Yap Ah Loy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Yap.
Kapitan Cina
Yap Ah Loy
甲必丹葉亞來
Yap Ah Loy.jpg
Kapitan Cina Kuala Lumpur
Dalam jawatan
1868–1885
Didahului oleh Kapitan China Liu Ngim Kong
Digantikan oleh Kapitan China Yap Ah Shak
Butiran peribadi
Lahir (1837-03-14)14 Mac 1837
Huizhou, Guangdong, Dinasti Qing
Meninggal dunia 15 April 1885
Kuala Lumpur, Selangor, British Malaya
Pasangan Kok Kang Kweon (郭庚嬌)
Anak-anak Yap Hon Chin
Yap Ngit Thian[1]
Kediaman Kuala Lumpur, Malaysia

Yap Ah Loy (juga dikenali sebagai Yap Tet Loy dan Yap Mao Lan) (14 Mac 1837 - 15 April 1885) merupakan Kapitan Cina ketiga dan pengasas kota Kuala Lumpur. Beliau telah memacu kota dari sebuah pusat perlombongan kepada ibu kota Malaysia. Hari ini sempena memperingati beliau, sebuah jalan diabadikan sebagai Jalan Yap Ah Loy di tengah-tengah kawasan Chinatown di Kuala Lumpur.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Wilayah Guangdong di selatan Negara China. Ibubapanya menetap di kampung Tan Shui di daerah Kwai Yap. Beliau juga merupakan keturunan Hakka. Yap Ah Loy meninggalkan China melalui Macau untuk ke Malaya pada 1854 pada umur 17 tahun dan mendapati Malaya sangat berbeza dari China. Malaya pada ketika itu dikenali sebagai negara emas dan bijih timah. Beliau pada mulanya tinggal di Durian Tunggal dan kemudiannya menumpang di rumah pak ciknya di Kesang.

Pada mulanya, dia gagal menyara diri dan telah membuat keputusan untuk kembali ke China. Ketika kapalnya berlabuh di tengah perjalanan, kerana terdesak kerana tak ingin kembali dengan tangan kosong, dia telah mencuba nasib di meja judi. nasib tak menyebelahinya dan dia kehilangan semua duit yang dia ada. kerana terlalu malu untuk balik setelah gagal, dia mengambil keputusan untuk mencuba lagi sekali lalu beliau pun ke Lukut.

Di Lukut, Yap Ah Loy berkerja sebagai tukang masak dan kemudiannya penternak babi. Kemudiannya dia berpindah ke Sungai Ujong. Dia bernasib baik dapat tinggal dengan Liu Ngim Kong, ketua panglima atau orang kanan kepada Kapitan Shin. 1860, berlakunya perang Sungai Ujong dimana Kapitan Shin telah terbunuh. Yap Ah Loy sendiri hampir mati akibat perang itu. Kapitan Yap Ah Shak kemudiannya memberi kata putus untuk melantik Yap Ah Loy sebagai kapitan Sungai Ujong.

Dalam enam atau tujuh tahun, Yap Ah Loy bertukar menjadi seorang yang tegas dan lebih arif dalam perniagaan. Dia ketika itu sangat berbeza dari dirinya ketika mula tiba di Malaya. Yap Ah Loy pergi ke Kuala Lumpur atas permintaan Liu Ngim Kong yang ketika itu telah menjadi orang kanan Kapitan Hiu Siew. Liu Ngim Kong dan Yap Ah Loy sangat rapat. Apabila Liu Ngim Kong menjadi kapitan kedua Kuala Lumpur, dia memilih Ah Loy untuk menjadi pemangkunya.

Peranannya dalam pembangunan Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1881, kota Kuala Lumpur telah musnah menyeluruh akibat kejadian kebakaran, kerugian dianggar mencecahi $100,000. Kapitan Yap Ah Loy membeli hartanah di sekeping tanah desa pinggiran Kuala Lumpur yang kini dikenali Brickfields dan menyaran penghasilan batu-bata dijalankan serta merta untuk membina balik Kuala Lumpur dengan batu-bata dan ubin untuk menggantikan rumah atap daun yang telah musnah kebakaran.[2] Secara tidak langsung, Brickfields telah diasaskan Kapitan. Beliau juga meminjam wang dan memberitahu Residen Selangor Sir Frank Swettenham tentang hasratnya membelanja sebanyak $20,000 untuk pembinaan jalan raya serentak yang kini merupakan arteri utama kota KL. Antaranya, Jalan Ampang, Jalan Pudu, Jalan Petaling. Selepas itu, Kuala Lumpur telah dinamakan ibukota negeri Selangor, dan seterusnya ibu kota Negeri-negeri Melayu Bersekutu.[3][4][5]

Di samping itu, perkilangan ubi kayu dibangunkan di Jalan Petaling. Sultan Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Kapitan telah menegakkan keadilan batasan dengan mengekalkan undang-undang dan ketenteraman melalui bantuan geng Hai San dan polis tempatan. Kapitan Yap Ah Loy telah membina sekolah pertama di Kuala Lumpur. Beliau juga antara pengasas utama sekolah elit Victoria Institution di Jalan Shaw, Kuala Lumpur..[6][7]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada akhir 1884, Yap Ah Loy jatuh sakit menghidap bronkitis dan abses paru-paru kiri. Pada bulan Mac 1885, dia membuat pemulihan sedikit sebelum dia meninggal dunia pada 15 April 1885 pada usia 47 tahun. Doktor memeriksa badan Yap dan kemudian mengesahkan bahawa kematiannya sama ada disebabkan oleh kegagalan jantung atau keracunan oleh asap arang batu bara. Doktor juga melihat kecerahan matanya yang luar biasa.[8] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kwong Tong yang besar di Kuala Lumpur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Philp Rodrigues (1980-10-15). "Woman: I'm Daughter of Yap Ah Loy" (PDF). The Star. Archived from the original on 2015-12-06. Dicapai 2015-12-03.  ()
  2. ^ "Old-World Charm". Virtual Malaysia Magazine. Diarkibkan daripada asal pada 12 August 2007. Dicapai 2007-12-18. 
  3. ^ Richard Baxstrom (14 July 2008). Houses in Motion: The Experience of Place and the Problem of Belief in Urban Malaysia. Stanford University Press. m/s. 29–30. ASIN B00CRXZGUC. 
  4. ^ "Sejarah Malaysia". Sejarah Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 2002-09-02. Dicapai 2007-12-15. 
  5. ^ "Kuala Lumpur". Encyclopædia Britannica. Dicapai 2007-12-06. 
  6. ^ "The Federated Malay States (1896)". Nation History. National Library of Malaysia. Diarkibkan daripada asal pada 8 January 2004. Dicapai 2007-12-06. 
  7. ^ J.M. Gullick (1983). "Chapter 5: Yap Ah Loy's Kuala Lumpur (1873-1880)". The Story of Kuala Lumpur, 1857-1939. Eastern Universities Press (M). m/s. 24–29. ISBN 978-9679080285. 
  8. ^ J.M. Gullick (1983). The Story of Kuala Lumpur, 1857-1939. Eastern Universities Press (M). m/s. 46–47. ISBN 978-9679080285. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Kapitan Liu Ngim Kong
Kapitan Cina Kuala Lumpur
1868–1885
Diikuti oleh:
Kapitan Yap Ah Shak