Yahya Sulong
Yahya Sulong | |
|---|---|
يحيى سولونغ | |
| Kelahiran | Yahya bin Sulong 1928 |
| Meninggal dunia | 6 Februari 2013 (umur 84–85) |
| Sebab kematian | Penyakit asma serta jantung |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor |
| Nama lain | Pak Ya |
| Pekerjaan | Pelakon, pelawak, penyanyi |
| Tahun aktif | 1961–2013 |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Datin Alisah Ali (k. 1978; m. 2013) |
| Anak-anak | 11 |
Datuk Yahya Sulong (1928 – 6 Februari 2013) ialah seorang pelakon, pelawak dan penyanyi lelaki Malaysia.
Kehidupan peribadi
[sunting | sunting sumber]Pak Ya yang sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit itu kini kekal dengan isteri tercinta Datin Alisah Ali.
Selain menjadi anak seni, dia pernah bertugas sebagai anggota keselamatan selepas pentas bangsawan ditutup pada 1948. Untuk meneruskan sumber rezeki, dia menyertai pasukan polis dan bertugas di bahagian skuad hutan. Pak Ya bertugas pada zaman komunis di Balai Polis Ipoh, Perak.
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Bangsawan
[sunting | sunting sumber]- Laila Majnun
- Batu Belah Batu Bertangkup
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album
[sunting | sunting sumber]Pernah bersama kumpulan 4 Serama dulu pernah menghasilkan album berjudul Rencah Ketawa Asam Pedas bersama Mek Habsah dan Osman Kering.
Lain-lain album yang dihasilkan Pak Ya ialah Oh Fatimah dan Apa Dah Jadi.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Pingat Jasa Kebaktian (PJK) daripada Gabenor Pulau Pinang
Kematian
[sunting | sunting sumber]- Setelah menderita mengalami penyakit asma serta jantung, Beliau telah meninggal dunia pada jam 6.45 petang Rabu, 6 Februari 2013 di Hospital Kuala Lumpur. Beliau meninggalkan balunya, Alisah Ali pada usia 85 tahun.