Yamla Pagla Deewana
Yamla Pagla Deewana | |
---|---|
Pengarah | Samir Karnik |
Cerita oleh | Jasvinder Bath |
Dihasilkan oleh | Samir Karnik Nitin Manmohan |
Dibintangi | Sunny Deol Dharmendra Bobby Deol Kulraj Randhawa Anupam Kher |
Dikisahkan oleh | Ajay Devgan |
Sinematografi | Kabir Lal Binod Pradhan |
Disunting oleh | Mukesh Thakur |
Muzik oleh | Laxmikant-Pyarelal Anu Malik Rhythm Dhol Bass Nouman Javaid Sandesh Shandilya Rahul Seth Sanjoy Chowdhary |
Diedarkan oleh | Top Angle Productions One Up Entertainment |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 163 minit[1] |
Negara | India |
Bahasa | Hindi [2] |
Pecah panggung | ₹865.0 juta (AS$13 juta)[3] |
Yamla Pagla Deewana ialah sebuah filem drama komedi Hindi 2011 arahan Samir Karnik, yang menampilkan Dharmendra, Sunny Deol, dan Bobby Deol sebagai pelakon utama.[4] Filem ini menandakan kemunculan kedua keluarga Deol dalam sebuah filem, setelah filem terakhir mereka, Apne (2007). Tajuk filem ini diinspirasikan dari lagu "Main Jat Yamla Pagla Deewana" dari filem 1975, Pratigya yang juga dibintangi oleh Dharmendra.[5] Trailer teatrikal filem ini ditayangkan pada 5 November 2010, sementara filem ini ditayangkan pada 14 Januari 2011, dan mendapat sambutan yang baik selepas dikeluarkan. Filem tersebut kemudian menjadi kejayaan komersial di pecah panggung.[6]
Plot
[sunting | sunting sumber]Paramvir Singh (Sunny Deol) ialah seorang bukan penduduk India (NRI) yang hidup bahagia bersama isteri Kanadanya Mary (Emma Brown Garett) bersama dengan dua anaknya Karam dan Veer dan ibunya (Nafisa Ali) di Vancouver, British Columbia, Kanada. Bertahun-tahun kemudian, setelah kelahiran adik Paramvir, Gajodhar, bapa Paramvir, Dharam Singh (Dharmendra) melarikannya dari rumah dan mengambil Gajodhar dengannya, akibat kesulitan dengan keluarganya. Kembali dalam realiti, seorang warga Kanada pergi mengunjungi Paramvir di rumahnya, dimana dia melihat foto Dharam Singh.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Dharmendra sebagai Dharam Singh
- Sunny Deol sebagai Paramveer Singh Dhillon
- Bobby Deol sebagai Gajodhar Singh / Karamveer Dhillon
- Kulraj Randhawa sebagai Saheba Brar
- Nafisa Ali sebagai Ibu Paramveer Singh Dhillon dan Gajodhar Singh
- Anupam Kher sebagai Joginder Singh Brar
- Johnny Lever sebagai seorang penjual perhiasan
- Puneet Issar sebagai Minty
- Mukul Dev sebagai Gurmeet (Billa)
- Himanshu Malik sebagai Tejinder (Jarnail)
- Sucheta Khanna sebagai Poli
- Emma Brown Garett sebagai Mary Dhillon
- Digvijay Rohildas sebagai Balbir (Kaalu)
- Krip Suri sebagai Sukhdev (Kohti)
- Gurbachan sebagai Babbu
- Lokesh Tilakdhari sebagai Lokesh
- Nikunj Pandey sebagai Karam
- Amit Mistry sebagai Binda
- Madhuri Bhattacharya dalam Item Lagu "Tinku Jiya"
- Mahek Chahal dalam Item Lagu "Chamki Jawani"
- Ajay Devgan sebagai Pencerita
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Penggambaran bermuka pada Februari 2010. Pengarah Samir Karnik bersama pelakon utama Dharmendra dan Sunny Deol hadir di set penggambaran di Varanasi pada April 2010.[7] Penggambarannya tergendala sebanyak dua kali, pertama pada Mac, Dharmendra dirawat di hospital,[8] dan kemudian pada Julai, Sunny Deol mengalami masalah ketika melakukan babak aksi.[9]
Runut bunyi
[sunting | sunting sumber]Yamla Pagla Deewana | |
---|---|
Runut bunyi oleh | |
Dilancarkan pada | 7 Disember 2010 |
Tempat | India |
Genre | Runut bunyi filem |
Bahasa | Bahasa Hindi |
Syarikat | T-Series |
Pengedar | Netflix |
Pengarah | Samir Karnik |
sunting · sunting di Wikidata |
Muzik untuk filem ini digubah oleh Pyarelal, Anu Malik, RDB, Nouman Javaid, Sandesh Shandilya, Rahul Seth, dan Sanjoy Chowdhary. Liriknya ditulis oleh Anand Bakshi, RDB, Rahul Seth, Nouman Javaid, Anu Malik, Irshad Kamil dan Dharmendra. "Tinku Jiya" yang dicipta oleh Anu Malik ialah sebuah pendaki carta pada 2011.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]No. | Tajuk | Penampil | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Yamla Pagla Deewana" | Sonu Nigam, Nindy Kaur | ||
2. | "Charha De Rang" | Ali Pervez Mehdi, Shweta Pandit, Mahalakshmi Iyer, Rahul Seth | ||
3. | "Tinku Jiya" | Mamta Sharma, Javed Ali | ||
4. | "Sau Baar" | Shreya Ghoshal, Omer Nadeem | ||
5. | "Chamki Jawaani" | Master Saleem, Mamta Sharma, Daler Mehndi | ||
6. | "Son Titariya" | Krishna | ||
7. | "Kadd Ke Botal" | Sukhwinder Singh | ||
8. | "Yamla Pagla Deewana (adunan semula)" | RDB, Nindy Kaur | ||
9. | "Charha De Rang - 1" | Rahat Fateh Ali Khan, Shweta Pandit, Mahalakshmi Iyer | ||
10. | "Charha De Rang - 2" | Ali Pervez Mehdi | ||
11. | "Charha De Rang - 3" | |||
12. | "Gurbani" | Rahat Fateh Ali Khan | ||
Kesinabungan
[sunting | sunting sumber]Kesinabungannya diumumkan selepas kejayaan filem pertama, dan penggambaran dijalankan pada September 2012.[10]
Kesinambungan ini menampilan trio Dharmendra, Sunny Deol dan Bobby Deol yang melakonkan kembali peranan mereka, bersama dengan Neha Sharma dan Kristina Akheeva sebagai pelakon utama wanita. Yamla Pagla Deewana 2 dikeluarkan pada 7 Jun 2013.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Yamla Pagla Deewana". DT Cinemas. Dicapai pada 16 Januari 2011.[pautan mati kekal]
- ^ "What Is The Budget of Yamla Pagla Deewana and Tees Maar Khan?". Box Office India. Dicapai pada 17 Januari 2011.
- ^ "Top Worldwide Grossers Mid Year 2011 (Figures in INR Crore)". Box Office India. Dicapai pada 23 Julai 2011.
- ^ "Yamla Pagla Deewana". The Times of India. 11 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04. Dicapai pada 13 Disember 2010.
- ^ "Dharmendra, Bobby to play conmen in 'Yamla Pagla Deewana'". MSN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-21. Dicapai pada 6 November 2010.
- ^ "'Yamla Pagla Deewana' promo grabs attention". The Indian Express. Dicapai pada 12 Disember 2010.
- ^ "Dharmendra-Sunny-Deol to shoot in Varanasi in April for Yamla Pagla Deewana". Bollywood Hungama. Dicapai pada 2 October 2010.
- ^ "Dharmendra hospitalised in Chandigarh". Bollywood Hungama. Dicapai pada 2 October 2010.
- ^ "Sunny Deol's back problem delays Yamla Pagla Deewana shoot". Bollywood Hungama. Dicapai pada 2 October 2010.
- ^ Mercury, Leicester. "Hundreds apply to be extras in Bollywood film Yamla Pagla Deewana 2". 26 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-05. Dicapai pada 27 September 2012.