Yahya Mohd Seth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tok Pentara Raja Tan Sri Haji Yahya bin Haji Mohd Seth ialah Menteri Besar Pahang dari 5 Mei 1964 hingga 31 Ogos 1972.

Beliau menjadi Yang diPertua UMNO Temerloh dan bekas pengurus Bank Kebangsaan Melayu Temerloh. Bank ini diasaskan oleh Maarof Zakaria, seorang peguam Melayu asal Kuala Pilah. Pada 29 Ogos 1950, Yahya Mohd Seth bersama Abdul Rahman Talib dari Kuantan bertemu dengan Tun Abdul Razak Hussein.[1]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Bapanya, Mohd Seth Bin Khatibbudin, ialah Penghulu Kampung Bangau Tanjung, Temerloh, Pahang. Adiknya Adun Sanggang (mantan DUN Kerdau), Datuk Abdul Halim Mohd Seth meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2011.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

PSM., SIMP., PJK., JP

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [Tun Abdul Razak: potret dalam kenangan, oleh Tan Sri Abdul Samad Idris , hlm 197 ]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Pahang
5 Mei 196431 Ogos 1972
Penyandang Kemudian
Wan Abdul Aziz Ungku Abdullah Abdul Aziz Ahmad