Yama-kei Publishers
Penampilan
| Nama asli | 株式会社山と渓谷社 |
|---|---|
| Jenis/bentuk sah | Perniagaan |
| Industri | Penerbitan |
| Ditubuhkan | 01 April 1930 |
| Ibu pejabat | 101-0051 Bangunan Jinbocho Mitsui, Kanda-Jinbocho, Chiyoda, Tokyo, |
| Bilangan kakitangan | 65 (2017) |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Yama-kei Publishers (Bahasa Jepun: 株式会社山と渓谷社, Kabushiki gaisha Yama to Keikoku-sha) atau "Yamakei" (ヤマケイ) merupakan sebuah syarikat penerbitan yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Syarikat ini biasanya menerbitkan bahan-bahan bacaan yang berkaitan dengan alam sekitar, terutamanya pergunungan di Jepun, di samping menerbitkan bahan-bahan bacaan berkaitan aktiviti luar, ski dan pengangkutan rel di Jepun.
Senarai penerbitan Yamakei
[sunting | sunting sumber]- "Yama to Keikoku" (山と渓谷, "Gunung dan Lembah"), majalah keluaran bulanan berkaitan dengan kawasan pergunungan Jepun.
- "Tabi to Tetsudou" (旅と鉄道, "Pelancongan dan Landasan Kereta Api), majalah dwibulanan tentang pelancongan berasaskan pengangkutan rel Jepun.
- "Bunken Tozan Gaido" (分県登山ガイド), siri buku yang menjelaskan gunung-ganang di setiap wilayah Jepun.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman sesawang rasmi Yamakei (Bahasa Jepun)
