merupakan Presiden Gambia. Sebagai pengerusi Majlis Kuasa Undang-undang Tentera Sementara, beliau mengawal negara ini dalam rampasan kuasa militan pada Julai 1994, dan terpilih sebagai presiden sah pada September 1996, dalam sebuah pilihan raya yang dikritik oleh banyak pihak.[4] Dia mengasaskan Perikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik sebagai sebuah parti politik bagi bertanding dalam pilihan raya itu. Presiden Jammeh dilantik semula pada 18 Oktober 2001 dengan majoriti 53%; pilihan raya ini diisytiharkan bebas oleh para pemerhati.[5]

Jammeh telah dituduh sebagai menyekat kebebasan akhbar, undang-undang akhbar yang tegas dan diikuti dengan kes pembunuhan seorang wartawan yang tidak dapat diselesaikan yang kerap mengkritik kerajaan, Deyda Hydara, pada bulan Disember 2004.[6] Sebuah cubaan rampasan kuasa ke atas Jammeh telah dilaporkan dan berjaya dipatahkan pada 21 Mac 2006; Jammeh, yang ketika itu berada di Mauritania dengan segera kembali semula ke negaranya. Ketua Turus Tentera Ndure Cham, ketua cubaan rampasan kuasa itu,[7] dilaporkan melarikan diri ke negara jiran, Senegal, sementara beberapa orang yang lain telah ditahan[8] dan dibicarakan.

Jammeh bertanding untuk penggal ketiga sebagai presiden pada 22 September 2006. Pilihan raya terbabit dirancang diadakan pada bulan Oktober tetapi diawalkan berikutan bertembung dengan bulan suci orang Islam iaitu Ramadan.[9] Dia dilantik semula dengan majoriti 67.3% undian.[10]

Beliau seterusnya menang penggal keempatnya pada pilihan raya presiden November 2011 dengan majoriti 71.5 %.[11]

Pada pilihanraya presiden Gambia tahun 2016, beliau tewas ditangan Adama Barrow.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FNdiv tidak disediakan
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan FNvisit tidak disediakan
  3. ^ "Yahya Jammeh Wife: Who Is Married To The Gambian President". Morning Ledger. 16 December 2016. Dicapai pada 18 January 2017. 
  4. ^ Nota Latar belakang: Gambia, Jabatan Negara A.S., Mac 2006.
  5. ^ Laporan tentang Hak Asasi Manusia di Gambia, Jabatan Negara A.S., 4 Mac 2002.
  6. ^ "Ribuan protes kematian wartawan", IRIN, 22 Disember 2004.
  7. ^ "Rampasan kuasa dipatahkan, kata jurucakap kerajaan", IRIN, 22 Mac 2006.
  8. ^ "Tangkapan dibuat terhadap cubaan rampasan kuasa", BBC.co.uk, 28 Mac 2006.
  9. ^ "Pilhan Raya dialihkan pada 22 September kerana bulan Ramadan", Reuters, 3 Jun 2006.
  10. ^ "Presiden Gambia dipilih semula", Berita BBC, 23 September 2006.
  11. ^ "Gambia's Jammeh Wins Fourth Term With 71% of Votes Cast". Bloomberg. 2011. Dicapai pada 27 November 2011. 
Didahului oleh
Dawda Jawara
Presiden Gambia
1994–2017
Diikuti oleh:
Adama Barrow