Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yayasan Maklumat dan Khidmat Islamik (IIS) merupakan sebuah yayasan / pertubuhan yang menggalakkan pengembangan agama Islam di Malaysia melalui projek penterjemahan kitab suci al Quran. IIS menerbitkan terjemahan Al-Quran dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Projek terjemahan al Quran[sunting | sunting sumber]

Program kitab terjemahan One Soul One Quran ini dinaungi bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, dilancarkan pada Januari 2015. Al-Quran itu akan diedarkan kepada awam.

Projek ini menerima kritikan Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) yang mendakwa ia bakal menggugat kepercayaan penganut bukan Islam. MCCBCHST menyeru agar orang bukan Islam supaya tidak menerima kitab terjemahan tersebut yang bakal diedarkan sebanyak 1 juta salinan.

Dr Ahmad Farouk Musa selaku pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) menyatakan projek itu satu usaha merapatkan hubungan antara penganut agama lain dengan al Quran.Pilihan masih di tangan individu bukan Islam sama ada untuk menerima kitab Al-Quran terjemahan itu atau tidak. Terpulang kepada orang ramai untuk menerimanya atau tidak. Terpulang kepada mereka untuk membacanya atau tidak.Tiada paksaan dalam hal ini. Niat itu mulia dan satu cara menyampaikan mesej Islam sebuah agama keamanan.

Seperti juga dalam kes kitab agama lain, orang Islam tidak dilarang membaca kitab mereka.Tiada orang Islam yang dilarang membaca teks agama lain. Tiada halangan bagi mana-mana agama untuk membaca kitab agama satu sama lain.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mempersoalkan niat kumpulan yang membangkitkan isu berhubung projek terjemahan Al-Quran tersebut. Projek itu bukan bertujuan mengislamkan mana-mana penganut agama lain. Kelihatan unsur perkauman seperti yang diperkatakan beberapa pihak sebelum ini, yang mungkin mula menebal, sehingga sikap anti-Islam itu kelihatan seperti mula muncul, sehingga hendak baca Al-Quran pun jadi isu. Ia bukan paksa supaya peluk Islam, ia hanya diberi untuk dibaca sahaja. Saya tidak suruh mereka peluk Islam, tetapi kamu bacalah dahulu. Kebanyakan daripada kita berpendidikan dan boleh faham apa yang kita baca. Ramai artis dan orang ternama yang menganut Islam kerana mereka membaca.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik menyatakan biasa kedapatan kitab Bible dalam semua bilik hotel. Itu berlaku secara meluas, apa bezanya?" [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]