Yandusaurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Yandusaurus
Julat zaman: Middle Jurassic, Bathonian
Pengelasan saintifik e
Takson tidak dikenali (baiki): Yandusaurus
Spesies: Templat:Taxonomy/YandusaurusY. hongheensis
Nama binomial
Yandusaurus hongheensis
He, 1979

Yandusaurus ialah genus bagi dinosaur euornithopod basal maun dari zaman Bathonian (Jurasik Tengah, sekitar 169 hingga 163 juta tahun dahulu di China.

Jumpaan dan penamaan[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 1973 Muzium Industri Garam di Zigong dalam Sichuan menerima laporan bahawa semasa aktiviti pembinaan dengan mesin penghasil kompos ("composter") di Jinzidang berhampiran empangan Honghe satu rangka dinosaur secara tidak disengajakan telah diproses. Satu pasukan dari muzium tersebut berjaya menyelamatkan sebahagian dari peninggalan yang rosak teruk. Sungguhpun pada awalnya orang tempatan menggelarnya sebagai "Yubasaurus" atau "Honghesaurus", pada tahun 1979 profesor He Xinlu dari Beijing menggambarkan dan menamakannya sebagai spesies tip Yandusaurus hongheensis. Nama generik daambil dari Yandu, nama silam bagi Zigong. Nama ini merupakan singkatan bagi yan, "garam", dan du, "ibukota", berdasarkan fakta bahawa Zigong dalam sejarah merupakan pusat perlombongan garam tengah China. Dari segi ini, Yandusaurus secara tidak langsung turut merujuk pada Muzium Garam. Nama khususnya merujuk pada sungai Honghe.[1]

Spesimen holotip, GCC V20501, telah di gali dari lapisan Formasi Shaximiao Bawah. Ia terdiri dari serpihan rangka dengan tengkorak. Unsur bagi kebanyakan bahagian badan kekal baik, tengkorak, kolum vertebra, vertebral column, shoulder girdle, kaki hadapan dan kaki belakang kesemuanya terhad dan/atau rosak. Rahang bawah, pelvik and dan hujung ekor kemungkinannya musnah sama sekali oleh mesin.[2]

Pada tahun 1983 He dan Cai Kaiji mengenal pasti spesies kedua: Yandusaurus multidens, dikenali dari dua rangka yang hampir lengkap dan sembilan serpihan rangka.[3] Pada tahun 1992 Guangzhao Peng telah meletakkannya kedalam genus Agilisaurus sebagai A. multidens. Pada tahun 1996 Gregory S. Paul menamakannya sebagai Othnielia multidens. Pada tahun 2005 Paul Barrett meletakkannya dalam genusnya tersendiri, Hexinlusaurus.[4]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Berkaki dua, pantas bergerak, Yandusaurus memiliki empat jari pada setiap kaki dan lima jari pada setiap tangan. Ia memiliki mata besar sebagaimana yang ditunjukkan oleh lengkungan jugal. Giginya, menunjukkan pola unik rabung menegak dibandingkan oleh penyelidik China seperti tangan patung Buddha, amat tidak sekata ("asymmetrical") dari segi bahagian dalamnya amat haus. Lima belas gigi maxilla adalah terbesar di tengah dan bertindih.[2]

Apabila mengambarkan saiz Yandusaurus banyak sumber memberikan saiz Hexinlusaurus, Y. multidens sebelumnya, kesemua spesies juvenil iaiitu enam puluh meter (dua kaki) hingga 1.6 meter (5 kaki) panjang, dan seberat sekitar tujuh kilogram (lima belas paun. Yandusaurus hongheensis bagaimanapun jauh lebih besar berbanding contoh ini: Dia menggangarkan panjang badan sekurang-kurangnya tiga meter,[2] Peng pada 3.2 meter; pada tahun 2010 G.S. Paul memberikan anggaran 3.8 meter panjang dan berat seratus empat puluh kilogram.[5]


Phylogeny[sunting | sunting sumber]

Yandusaurus diletakkan oleh He ke dalam Hypsilophodontidae.[1] Ini bagaimanapun, pada hari ini, dianggap sebagai kumpulan (paraphyletic) luar biasa dan Yandusaurus dengan itu dilihat sebagai ahli basal pada Euornithopoda.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b He X., 1979, "A newly discovered ornithopod dinosaur Yandusaurus from Zigong, Sichuan". In: Contributions to International Exchange of Geology. Part 2. Stratigraphy and paleontology. Geol. publishing House, Beijing: pp. 116-123
  2. ^ a b c He, X. & Cai, K., 1984, The Middle Jurassic dinosaurian fauna from Dashampu, Zigong, Sichuan. Vol. 1: The ornitopod dinosaurs. Sichuan Scientific and Technological Publishing House, Chengdu, Sichuan, pp. 1-71
  3. ^ He, X.-L. & Cai, K.-J., 1983, "A new species of Yandusaurus (hypsilophodont dinosaur) from the Middle Jurassic of Dashanpu, Zigong, Sichuan", Journal of Chengdu College of Geology Supplement 1: 5-14
  4. ^ Barrett, P.M., Butler, R. J., and Knoll, F., 2005, "Small-bodied ornithischian dinosaurs from the Middle Jurassic of Sichuan, China", Journal of Vertebrate Paleontology 25: 823-834
  5. ^ Paul, G.S., 2010, The Princeton Field Guide to Dinosaurs, Princeton University Press p. 274