Yalal Chin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yalal Chin
Yalal Chin.jpg
KelahiranYalal bin Abu Achin
1943
Meninggal dunia16 Oktober 2010 (67)
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Sebab kematianSerangan jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka
Warganegara Malaysia
Nama lainYalal Chin
PekerjaanPelakon filem dan drama
Kampung asalMelaka

Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin adalah pelakon filem dan dramatis terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1943 dan berasal dari Melaka. Beliau pernah menjadi pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Kebudayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengajar seni persembahan

Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama[1], Paloh dan Wanita Bertudung Hitam. Selain itu adalah telemovie Aku Yang Aku Cari arahan Arief Kamarhani yang turut berganding dengan Syed Aiman dan Arif Yamin.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Oktober 2010, beliau (67 tahun) meninggal dunia kerana sakit jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.[2] Beliau dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu. Balu beliau iaitu Suriani Mohd Yusof.[3] Jenazah dibawa ke kampung halamannnya di Melaka dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]