Yang Guangxian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Yang Guangxian (Cina tradisional: 楊光先) (1597–1669) ialah seorang penulis dan ahli falak Hui berfahaman Konfusianisme yang menjadi ketua Biro Falak (欽天監) dari tahun 1665 hingga 1669.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Yang Guangxian adalah penolong komander pengawal (Cina tradisional: 副千戶pinyin: fu qianhu) Xinanwei (新安卫) di Selatan Zhili semasa zaman akhir Dinasti Ming.[1] Pada tahun 1637, beliau pergi ke Beijing. Apabila beliau cuba mendakwa Setiausaha Agung Wen Tiren (溫體仁), beliau dibuang daerah ke Liaoxi (遼西), dia tinggal di sana sehingga berakhirnya Dinasti Ming pada tahun 1644. Di Liaoxi, beliau mempelajari ilmu falak dan ilmu nujum.[1]

Selepas kepulangannya ke Beijing, kemahiran barunya dalam ilmu falak membolehkannya menjadi ahli falak. Namun jawatan tertinggi bagi ahli falak telah dibolot oleh Jesuit. Pada tahun 1659, beliau menulis On Collecting Errors (Cina tradisional: 摘謬論pinyin: Zhaimiu Lun), satu kritikan terhadap kalendar Barat. Beliau juga menulis serangan pertamanya terhadap agama Kristian, On Exposing Heterodoxy (Cina tradisional: 辟邪論pinyin: Bixie Lun). Tetapi serangan langsung pertamanya terhadap ahli falak Jesuit terkemuka di istana, Johann Adam Schall von Bell, dilancarkan pada tahun 1660, apabila beliau menghantar A Call to Rectify the Country (Cina tradisional: 正國體呈稿pinyin: Zhengguo Tiching) kepada Lembaga Adat-istiadat (禮部), dengan mendakwa bahawa mereka mahu membaratkan kalendar Cina. Ia telah ditolak.[1]

Lebih banyak tulisan menyusul untuk beberapa tahun berikutnya. Kesemua ini dikumpulkan pada tahun 1665 sebagai I Cannot Do Otherwise (Cina tradisional: 不得已pinyin: Budeyi). Yang paling penting di antara rencana-rencana dikeluarkan pada September 1664: A Complaint Requesting Punishment for the Evil Religion (Cina tradisional: 請誅邪教狀pinyin: Qing zhu xiejiao zhuang). Kali ini, ia diterima oleh Lembaga Adat-istiadat.[1] Di dalamnya, beliau mendakwa bahawa Schall bertanggungjawab di atas kematian Permaisuri Donggo pada tahun 1660 dengan memilih hari yang malang untuk pengebumian puteranya pada tahun 1658.[2] Schall menderita serangan strok semasa penyiasatan dan terpaksa dibantu oleh Ferdinand Verbiest.

Pada April 1665, Schall dan tujuh orang pembantu Cinanya didapati bersalah dan dihukum mati. Kesudahannya, hanya lima orang Kristian Cina yang dihukum: sebaliknya semua pendakyah Kristian dibuang daerah ke Macau, dengan hanya empat orang Jesuit kekal di Beijing. Schall yang meninggal dunia pada tahun 1666, tidak sempat untuk melihat larangan itu ditarik balik pada tahun 1671.[2]

Yang Guangxian menjadi ketua Biro Ilmu Falak Cina (欽天監監正). Bagaimana pun, pada tahun 1668, beliau disingkirkan dari jawatan itu dan digantikan oleh Jesuit Ferdinand Verbiest, kerana beliau gagal menghasilkan kalendar yang sahih semasa pertandingan dengan ahli falak Jesuit. Kes terdahulu terhadap Jesuit disiasat semula dan semua dapatan dimansuhkan. Yang dihukum bunuh, hanya dibuang daerah ke kampung halamannya disebabkan usia yang lanjut. Beliau meninggal dunia pada tahun berikutnya semasa dalam perjalanan pulang.[2]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Wei-Cheng, Chu; Hayhoe, Ruth (1990). "Johann Adam Schall von Bell and Yang Guangxian". Coming out of the Middle Ages: comparative reflections on China and the West. M. E. Sharpe. m/s. 239. ISBN 978-0-87332-638-4. Dicapai 30 June 2009. 
  2. ^ a b c Mungello, David E. (2005). "Chinese Rejection of Western Culture and Christianity". The great encounter of China and the West, 1500-1800 (edisi 2). Rowman & Littlefield. m/s. 147. ISBN 978-0-7425-3815-3. Dicapai 30 June 2009.