Haji Morshidi bin Haji Marsal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lahir di Bandar Brunei (sekarang Bandar Seri Begawan) ibu negeri Negara Brunei Darussalam pada 22 Jun 1955, Haji Morshidi bin Haji Marsal menggunakan Mussidi sebagai nama penanya dan merupakan anak seorang Guru Besar. Pada awal pendidikannya telah bersekolah di beberapa buah sekolah di keempat-empat buah daerah Negara Brunei Darussalam:

  • Sekolah Melayu Kiudang di Daerah Tutong (1961)
  • Sekolah Melayu Sultan Hassan, Bangar di Daerah Temburong (1963)
  • Sekolah Melayu Birau di Daerah Tutong (1964)
  • Maktab Anthony Abell, Seria di Daerah Belait (1966)
  • Maktab Sultan Omar Ali Saifuddin di Daerah Brunei Muara (1974)

Pada tahun 1974, beliau mendapat dermasiswa Kerajaan Brunei untuk melanjutkan pelajaran ke Dartington College of Arts, Totnes, Devon di United Kingdom dengan memperolehi Diploma of Art and Design in Education (1977) dan Cert. of Special Studies in two-dimensional expression (1978). Pada tahun 1988 kembali semula ke UK menuntut di Coventry Polytechnic mengikuti kursus setahun Postgraduate Diploma in Electronic Graphics.

Sekarang beliau berkhidmat sebagai perekabentuk kanan di Radio Television Brunei.

Penghasilan karya[sunting | sunting sumber]

Mula menulis cerpen pada awal tahun lapan puluhan dan karya-karyanya telah diterbitkan di Brunei, Malaysia dan Singapura. Cerpen pertama yang diterbitkan ialah "KECOH" di majalah Mastika (September 1981). Cerpen pertama yang ditulis pula ialah "Masalah-masalah" untuk menyertai peraduan menulis cerpen (menang hadiah pertama) sempena sambutan Israk Mikraj (1981) anjuran Jabatan Hal-Ehwal Ugama Brunei. Diterbitkan di dalam antologi Suasana (dalam tulisan jawi oleh jabatan yang sama -1983). Cerpen-cerpennya telah diantologikan di dalam beberapa buah antologi perseorangan dan bersama:

  • KECOH - antologi cerpen perseorangan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka Brunei (1991).
  • A4 - novelet dan antologi cerpen perseorangan terbitan Dewan Bahasa & Pustaka Brunei (1993). Kandungan: Novelet A4, cerpen: "Jangaaan!", Insomnia, Ambillah, Sayap, Paranoia, Raja Segala Taman, Levitasi, Berita Perdana, Raja Ikan, Anu.
  • TAI dan cerita-cerita lain: antologi cerpen perseorangan - Penerbitan HM (1995). Kandungan: Bukit, Payah, Cerpen Cinta, Hajat, Bujang Si Gandam, Kawanmu, Bibir, Paksi, Tai, Ada yang tidak betul dengan jiran saya.
  • TUM! - Penerbitan HM (2000) (novelet - telah disiarkan secara bersiri di majalah Bahana DBP Brunei (Februari - Julai 1995)
  • NIPIS kumpulan cerpen (1981 - 2003), CD-Rom (2005).

Antologi cerpen bersama:

  • SUASANA - Antologi bersama terbitan Jabatan Hal-Ehwal Ugama Brunei (1983) (cerpen: Masalah, Suasana)
  • RANTAU UTARA - antologi bersama terbitan DBP Brunei (1989) (cerpen: Arik)
  • PERGELUTAN HIDUP - antologi bersama terbitan DBP Brunei (1992) (cerpen: Pergelutan)
  • MENITI WAKTU - antologi bersama terbitan DBP Brunei (1993) ( cerpen:Gaji )
  • APABILA SUNGAI MENGALIR (When the river flows) - antologi bersama (dwibahasa Melayu/Inggeris) terbitan DBP Brunei - 1995 (cerpen: Kopiah, Kecoh, Pergelutan )
  • MENITI JEMBATAN USIA - antologi cerpen dan puisi (bersama) terbitan DBP Brunei (1998) (cerpen: Berita Perdana, Raja Ikan, Bibir, Paksi )
  • SUNGAI SIARAU - antologi cerpen dan puisi (bersama) terbitan DBP Brunei (2003) (cerpen: Tai, Ada orang yang tidak suka pada saya dan melakukan sesuatu yang tida saya sukai terhadap saya di belakang saya, Tangga )

kanak-kanak:

  • BASIKAL IDAMAN - antologi cerpen kanak-kanak (bersama) terbitan DBP Brunei (1988)
  • PULAU SENYUMAN - Bumbu Bacaan Rumi - DBP Brunei 1997 (hadiah penghargaan peraduan mengarang buku cerita bergambar - 1995)

DBP KL Malaysia:

  • CERPEN-CERPEN NUSANTARA MUTAKHIR - antologi bersama terbitan DBP Kuala Lumpur(1991) (tajuk cerpen Gemala )
  • ORANG DI JEMBATAN - antologi bersama Cerpen ASEAN terbitan DBP Kuala Lumpur (2001) (tajuk cerpen: Ada yang tidak betul dengan jiran saya.)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Menang Hadiah Kreatif Bahana bagi kategori cerpen bagi tahun-tahun 1989 hingga 1997, 2000 dan terakhir sekali bagi tahun 2003.

Penerima SEA Write Award - Bangkok 1994 bagi Negara Brunei Darussalam

Pautan luar[sunting | sunting sumber]