Yang Yang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Yang
Nama Cina杨洋 (Ringkas)
PinyinYáng Yáng (Mandarin)
EtnikHan
KeturunanHefei, Anhui, China
Lahir (1991-09-09) 9 September 1991 (umur 32)
Shanghai, China
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010 - kini
Alma materPeople's Liberation Army Academy of Art

Yang Yang (Cina ringkas: 杨洋Cina tradisional: 楊洋pinyin: Yáng Yáng), yang dilahirkan pada 9 September 1991 di Shanghai, China ialah seorang pelakon China yang terkenal.

Karier[sunting | sunting sumber]

Yang Yang tamat pengajian di People's Liberation Army Academy of Art. Debut lakonannya adalah dalam The Dream of Red Mansions sebagai watak utama Jia Baoyu, yang menjadi permulaan besar bagi kariernya sebagai pelakon. Dia memenangi anugerah "Pelakon Baru Terbaik" dalam "BQ Celebrity Score Awards" selepas tayangan The Dream of Red Mansions pada 2010.

Pada 2011, Yang Yang memegang watak Yang Kaizhi dalam filem The Founding of a Party. Ini adalah kali pertama dia berlakon dalam filem. Pada 2013, dia memegang watak lelaki utama yang bernama Cao Zhi dalam teater sejarah berjudul Legend of Goddess Luo. Pada tahun yang sama, dia dianugerahkan dengan "Pelakon TV Baru Yang Paling Berpengaruh" dalam "Entertainment Live Rankings".

Tahun 2014 merupakan tahun bertuah dan penting bagi Yang Yang. Dia memperoleh populariti menerusi lakonan Xu Yi dalam filem The Left Ear. Juga, watak Zhang Qiling dalam drama The Lost Tomb yang menjulangnya sebagai salah seorang pelakon muda terhangat di China. Dalam masa yang sama, dia memegang watak Wu Qing dalam drama The Four (siri TV) dan memenangi anugerah "Pelakon Lelaki Paling Popular" serta "Ranking Kesusasteraan dan Kesenian China di Kampus" berdasarkan lakonan cemerlangnya. Pada tahun 2015, Yang Yang mengambil bahagian dalam rancangan realiti TV Divas Hit the Road(II).

TV[sunting | sunting sumber]

  • 2010 The Dream of Red Mansions 红楼梦2010 (Jia Baoyu)
  • 2010 Melody of Youth 青春旋律 (Ning Hao)
  • 2012 The War Doesn't Believe in Tears 战争不相信眼泪 (Du Changyou)
  • 2012 Refresh 3+7 刷新3+7 (He Tianze)
  • 2013 Legend of Goddess Luo 洛神传 (Cao Zhi)
  • 2013 Ultimate Conquest 武间道 (Bai Niansheng)
  • 2013 Flowers of Pinellia Ternata 花开半夏 (Lu Yuan)
  • 2014 Lanterns 花灯满城 (Fei Yu)
  • 2014 Tiny Times 小时代之折纸时代 (Neil)
  • 2015 The Four 少年四大名捕 (Wu Qing)
  • 2015 The Lost Tomb 盗墓笔记 (Zhang Qiling)
  • 2015 Tornado Girl 旋风少女 (Ruo Bai)
  • 2016 Cocoon Town Legend 茧镇奇缘 (Huang Moru)
  • 2016 Just One Slight Smile is Very Alluring 微微一笑很倾城 (Xiao Nai)

Filem[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan
2009 BQ Celebrity Score Awards Best New Actor Menang
2010 Sohu Internet TV Festival Best New Actor Tercalon
2013 Entertainment Live Rankings Most Influential New TV Actor Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]