Pergi ke kandungan

Yang di-Pertuan Agong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Yang Dipertuan Agong)
Yang di-Pertuan Agong
Malaysia
يڠ دڤرتوان اݢوڠ
Jata Rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Bendera Rasmi Peribadi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia
Penyandang
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
sejak 31 Januari 2024
GelaranKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
(bahasa melayu)
His Majesty
(bahasa inggeris)
SingkatanYDPA Sunting nilai ini di Wikidata
Bidang kuasaMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanIstana Negara
Dilantik olehMajlis Raja-Raja
Tempoh jawatan5 tahun
Penjawat sulungTuanku Abdul Rahman
Dibentuk31 Ogos 1957; 68 tahun yang lalu (1957-08-31)
Nama tidak rasmiRaja Malaysia
Timbalan/naibSultan Nazrin Muizzuddin Shah
GajiRM1,054,560.00 setahun
Akta Peruntukan DiRaja 1982 [Akta 269] [1]
Tapak webwww.istananegara.gov.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Yang di-Pertuan Agong (YDPA, Jawi: يڠ دڤرتوان اڬوڠ) atau lebih penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia, di mana negara ini yang mengamalkan pemerintahan beraja dilantik yang menonjol daripada beberapa bentuk monarki lain di dunia. Konsep raja yang dipilih dipercayai berakar dari kerajaan-kerajaan Srivijaya dan Ayutthaya abad ke-7; ketika itu raja dipilih dari negeri-negeri kota di Srivijaya.

Memandangkan Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah meluas tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan. Perlembagaan telah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa pelaksana, secara teorinya di bawah kuasa ketua kerajaan, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. [2]

Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk memilih siapa sahaja untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang berkhidmat bersama Baginda dan seseorang itu tidak terikat pada kehendak Perdana Menteri yang sebelum itu sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Yang di-Pertuan Agong, bagaimanapun tidak mempunyai hak dan kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh menolak atau menangguhkan permohonan untuk membubarkan parlimen. [3] Baginda juga boleh membubarkan atau menggantung Parlimen tetapi hanya boleh membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri. Baginda juga boleh menolak undang-undang baru atau pindaan undang-undang sedia ada tetapi sekiranya tidak membuat keputusan, ia secara automatik menjadi undang-undang selepas 30 hari dari pembentangan awalnya. [4]

Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024 [5] berikutan Al-Sultan Abdullah dari Pahang Tamat tempoh pemerintahan pada 30 Januari 2024. Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kekal sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

* Atas kiri: Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan) merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama yang memulakan sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia pada tahun 1957..
  • Atas kanan: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kedah) adalah satu-satunya Sultan yang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan merupakan raja tertua ketika dilantik untuk penggal kedua pada usia 84 tahun.
  • Bawah kiri: Sultan Muhammad V (Kelantan) merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama dalam sejarah Malaysia yang meletakkan jawatan secara rasmi sebelum tamat tempoh pemerintahan lima tahun pada 6 Januari 2019
  • Bawah kanan: Tuanku Syed Putra Jamalullail (Perlis) merupakan Yang di-Pertuan Agong yang paling muda memegang jawatan dalam sejarah Malaysia, iaitu pada usia 40 tahun semasa pelantikan baginda pada tahun 1960

Gelaran Panggilan dan Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Gelar panggilan penuh bagi Ketua Utama Negara Malaysia ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (كباوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوک بݢيندا يڠ دڤرتوان أݢوڠ). Setiap komponen dalam gelaran ini membawa signifikan sejarah dan falsafah yang mendalam terhadap institusi diraja.

Analisis Peristilahan

[sunting | sunting sumber]
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia: Secara harfiah bermaksud "Di bawah debu Yang Mahakuasa". Istilah ini melambangkan kerendahan diri pemerintah, di mana kekuasaan Yang di-Pertuan Agong diibaratkan sekadar debu berbanding kekuasaan mutlak Allah SWT. Ini menunjukkan bahawa baginda sentiasa tunduk kepada Tuhan.[perlu rujukan]
  • Seri Paduka Baginda: Merupakan gabungan kata Seri dan Paduka. Paduka secara etimologi merujuk kepada "alas kaki" atau "kasut". Manakala Baginda adalah kata ganti nama diri ketiga khusus untuk golongan raja dan para nabi. Penggunaan istilah ini mencerminkan kerendahan kedudukan Yang di-Pertuan Agong jika dibandingkan dengan kemuliaan para Nabi.
  • Yang di-Pertuan Agong: "Yang di-Pertuan" ialah istilah lama bagi ketua yang bermaksud "yang bertanggungjawab" atau "yang dinaikkan kedudukannya". Agong (ejaan piawai: Agung) bermaksud yang tertinggi. Ejaan "Agong" dikekalkan tanpa perubahan kerana ia merupakan istilah khusus yang telah termaktub secara rasmi di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penggunaan dalam Dokumen Rasmi

[sunting | sunting sumber]

Dalam urusan antarabangsa seperti Pasport Malaysia, gelaran ini telah mengalami evolusi mengikut peredaran zaman:

  1. Sebelum 2010: Menggunakan terjemahan bahasa Inggeris iaitu "The Supreme Head of Malaysia" dalam nota pasport versi bahasa Inggeris.
  2. Pasca 2010: Selaras dengan penerbitan pasport patuh e-ICAO pada tahun 2010, gelaran tersebut tidak lagi diterjemahkan dan dikekalkan sebagai "Yang di-Pertuan Agong of Malaysia" bagi mengekalkan identiti unik institusi beraja negara.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan. Cadangan jawatan Yang di-Pertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu.

Pada 31 Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.

Kronologi Pemilihan Pertama (1957)

[sunting | sunting sumber]

Proses pemilihan dibuat berdasarkan turutan tempoh lama memerintah:

Baginda yang dilantik menjadi sultan pada tahun 1895 merupakan sultan yang paling lama memerintah. Walau bagaimanapun, baginda menolak pelantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).

Baginda yang memerintah pada tahun 1932 merupakan yang kedua dalam turutan, namun tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik.

Baginda merupakan yang lama memerintah seterusnya (menaiki takhta pada tahun 1933). Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama.

Raja-Raja Melayu yang Hadir Semasa Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Pertama (1957)
# Nama Raja / Sultan Negeri / Wilayah Tempoh Pemerintahan


1 Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’azzam Shah Pahang 1932 – 1974
2 Tuanku Abdul Rahman Negeri Sembilan 1933 – 1960
3 Sultan Hisamuddin Alam Shah Selangor 1938–1942, 1945–1960
4 Sultan Badlishah Kedah 1943 – 1958
5 Sultan Ibrahim Kelantan 1944 – 1960
6 Tuanku Syed Putra Jamalullail Perlis 1945 – 2000
7 Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu 1945 – 1979
8 Sultan Yussuff Izzuddin Shah Perak 1948 – 1963
9 Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (mewakili Johor) Johor 1959 – 1981 (Sultan)
10 Sultan Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien Brunei 1950 – 1967

Pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Sistem Penggiliran dan Pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Sistem pemerintahan beraja di Malaysia mempunyai ciri yang unik di seluruh dunia, di mana jawatan Yang di-Pertuan Agong digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah negeri - negeri Melayu

Pelantikan Pemangku Raja

[sunting | sunting sumber]

Apabila seseorang Sultan atau Raja menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku di negeri baginda masing-masing bagi menjalankan tugas-tugas ketua negeri sepanjang tempoh lima tahun tersebut.

Prosedur Pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong yang baharu mesti dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam:

  1. Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan
  2. Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja

Jika berlaku kekosongan serentak bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan tersebut.[6]

Giliran Negeri

[sunting | sunting sumber]

Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik kerana ia berjaya menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan dengan konsep moden berasaskan perlembagaan. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara sedemikian.

Kelayakan mengikut Negeri

[sunting | sunting sumber]

Sistem penggiliran ini hanya dikhususkan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri-negeri yang mempunyai institusi beraja, yang secara sejarahnya terbahagi kepada dua kumpulan:

Sementara itu, negeri-negeri yang tidak mempunyai institusi beraja iaitu Pulau Pinang, Melaka, Sarawak, dan Sabah tidak berpeluang untuk menjawat jawatan ini, meskipun ketua negeri masing-masing boleh diwakili dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja tahunan.

Evolusi Senarai Penggiliran

[sunting | sunting sumber]

Penggiliran asal ditetapkan mengikut kekananan tempoh pemerintahan Raja-Raja Negeri semasa pemilihan dilakukan. Walau bagaimanapun, disebabkan urusan-urusan tertentu dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu—seperti penolakan pelantikan atau faktor-faktor lain—sistem penggiliran tersebut telah mengalami rombakan. Hasilnya, satu sistem penggiliran pertama yang merangkumi sembilan buah negeri telah diputuskan dan diguna pakai sehingga kini.Penggiliran asal adalah seperti berikut :

Pintu masuk utama Istana Negara, Jalan Duta kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong Malaysia
  1. Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  2. Selangor Sultan Selangor
  3. Perlis Raja Perlis
  4. Terengganu Sultan Terengganu
  5. Kedah Sultan Kedah
  6. Kelantan Sultan Kelantan
  7. Pahang Sultan Pahang
  8. Johor Sultan Johor
  9. Perak Sultan Perak

Mekanisme Penggiliran Moden

[sunting | sunting sumber]

Kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan akan dipilih. Walau bagaimanapun, peraturan tersebut tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari sembilan buah negeri selesai dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan pertama ini berakhir selepas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9 pada tahun 1994.

Susunan Mengikut Jadual Ketiga

[sunting | sunting sumber]

Selepas tahun 1994, senarai penggiliran baharu telah disusun semula tanpa lagi merujuk kepada kekananan tempoh pemerintahan individu Raja. Sebaliknya, senarai yang digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih dalam pusingan pertama (1957–1994), selaras dengan Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.

Susunan penggiliran tersebut adalah seperti berikut:

  1. Negeri Sembilan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
  2. Selangor Sultan Selangor
  3. Perlis Raja Perlis
  4. Terengganu Sultan Terengganu
  5. Kedah Sultan Kedah
  6. Kelantan Sultan Kelantan
  7. Pahang Sultan Pahang
  8. Johor Sultan Johor
  9. Perak Sultan Perak

Nota Sejarah: Brunei

[sunting | sunting sumber]

Dengan penolakan Brunei untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963, hanya peraturan bagi sembilan negeri beraja di Semenanjung Malaysia sahaja yang layak untuk dipilih ke takhta. Sekiranya Brunei diterima sebagai sebahagian daripada kerajaan diraja Malaysia, Sultan Brunei juga akan diberikan hak oleh Majlis Raja-Raja untuk bertanding jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Analisis Pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Walau bagamanapun, penggiliran ini masih tertakluk kepada perkenan dan undi rahsia ketika Mesyuarat Pemilihan Majlis Raja-Raja.

Sebagai contoh, bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16, wujud analisis penggiliran berikutan masalah kesihatan Sultan Ahmad Shah (Pahang). Sekiranya baginda menolak, maka Sultan Ibrahim (Johor) akan mengambil alih takhta tersebut. Jika baginda juga menolak, barulah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (Perak) akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.[7]

Faktor pemilihan

[sunting | sunting sumber]
Tengkolok Diraja yang menjadi salah satu alat kebesaran bagi Yang di-Pertuan Agong

Perlembagaan Persekutan memperuntukkan bahawa seseorang Raja adalah layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali tiga sebab berikut;[8]

Kelayakan Pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, seseorang Raja adalah layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali atas tiga sebab utama berikut:

Raja itu belum dewasa mengikut undang-undang tubuh negeri baginda.
Tiada hasrat dipilih: Raja itu telah memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Ketetapan Majlis Raja-raja: Melalui undi sulit, Majlis Raja-raja memutuskan bahawa Raja tersebut tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh:
  • Kelemahan akal atau tubuh badan; atau
  • Apa-apa sebab lain yang difikirkan munasabah oleh Majlis.

Nota: Ketetapan ketidaksesuaian ini memerlukan sekurang-kurangnya undian lima orang Raja lain yang hadir.

Sistem Penggiliran dan Kekananan

[sunting | sunting sumber]

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah unik kerana ia tidak berdasarkan warisan turun-temurun, sebaliknya berpandukan kepada sistem kekananan dan penggiliran yang telah ditetapkan sejak tahun 1957.

Meskipun terdapat senarai giliran, Majlis Raja-Raja akan mempertimbangkan beberapa faktor kritikal melalui undi rahsia sebelum mengesahkan pengganti. Syarat-syarat utama yang diambil kira termasuk:

Kedudukan dalam Senarai Kekananan: Raja yang berada di kedudukan teratas dalam senarai kekananan Sultan dan Raja-Raja Melayu akan diberi keutamaan.


Keberkenanan Baginda: Raja yang dipilih mestilah memberikan perkenan (setuju) untuk memikul tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.


Kesihatan Mental & Fizikal: Baginda tidak mengalami sebarang kelemahan atau ketidakupayaan yang boleh menghalang pelaksanaan tugas.


Sokongan Majlis Raja-Raja: Calon mestilah mendapat sekurang-kurangnya lima (5) undian sokongan daripada Raja-Raja lain.


Had Tempoh Jawatan: Bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Sumber: Berdasarkan peruntukan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Proses pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Apabila terdapat kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan memulakan proses dengan menyembah syarat kepada setiap Raja bagi memohon perkenan sama ada Baginda berhasrat dicalonkan.

  • Penolakan Pencalonan: Raja-raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kesannya, negeri baginda akan diletakkan di tempat akhir sekali dalam senarai pencalonan pada masa itu.
  • Kelayakan Mengundi: Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh memilih dan dipilih. Sekiranya seseorang Raja tidak dapat berangkat, baginda boleh melantik Raja lain sebagai proksi untuk mengundi. Yang di-Pertua Negeri mahupun Pemangku Raja tidak dibenarkan hadir atau terlibat.

Mekanisme Pengundian

[sunting | sunting sumber]

Dalam Mesyuarat Pemilihan, hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang dibenarkan hadir. Proses pengundian dijalankan seperti berikut:

  1. Kertas Undi: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membekalkan sekeping kertas undi tidak bernombor kepada setiap Raja. Undian dibuat secara sulit menggunakan pen dan dakwat yang sama.
  2. Kriteria Kemenangan: Setiap Raja menandakan sama ada calon tunggal mengikut giliran tersebut "sesuai" atau "tidak sesuai". Calon mestilah mendapat majoriti sekurang-kurangnya lima undi sebelum ditawarkan jawatan tersebut.[9]
  3. Pengiraan Undi: Raja yang paling muda dari segi pemerintahan (yang tidak tersenarai sebagai calon) lazimnya dipilih untuk mengira kertas undi bersama Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
  4. Kegagalan Undian: Jika calon pertama tidak mendapat majoriti atau menolak tawaran, proses diulangi dengan mencalonkan nama Raja kedua dalam senarai kekananan sehingga tawaran diterima.
  5. Pemusnahan Bukti: Sebaik sahaja keputusan diumumkan, semua kertas undi akan dimusnahkan serta-merta di hadapan Raja-Raja.

Proses yang sama kemudiannya diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Pengisytiharan dan Sumpah Jawatan

[sunting | sunting sumber]

Setelah urusan pemilihan selesai:

  • Makluman Rasmi: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat pengesahan bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat, dan Perdana Menteri. Perdana Menteri kemudiannya akan mengeluarkan kenyataan akhbar rasmi.[6]
  • Istiadat Melafaz Sumpah: Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan fungsi rasmi selepas menandatangani sumpah jawatan dalam istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja. Istiadat ini disaksikan oleh Ketua Hakim Negara serta dua orang Raja yang dilantik sebagai saksi.[6]

Kebaikan dan Keunikan Sistem

[sunting | sunting sumber]

Sistem penggiliran dan pemilihan Yang di-Pertuan Agong di Malaysia menawarkan beberapa kelebihan dan keunikan yang tersendiri:

Sintesis Monarki dan Demokrasi

[sunting | sunting sumber]

Sistem ini dianggap unik kerana ia menggabungkan elemen tradisional dan moden. Walaupun calon adalah terhad kepada mereka yang mempunyai darah keturunan raja (monarki), namun proses pelantikannya menerapkan peraturan yang bercorak demokrasi melalui kaedah pemilihan secara moden oleh Majlis Raja-Raja.

Keutamaan Kuasa Ketua Utama Negara

[sunting | sunting sumber]

Sejak tradisi ini dimulakan pada tahun 1957, Yang di-Pertuan Agong diberikan kedudukan tertinggi di dalam Persekutuan. Sepanjang tempoh pelantikannya, kuasa yang dimiliki oleh baginda mengatasi segala Raja-Raja Melayu yang lain, sekali gus menyatukan kedaulatan sembilan negeri di bawah satu Ketua Utama Negara.

Perbandingan Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Jika dibandingkan dengan sistem monarki di luar negara, seperti di United Kingdom melibatkan Ratu Elizabeth II, sistem di Malaysia terbukti jauh lebih unik.

  • Sistem England: Warisan takhta dan pelantikan raja hanya datang daripada satu keluarga sahaja secara turun-temurun.
  • Sistem Malaysia: Ketua negara dipilih daripada kalangan sembilan orang Raja yang memerintah Negeri-negeri Melayu, memberikan kepelbagaian dalam kepimpinan tertinggi negara setiap lima tahun.

Kedudukan dalam Perlembagaan Persekutuan

[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebagai Ketua Utama Negara termaktub dalam Bahagian IV, Bab 1 Perlembagaan Persekutuan Malaysia:

  1. Ketua Utama Negara: Persekutuan hendaklah mempunyai seorang Ketua Utama Negara yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda diberi keutamaan berbanding segala orang lain di dalam Persekutuan dan tidak boleh dikenakan sebarang prosiding di mana-mana mahkamah, kecuali di Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
  2. Raja Permaisuri Agong: Isteri kepada Yang di-Pertuan Agong diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
  3. Tempoh Jawatan: Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun. Walau bagaimanapun, baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa melalui surat yang ditandatangani sendiri dan ditujukan kepada Majlis Raja-Raja, atau boleh dipecat oleh Majlis Raja-Raja. Baginda hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja di negeri baginda.
  4. Prosedur Pemilihan: Peruntukan Bahagian I dan III Jadual Ketiga Perlembagaan hendaklah terpakai bagi segala urusan pemilihan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong.

Bidang Kuasa dan Peranan

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Antara peranan utama baginda termasuklah:

Peranan dalam Pentadbiran Kerajaan

[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting mengikut budi bicara dan peruntukan undang-undang, antaranya:[12]

  1. Melantik seorang Perdana Menteri.
  2. Menangguhkan pembubaran Parlimen.
  3. Meminta diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran Raja-raja.

Kuasa Eksekutif

[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan memberikan kuasa eksekutif kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Raja. Namun, secara amnya, baginda terikat untuk menjalankan kuasa ini mengikut **nasihat Kabinet** atau menteri yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet. Oleh itu, kebanyakan urusan harian pentadbiran dilaksanakan oleh pihak Kabinet.

Kuasa Budi Bicara YDPA

[sunting | sunting sumber]

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ialah kuasa mutlak di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Baginda bertindak tanpa nasihat Jemaah Menteri Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong merangkumi yang berikut

Kuasa Budi Bicara Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
Perkara Perlembagaan Bidang Kuasa Huraian & Kriteria


Perkara 40(2)(a) &
43(2)(a)
Pelantikan Perdana Menteri Melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan tersebut.


Perkara 40(2)(b) Pembubaran Parlimen Baginda mempunyai budi bicara untuk tidak mempersetujui (menolak) permintaan Perdana Menteri bagi membubarkan Parlimen.


Perkara 40(2)(c) Mesyuarat Majlis Raja-Raja Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.


Perkara 42 Kuasa Pengampunan Memberikan pengampunan, tunda hukum, dan lega hukum bagi kesalahan di Mahkamah Tentera dan kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya).


Perkara 66(4) &
66(4A)
Perkenan Rang Undang-undang Baginda mempunyai budi bicara untuk melambatkan perkenan sesuatu Rang Undang-undang selama 30 hari sebelum ia menjadi undang-undang secara automatik.


Perkara 150(1) Pengisytiharan Darurat Mengeluarkan Proklamasi Darurat jika Baginda berpuas hati bahawa wujudnya ancaman terhadap keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam.


Nota Penting:

Sistem Westminster

[sunting | sunting sumber]

Sistem Westminster adalah sebuah sistem kerajaan parlimen demokratik yang dimodelkan mengikut sistem pemerintahan United Kingdom. Nama ini diambil bersempena Istana Westminster di London, yang merupakan tempat persidangan Parlimen British

Di bawah Sistem Westminster, Yang di-Pertuan Agong dijangka melantik Perdana Menteri yang mempunyai keyakinan majoriti Dewan Rakyat Parlimen yang dipilih. Sekiranya Perdana Menteri tidak boleh diterima ramai, dia boleh dipaksa turun oleh undi tidak percaya, yang memerlukan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen atas nasihat Perdana Menteri, atau menolak untuk membubarkan Parlimen dan melantik orang lain sebagai Perdana Menteri. Secara konvensional, Perdana Menteri adalah ketua parti dengan majoriti di Parlimen. Ini menjadikan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik baginda adalah daripada Barisan Nasional (dahulunya dikenali sebagai Perikatan) dari kemerdekaan pada tahun 1957 hinggalah 2018, ketika Pakatan Harapan mengambil alih.

Yang di-Pertuan Agong akan memperbaharui lantikan seorang Perdana Menteri setiap kali selepas pilihan raya sehinggalah menteri itu memutuskan untuk meletak jawatan atau kehilangan majoriti (minimum 112 daripada 222 ahli Parlimen) dalam pilihan raya. Setiap kali Perdana Menteri memilih untuk membubarkan Parlimen, beliau haruslah mengadakan satu pilihan raya umum. Yang di-Pertuan Agong boleh memilih untuk menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen memandangkan ini adalah salah satu kuasa budi bicaranya.

Pelantikan Jawatan Persekutuan

[sunting | sunting sumber]
Pekarangan Istana Negara di Jalan Istana, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 1957 hingga 2011.

Yang di-Pertuan Agong memegang kuasa eksekutif Persekutuan dan bertanggungjawab melantik pemegang jawatan tinggi negara mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Akta-akta Parlimen yang berkaitan.

Eksekutif dan Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Bahagian IV, Bab 3 Perlembagaan Persekutuan, Baginda melantik:

  • Perdana Menteri: Dilantik mengikut budi bicara Baginda (Perkara 40(2)(a)) daripada kalangan ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti.
  • Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri: Dilantik atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43 & 43A).
  • Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik: Dilantik atas nasihat Perdana Menteri (Perkara 43B & 43C).
  • Ketua Setiausaha Negara: Dilantik oleh Baginda atas nasihat Perdana Menteri.

Perundangan (Legislatif)

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Bahagian IV, Bab 4 Perlembagaan Persekutuan:

Kehakiman (Judisairi)

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Perkara 122B, Baginda melantik hakim-hakim mahkamah atasan atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja:

Suruhanjaya Perlembagaan (Badan Bebas)

[sunting | sunting sumber]

Baginda melantik ahli-ahli suruhanjaya bagi memastikan integriti pentadbiran:

  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR): Dilantik selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja (Perkara 114).
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA): Dilantik mengikut budi bicara selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis Raja-Raja (Perkara 139).
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP): Dilantik mengikut budi bicara selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis Raja-Raja (Perkara 141A).
  • Suruhanjaya Pasukan Polis: Baginda melantik ahli-ahli termasuk mempengerusikan pelantikan tertinggi (Perkara 140).
  • Majlis Angkatan Tentera: Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi melantik ahli-ahli Majlis (Perkara 137).

Jawatan Penting Lain

[sunting | sunting sumber]

Kediaman Rasmi

[sunting | sunting sumber]

Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim merupakan kediaman rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Kompleks istana ini menggantikan Istana Negara lama sebagai simbol kedaulatan sistem monarki berpelembagaan di Malaysia.

Seni bina

[sunting | sunting sumber]

Kompleks ini berkeluasan 97.65 hektar dan mempunyai 22 buah kubah berwarna emas. Reka bentuknya menggabungkan unsur kesenian Islam dan tradisional Melayu. Terdapat tiga komponen utama dalam istana ini:

  • Komponen Diraja: Ruang bersemayam dan istirahat Seri Paduka Baginda.
  • Komponen Pentadbiran: Pejabat Datok Pengelola Bijaya Diraja dan kakitangan istana.
  • Komponen Istiadat: Menempatkan Balairong Seri dan Dewan Santapan bagi majlis rasmi.

Istana ini mula dibina pada tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada tahun 2011 dengan kos dianggarkan sebanyak RM800 juta. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin, merupakan pemerintah pertama yang mendiami istana ini bermula 15 November 2011.

Istana Negara Lama

[sunting | sunting sumber]
Kompleks Istana Negara lama di Jalan Istana

Sebelum berpindah ke lokasi sekarang, kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong terletak di Istana Negara, Jalan Istana

  • Asal-usul: Dibina pada 1928 sebagai rumah agam milik jutawan Chan Wing.
  • Pengambilalihan: Pernah menjadi kediaman rasmi Sultan Selangor sebelum dibeli oleh Kerajaan Persekutuan pada 1957 dengan harga RM1.4 juta.
  • Status Semasa: Bangunan tersebut kini telah diwartakan sebagai Muzium Diraja dan dibuka kepada orang awam sejak tahun 2013.

Istana Lain

[sunting | sunting sumber]

Kediaman lain termasuk istana singgah, Istana Melawati di pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya. Ia juga merupakan tempat mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu, yang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Hari Keputeraan Rasmi

[sunting | sunting sumber]
Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong
Nama rasmiYang di-Pertuan Agong
Diraikan oleh/di
Malaysia
JenisKebangsaan
Sambutan
TarikhIsnin pertama bulan Jun (berkuat kuasa 2021)

Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong (bahasa Inggeris: King's Official Birthday) merupakan satu hari kelepasan am persekutuan yang disambut di seluruh Malaysia bagi meraikan institusi Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara. Walaupun tarikh ini dipanggil "Hari Keputeraan", ia bukanlah tarikh kelahiran sebenar Seri Paduka Baginda, sebaliknya merupakan tarikh simbolik yang ditetapkan oleh kerajaan untuk sambutan rasmi negara.

Sejarah dan Rasional

[sunting | sunting sumber]

Amalan menyambut hari keputeraan rasmi ini diwarisi daripada tradisi British yang dikenali sebagai King's Official Birthday. Tradisi ini dimulakan oleh Raja George II pada tahun 1748 kerana tarikh lahir sebenar baginda jatuh pada musim sejuk yang tidak sesuai untuk perarakan tentera di luar [14]


Di Malaysia, amalan ini diteruskan untuk menyelaraskan satu tarikh cuti umum yang tetap bagi seluruh negara, tanpa perlu menukar kalendar cuti setiap kali berlaku pertukaran Yang di-Pertuan Agong yang dipilih setiap lima tahun sekali.

Penetapan Tarikh

[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 2021, kerajaan Malaysia telah menetapkan bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong disambut pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

Walau bagaimanapun, tarikh ini boleh dipinda mengikut keperluan semasa atau peristiwa penting negara:

  • Sultan Ibrahim (2024–kini): Walaupun sambutan rasmi biasanya pada Jun, pada tahun 2024 ia dipinda ke bulan September bagi memberi laluan kepada Istiadat Pertabalan yang berlangsung pada Julai.
  • Sultan Abdullah (2019–2023): Sambutan telah dipinda beberapa kali ekoran pandemik COVID-19 dan penyelarasan jadual kerajaan.[15]

Acara Utama

[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua acara protokol yang paling signifikan dijalankan sempena sambutan ini:

1. Istiadat Mengarak Panji-Panji

[sunting | sunting sumber]

Istiadat Mengarak Panji-Panji merupakan perbarisan ketenteraan penuh istiadat oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai tanda taat setia tentera kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi ATM. Sebanyak lima Panji-Panji (bendera kehormat) yang mewakili Rejimen Askar Melayu DiRaja, Rejimen Renjer DiRaja, Kor Armor DiRaja, Tentera Laut Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan diarak.[16]

2. Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]

Bertempat di Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong akan menganugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan kepada individu-individu yang telah banyak berjasa kepada negara. Antara gelaran yang dikurniakan termasuklah Tun, Tan Sri, dan Datuk.[17] [18]

Istiadat Rasmi Melibatkan Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]

Institusi Yang di-Pertuan Agong melibatkan pelbagai istiadat yang penuh dengan tradisi Kesultanan Melayu yang telah diamalkan sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957. Istiadat-istiadat ini bukan sekadar simbolik, malah merupakan sebahagian daripada tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

1. Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan

[sunting | sunting sumber]

Istiadat ini dilakukan sejurus selepas seseorang Raja dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

  • Tujuan: Untuk memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Utama Negara bagi tempoh lima tahun.
  • Prosedur: Baginda melafazkan sumpah jawatan di hadapan Majlis Raja-Raja dan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Malaysia.
  • Dokumen: Baginda menandatangani Surat Sumpah Jawatan yang memperuntukkan janji baginda untuk memerintah secara adil menurut Perlembagaan dan memelihara agama Islam pada setiap masa.

2. Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]

Merupakan istiadat kemuncak yang biasanya diadakan beberapa bulan selepas baginda memulakan tugas.

  • Lokasi: Diadakan secara gilang-gemilang di Balairung Seri, Istana Negara.
  • Elemen Penting:
    • Cogan Alam dan Cogan Agama: Simbol kekuasaan dan kedaulatan Islam.
    • Keris Panjang Diraja: Baginda akan mencium Keris Panjang Diraja sebagai simbol menerima kuasa memerintah.
    • Lafaz Ikrar: Baginda melafazkan ikrar untuk melaksanakan pemerintahan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
  • Rujukan: Istiadat terbaru melibatkan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024.

3. Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen

[sunting | sunting sumber]

YDPA merupakan salah satu daripada tiga komponen Parlimen Malaysia (bersama Dewan Negara dan Dewan Rakyat).

  • Tujuan: Merasmikan pembukaan sesi mesyuarat Parlimen bagi setiap penggal.
  • Aktiviti: Baginda akan memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan sebelum memasuki Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja (Speech from the Throne) yang menggariskan dasar-dasar kerajaan bagi tahun tersebut.

4. Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

[sunting | sunting sumber]

Diadakan bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.

  • Tujuan: Memberi penghargaan kepada individu yang telah memberikan jasa bakti kepada negara.
  • Kategori: Antara gelaran tertinggi yang dikurniakan termasuklah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran 'Tun'.

5. Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Ketua Utama Negara, baginda mempunyai kuasa pelantikan bagi jawatan-jawatan penting Persekutuan.

  • Jawatan Terlibat: Perdana Menteri Malaysia, Jemaah Menteri (Kabinet), Hakim-hakim Mahkamah Atasan, Duta-duta Besar, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara.
  • Prosedur: Calon-calon akan menerima Surat Cara Pelantikan daripada baginda dan melafazkan sumpah simpan rahsia serta sumpah jawatan.

6. Istiadat Perbarisan Diraja (Trooping the Colour)

[sunting | sunting sumber]

Istiadat ketenteraan yang penuh berprestij melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

  • Tujuan: Menunjukkan kesetiaan angkatan tentera kepada YDPA selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.
  • Aktiviti: Perbarisan panji-panji diraja mengikut rejimen-rejimen tentera di hadapan baginda.

7. Istiadat Keberangkatan Tamat Tempoh Jawatan

[sunting | sunting sumber]

Diadakan apabila tempoh pemerintahan lima tahun baginda berakhir.

  • Prosedur: Baginda akan diraikan dalam satu majlis keberangkatan pulang ke negeri asal dengan penuh istiadat di Dataran Parlimen atau Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Penamatan Kuasa dan Kekebalan Undang-undang

[sunting | sunting sumber]

Jawatan Yang di-Pertuan Agong boleh ditamatkan atau dihentikan fungsinya berdasarkan beberapa keadaan yang ditetapkan oleh undang-undang:

Sebab-sebab Penamatan Jawatan

[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong akan tamat kuasanya apabila berlaku salah satu daripada keadaan berikut:

  • Tamat Tempoh: Pemerintahan baginda berakhir secara rasmi selepas genap tempoh lima tahun.
  • Mangkat: Sekiranya baginda mangkat ketika dalam tempoh jawatan.
  • Meletak Jawatan: Atas kehendak baginda sendiri secara rasmi.
  • Dilucutkan Jawatan: Sama ada di peringkat Persekutuan atau peringkat negeri baginda masing-masing.

Kedudukan di Bawah Mahkamah Khas

[sunting | sunting sumber]

Baginda hendaklah berhenti menjalankan fungsi sebagai Yang di-Pertuan Agong sekiranya baginda dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas

Prosedur Tindakan Undang-undang

[sunting | sunting sumber]

Walau bagaimanapun, Perlembagaan memberikan perlindungan khusus kepada Ketua Utama Negara:

  • Tiada sebarang tindakan, sama ada di bawah Undang-undang sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya.
  • Sebarang tindakan undang-undang hanya boleh dimulakan sekiranya mendapat keizinan daripada Peguam Negara sendiri secara peribadi.

Ketidakbolehan

[sunting | sunting sumber]

Menurut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat beberapa had dan larangan yang dikenakan ke atas Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan fokus sepenuhnya diberikan kepada tugas peringkat Persekutuan:

X'ed box Fungsi Negeri: Baginda tidak boleh menjalankan fungsinya sebagai Raja di negeri asal, kecuali peranan sebagai Ketua Agama Islam.


X'ed box Jawatan Bersara: Baginda dan Raja Permaisuri Agong tidak boleh memegang apa-apa jawatan lain yang mempunyai saraan (gaji atau elaun lain).


X'ed box Aktiviti Komersial: Baginda dan Raja Permaisuri Agong dilarang melibatkan diri secara aktif dalam apa-apa perusahaan komersial atau perniagaan.


X'ed box Emolumen Negeri: Baginda tidak boleh menerima apa-apa jenis emolumen yang dibayar kepadanya sebagai Raja Negeri di bawah Perlembagaan atau undang-undang Negeri tersebut.


X'ed box Ke luar Persekutuan: Baginda tidak boleh meninggalkan Persekutuan melebihi lima belas (15) hari tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, kecuali bagi lawatan rasmi ke negara lain.

Pengecualian Penting (Fasal 1): Walaupun terdapat larangan di atas, Baginda tetap mempunyai kuasa di negeri asal untuk meminda Perlembagaan Negeri tersebut atau melantik Pemangku Raja.[19]

Senarai Yang Di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]
Panji peribadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong (juga diistilahkan sebagai Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan) ialah seorang Raja yang berperanan menjalankan fungsi dan mempunyai keistimewaan Yang di-Pertuan Agong dalam keadaan berikut:

  • Berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong.
  • Semasa tempoh Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menjalankan fungsi jawatannya kerana sakit, tidak berada di dalam Persekutuan, atau apa-apa sebab lain (bertindak sebagai pemangku).

Walau bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan fungsi tersebut jika ketiadaan atau ketidakupayaan Yang di-Pertuan Agong itu tempohnya kurang daripada lima belas hari, melainkan jika Timbalan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa adalah perlu atau sesuai untuk menjalankan fungsi itu.[19]

Penyandang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong semasa ialah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dari Perak sejak 31 Januari 2019.[20]

Pemilihan dan Tempoh Jawatan

[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan peruntukan Perlembagaan:

  • Tempoh: Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun. Jika dipilih di pertengahan penggal seseorang Yang di-Pertuan Agong, tempohnya adalah baki penggal tersebut.[19]
  • Kriteria: Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan ini kepada Raja yang layak dipilih, iaitu Raja yang pertama sekali berhak ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong tetapi tidak dipilih.
  • Peletakan Jawatan: Baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa melalui surat yang ditandatangani sendiri dan ditujukan kepada Majlis Raja-Raja. Baginda juga berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja di negeri baginda.

Peruntukan Khas (Perkara 33)

[sunting | sunting sumber]

Menurut Perkara 33 Perlembagaan Malaysia:

  1. Jika berlaku kekosongan jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa tempoh perkhidmatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, maka tempoh jawatan Timbalan tersebut tamat sebaik sahaja kekosongan jawatan utama itu diisi.
  2. Majlis Raja-Raja tidak boleh memilih seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong selagi jawatan Yang di-Pertuan Agong masih kosong.
  3. Sekiranya Yang di-Pertuan Agong tiada dalam negara dan pada masa yang sama jawatan Timbalan kosong atau Timbalan tidak berdaya (gering/mangkat), Parlimen boleh (melalui undang-undang khas yang diluluskan Majlis Raja-Raja) membuat peruntukan supaya fungsi Yang di-Pertuan Agong dijalankan oleh salah seorang Raja yang lain.[19]

Senarai Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]

Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

[sunting | sunting sumber]

Raja-raja berikut telah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong: [21]

No. Nama Negeri Memegang Jawatan Keputeraan Kemangkatan
1 Sultan Hisamuddin Alam Shah* Selangor 31 Ogos 1957 – 1 April 1960 (1898-05-13)13 Mei 1898 1 September 1960(1960-09-01) (umur 62)
2 Tuanku Syed Putra Jamalullail* Perlis 14 April 1960 – 1 September 1960 (1920-11-25)25 November 1920 16 April 2000(2000-04-16) (umur 79)
3 Sultan Ismail Nasiruddin Shah* Terengganu 21 September 1960 – 20 September 1965 (1907-01-24)24 Januari 1907 20 September 1979(1979-09-20) (umur 72)
4 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah* Kedah 21 September 1965  – 20 September 1970 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
5 Sultan Yahya Petra* Kelantan 21 September 1970 – 20 September 1975 (1917-12-10)10 Disember 1917 29 Mac 1979(1979-03-29) (umur 61)
6 Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah* Pahang 21 September 1975 – 29 Mac 1979 (1930-10-24)24 Oktober 1930 22 Mei 2019(2019-05-22) (umur 88)
7 Tuanku Ja’afar Pemerintahan 1 Negeri Sembilan 26 April 1979 – 25 April 1984 (1922-07-19)19 Julai 1922 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
8 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah* Perak 26 April 1984 – 25 April 1989 (1928-04-19)19 April 1928 28 Mei 2014(2014-05-28) (umur 86)
9 Tuanku Ja’afar* Pemerintahan 2 Negeri Sembilan 26 April 1989 – 25 April 1994 (1922-07-19)19 Julai 1922 27 Disember 2008(2008-12-27) (umur 86)
10 Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah* Selangor 26 April 1994 – 25 April 1999 (1926-03-08)8 Mac 1926 21 November 2001(2001-11-21) (umur 75)
11 Sultan Mizan Zainal Abidin Pemerintahan 1 Terengganu 26 April 1999 – 12 Disember 2001 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 64)
12 Sultan Mizan Zainal Abidin* Pemerintahan 2 Terengganu 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 64)
13 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah* Kedah 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 (1927-11-28)28 November 1927 11 September 2017(2017-09-11) (umur 89)
14 Sultan Muhammad V* Kelantan 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 (1969-10-06) 6 Oktober 1969 (umur 56)
15 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 1 Perak 13 Disember 2016 – 31 Januari 2019 (1956-11-27) 27 November 1956 (umur 69)
16 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 2 Perak 31 Januari 2019 – 31 Januari 2024
17 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Pemerintahan 3 Perak 31 Januari 2024 - kini

* Menandakan mereka menjadi Yang di-Pertuan Agong baru sebaik selepas tamat tempoh mereka sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Act 269 - Civil List Act 1982" (PDF). Attoney-General Chamber. AGC Malaysia. Dicapai pada 23 January 2019.
  2. ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2010-06-10.
  3. ^ "Powers of the king". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-19. Dicapai pada 2013-12-19.
  4. ^ "Constitutional Crisis, Crisis of 1983". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-16. Dicapai pada 2013-12-19.
  5. ^ "Sultan Johor dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17". Harian Metro. Dicapai pada 27 Oktober 2023. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  6. ^ a b c Mat, Ismail (6 Januari 2019). "Undi rahsia Raja-Raja penentu Agong, Timbalan yang baharu". BH Online. Dicapai pada 8 Januari 2019.
  7. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/01/08/analysts-dismiss-talk-of-mahathir-palace-tension-if-johor-ruler-is-agong/ Dicapai pada 8 Januari 2019
  8. ^ "Tiga sebab mengapa seseorang Raja tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong". Astro Awani. 7 Januari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2019. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  9. ^ "Lapan fakta mengenai pengundian Yang di-Pertuan Agong". Astro Awani. 7 Januari 2019. Dicapai pada 7 Januari 2019.
  10. ^ Yang Di-Pertuan Agong - MyGovernment (Portal Rasmi Kerajaan Malaysia)
  11. ^ "Parlimen Malaysia". Parlimen Malaysia.
  12. ^ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN). Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-21. Dicapai pada 2010-06-10.
  13. ^ "Sistem Pemerintahan Beraja". Portal Rasmi MyGovernment. Dicapai pada 2024. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  14. ^ "Kenapa Hari Keputeraan YDPA Tak Sama Dengan Hari Lahirnya?". The Patriots. 2021-06-07. Dicapai pada 2024-05-20.
  15. ^ "Hari Keputeraan Agong setiap Isnin pertama bulan Jun". BERNAMA. 2020-03-04. Dicapai pada 2024-05-20.
  16. ^ "Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong". Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Dicapai pada 2024-05-20.
  17. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Persekutuan Tahun 2024". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA). 2024-11-01. Dicapai pada 2024-05-20.
  18. ^ "Garis Panduan Pencalonan Penganugerahan & Pengurniaan Darjah Kebesaran" (PDF). Jabatan Pertanian Malaysia. Dicapai pada 2024-05-20.
  19. ^ a b c d "Perlembagaan Persekutuan Malaysia" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-11-20.
  20. ^ "Sultan Nazrin sah Timbalan Yang di-Pertuan Agong". BH Online. Dicapai pada 2019. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  21. ^ Senarai Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]