Yassin Senario
Penampilan
Yassin Senario | |
|---|---|
يسسين يحي | |
Menjayakan salah satu watak dalam filem, Otai | |
| Kelahiran | Yassin bin Yahya 1 Mei 1978 |
| Nama lain | "Yassin Senario", "Yassin SYJ", "Yassin Anye" |
| Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara |
| Tahun aktif | 1998–kini |
| Terkenal kerana | Kumpulan Senario |
Karya | Filemografi. |
| Kampung asal | Kuala Lumpur |
| Pasangan | Farrah Waheeda (k. 2011) |
| Anak-anak | 4 |
| Saudara | Noor K.K (datuk) |
Yassin Yahya atau lebih dikenali sebagai Yassin Senario (lahir 1 Mei 1978) ialah seorang penyanyi, pelakon dan pelawak Malaysia.[1]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan pada 1 Mei 1978 dan juga merupakan cucu kepada pelakon veteran, Noor K.K.
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Yassin dahulunya menganggotai Kumpulan Senario iaitu kumpulan lawak terkenal di Malaysia pada waktu dulu. Tetapi, dia akhirnya terpaksa mengundurkan diri pada 10 Julai 2002 setelah kontraknya tamat.
- Yassin juga berkawan baik dengan Saiful Apek yang juga bekas anggota Kumpulan Senario yang paling popular sebelum berpecah.
- Dalam siri komedi Gitu-gitu Apek, Yassin berpasangan dengan Saiful Apek.
- 5 kali dicalonkan untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) dan pernah sekali dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH).
- Menyertai pertandingan realiti Maharaja Lawak Mega pada 2011 bersama pelawak Didie Alias dan Alliza 'Enot' Abdullah.
- Menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Shuk Sahar dan Jihan Muse dalam kumpulan SYJ.
- Menang kategori Artis Komedi Popular (bersama Senario) ABPBH ke - 36 (2024)