Yasir Afifi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yasir Afifi merupakan rakyat Amerika Syarikat yang menjumpai unit penjejak GPS pada kenderaannya, yang diletakkan oleh agen FBI sebagai sebahagian daripada penyiasatan pengganas.

Yasir Afifi menjumpai peranti tersebut ketika menukar minyak hitam keretanya, Ford Lincoln LS, di kedai kereta Ali’s Auto Care, Santa Clara.

Peranti tersebut dikenal pasti sebagai peranti penjejak Orion Guardian ST820 yang dihasilkan oleh syarikat eletronik yang dikenali sebagai Cobham, yang menjual peranti tersebut hanya kepada pengawai penguasa kerajaan.[1]

Agen Khas FBI Joseph Schadler enggan membincang jumpaan Afifi dengan media tetapi membuat kenyataan: "Keputusan mahkamah secara berterusan menegaskan bahawa waran tidak diperlukan bagi menjejak GPS kenderaan apabila kereta berada di tempat awam.." Ninth U.S. Circuit Court of Appeals baru-baru ini mengesahkan keupayaan kerajaan bagi menggunakan peranti GPS pada kereta.[2]

Yasir Afifi kini dalam proses mengemukakan saman pada FBI. Peguamnya berkata di disasarkan kerana menepati profil Arab Amerika mud, hidup bersendirian, sering mengembara ke Timur Tengah untuk melawat keluarganya. [3], [4]

Pihak mahkamah mengesahkan bahawa pengawasan FBI itu adalah salah. http://www.cleveland.com/business/index.ssf/2012/01/warrant_needed_for_gps_trackin.html?mobRedir=false

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]