Pergi ke kandungan

Yang di-Pertua Negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang di-Pertua Negeri (Jawi: ‏يڠ دڤرتوا نݢري‎‎) ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 buah negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Ketua Menteri negeri-negeri tersebut kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Raja. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.

Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.

Fungsi dan peranan

[sunting | sunting sumber]

Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:

  • Ketua Kerajaan Negeri
  • Fungsi Kehakiman
  • Fungsi Pertadbiran
  • Kuasa Pengampunan
  • Sumber Kehormatan dan Daulat.

Senarai Yang di-Pertua Negeri

[sunting | sunting sumber]

Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]
Nama Tempoh
berkhidmat
Tun Dato' Seri Utama Haji Sir Raja Uda bin Raja Muhammad1957 - 1967
Tun Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin1967 - 1969
Tun Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah1969 - 1975
Tun Haji Sardon bin Haji Jubir1975 - 1981
Tun Dr Haji Awang bin Hassan1981 - 1989
Tun (Dr) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir1989 - 2001
Tun Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas1 Mei 2001 - 30 April 2021
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak1 Mei 2021 - 2025
Tun Ramli Ngah Talib1 Mei 2025 - kini
Nama Tempoh
berkhidmat
Tun Leong Yew Koh1957 - 1963
Tun Haji Abdul Malek bin Yusof1963 - 1971
Tun (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid1971 - 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan1975 - 1984
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj1984 - 2004
Tun Mohd Khalil Yaakob4 Jun 2004 - 4 Jun 2020
Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam5 Jun 2020 - 3 Jun 2024
Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam4 Jun 2024 - kini
Nama Tempoh
berkhidmat
Tun Mustapha b Harun1963 - 1965
Tun Pengiran Ahmad Raffae1965 - 1973
Tun Mohd Fuad Stephen1973 - 1975
Tun Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari)1975 - 1978
Tun Ahmad Koroh1978 - 1979
Tun Mohd Adnan Robert1979 - 1987
Tun Mohd Said bin Keruak1987 - 1994
Tun Sakaran Dandai1995 - 2002
Tun Ahmadshah b Abdullah2003 - 2010
Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin1 Januari 2011 - 31 Disember 2024
Tun Haji Musa Aman1 Januari 2025 - kini

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Rujukan tentang yang di-pertuan negara dan negeri

[sunting | sunting sumber]


Nama Tempoh
berkhidmat
Tun Abang Haji Openg1963 - 1969
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman1969 - 1977
Tun Abang Muhammad Salahuddin1977 - 1981
Tun Abdul Rahman Ya'kub1981 - 1985
Tun Ahmad Zaidi Adruce1985 - 2000
Tun Abang Muhammad Salahuddin2001 - Februari 2014
Tun Abdul Taib Mahmud1 Mac 2014 - 25 Januari 2024
Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar26 Januari 2024 - kini