Yakisoba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yakisoba

Yakisoba (ソース焼きそば sōsu yakisoba?, soba goreng sos) adalah masakan mi goreng Jepun dengan bahan mi, sayur-sayuran dan daging, ditambah sos uster atau sos yakisoba.

Bahan lain yang ditambahkan pada yakisoba adalah bawang bombay, wortel, benishōga (halia jeruk), tenkasu, udang kering, serbuk katsuobushi, aonori (boleh juga potongan nori) dan mayones sebagai penyedap. Merica dan garam hanya dipakai untuk merencah daging sebelum digoreng.

Walaupun bernama yakisoba (soba goreng), yakisoba menggunakan mi yang sudah dikukus dari bahan tepung gandum, dan bukan soba yang dibuat seperti mi goreng. Yakisoba boleh dimakan begitu saja atau sebagai lauk.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Yakisoba merupakan makanan rakyat yang sering dijumpai di hampir semua tempat di Jepun. Asalnya dari mi goreng ala Cina, Chow Mein yang disesuaikan dengan selera tempatan. Makanan ini mulai dijual di pasar gelap selepas Perang Dunia II. Yakisoba kemudian banyak dijual di gerai makanan dan minuman yang ada di pantai dan popular sebagai makanan selepas berenang. Kemudian, yakisoba mulai dijual di gerai kaki lima sewaktu ada keramaian atau matsuri dan popular hingga sekarang.

Yakisoba segera[sunting | sunting sumber]

Di Jepun, yakisoba segera terdapat dalam 2 jenis bungkusan, bungkusan plastik dan bungkusan mangkuk.

Bungkusan plastik[sunting | sunting sumber]

Bekas berisi air mendidih diperlukan untuk memasak yakisoba segera bungkusan plastik. Bahan-bahan seperti serbuk sos dan aonori dimasukkan ke dalam mi setelah air terserap dan hanya sedikit air yang tertinggal.

Yakisoba dalam bungkusan plastik dianggap tidak praktikal dan tidak popular dibandingkan bungkusan mangkuk. Di Jepun, hanya sedikit pengusaha mi segera yang masih menghasilkan yakisoba bungkusan plastik.

Bungkusan mangkuk[sunting | sunting sumber]

Sayur-sayuran dan daging kering hasil pengeringan dikemas bersama mi dalam mangkuk berbahan styrofoam. Setelah air panas dituangkan, mangkuk ditutup sambil menunggu mi masak selama 3-5 minit. Sisa air dibuang melalui lubang-lubang yang terdapat pada tutup mangkuk dan sos dikacau bersama.

Beberapa pengusaha yakisoba segera yang terkenal di Jepun, misalnya: Nissin, Acecook, Toyo Suisan, dan Maruka Shokuhin. UFO adalah jenama yakisoba segera Nissin dengan pasaran terbesar di Jepun. Selain itu, yakisoba UFO juga popular di luar negeri. Di Shanghai, terdapat bungkusan UFO untuk pasaran dalam negeri di China.

Pengguna mulanya sering menemui kesukaran dalam menyiapkan yakisoba segera bungkusan mangkuk. Rasa mi menjadi hambar kerana sos dicampurkan bersama air yang digunakan untuk melembutkan mi, atau sos dicampurkan tanpa membuang lebihan air terlebih dulu. Selain itu, orang sering terkena percikan air panas sewaktu membuang lebihan air pada mi, dan mi sering tumpah akibat tutup mangkuk tidak sengaja terlepas. Myojo Foods sebenarnya pernah menghasilkan yakisoba segera bungkusan mangkuk yang lebih praktikal, dan air yang berlebih sewaktu mereneh mi tidak perlu dibuang, tapi mi menjadi lembik dan penghasilannya tidak diteruskan kerana tidak laku.

Penghasilan yakisoba segera sering menggunakan penemuan baru agar yakisoba segera mudah dinikmati. Mangkuk dari polystyrene dibuat dengan penutup yang dapat ditutup rapat, sedangkan penutup dari kertas yang diselaputi kertas kalis air digunakan pada mangkuk berbahan expanded polystyrene. Pada bahagian penutup dibuat lubang-lubang untuk mengeluarkan kelebihan air dan dapat dibuka dengan cara membuka pelekat yang menutupinya. Selain itu, peringatan tentang bahaya melecur terkena air panas turut ditulis di bahagian penutup mangkuk.

Di zaman sekarang, yakisoba segera bungkusan mangkuk biasanya menggunakan sos berbentuk serbuk atau sos cecair yang sangat pekat. Lebihan air pada mi dimanfaatkan sebagai kuah atau pencair sos agar mi tidak lembik kerana terlalu banyak air.

Variasi yakisoba[sunting | sunting sumber]

  • Di Wilayah Niigata, Italian adalah sebutan untuk yakisoba dengan sos daging (meat sauce) yang sering digunakan untuk spaghetti.
  • Yakisoba pan adalah nama untuk roti seperti sosej yang diisi yakisoba dan mayones.
  • Sobameshi adalah nama untuk yakisoba yang dibuat dengan campuran nasi putih dan dikacau agar mi menjadi potongan-potongan kecil.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]